Demo protes:untung secupak rugi seguni


Tengok poster memang gerun himpunan sejuta rakyat untuk protes kenaikan harga minyak. Saya dok agak kalau datang 10 ribu pun dah ok lah tu. Beza sangat dari segi persiapan kalau hendak banding dengan himpunan bersih. Penyusunan begitu tersusun dengan road show seluruh negara.Pertemuan dengan semua pimpinan kawasan. Masa dan tarikh ditentukan awal hampir 6 bulan. Masa dan tarikh tak berubah. Saya tengok awal lagi dah pelik tarikh mula 12/7/08 ubah pada 5/7/08 ubah lagi 6/7/08. Mula-mula buat di padang dekat Amcorp kemudiah buat dalam stadium kelana jaya.

Saya tidak terlibat dalam jawatankuasa protes. Saya tanya pada saudara kamaruzaman ketua pemuda wp. Macam mana atur cara program protes. Dia cerita memang asal ada konsert tapi beliau bangkang dan ugut tidak akan bagi kerjasama kalau buat juga. Atas kompromi pemuda boleh terima kalau nyayian yang tidak melampau dan seni kata yang baik. Rupa-rupanya pada hari itu kita kena tipu. Menyebabkan pemuda dan unit amal boikot. Tahniah pada adik-adik ku pemuda dan unit amal.

Kononnya kalau buat macam itu akan ramailah orang akan turun. Habis semua akan turun. Ibarat kata kaki disko dan kelab malam bercuti kerana berada di demo protes. Hari itu tauke kelab malam merungut rugi kerana kaki disko pakat pergi sertai demo belaka. Apa yang berlaku sebaliknya. Berapa banyak pelajar pondok daripada kedah boikot daripada awal lagi tidak mahu hadir kerana dengar demo ala melenium baru ada demo. Demo orang datang dengan roh bukan hendak bersukaria. Kalau hendak suka ria bukan demo itu program sure heboh. Sepanjang pemerhatian saya yang datang 70% orang Pas.

Saya pagi itu bertolak awal dengan Dr ismail saleh exco kerajaan kedah, saudara awang salahudin dan dua sahabat lagi yang tidur di rumah saya. Kami keluar rumah ambil jalan jauh sedikit takut jem. Maklumlah himpunan sejuta. Satu road blok pun tidak ada. Sehingga sampai di kelana jaya baru ada road block unit amal.

Sampai di sana saya duduk dengan orang ramai ada petugas suruh saya naik ke atas pentas. Saya berkeras tidak mahu lebih selesa duduk di bawah. Allah selamatkan saya. Kalau tidak payah juga hendak jawab dengan anak buah kita. Ustaz bersekongkol sama dengan program macam ini ka. Alhamdulillah.

Waktu jam 12.30 tengahari saya keluar berbual dengan ahli-ahli di luar. semuanya merungut dan dah hendak kumpul orang untuk bersiap balik. Ada yang kata tak boleh pahala datang hari ini ustaz, buat habis duit dan masa. Dah minyak mahal, beras mahal.

Memang banyak kawan-kawan tak bagi saya pergi. Tapi oleh kerana ini adalah keputusan untuk menyempurnakan tuntutan rakyat. Sepatut saya ada program tarbiah dengan badan perhubungan johor. Saya minta tangguh. Maklumlah kita kaki demo. Tapi itulah demo yang paling aman di dunia.

Pengajaran demo protes 6hb Julai 2008 lain kali biarlah pas yang kontrol semua. Kalau setakat jadi pengerusi kita tidak boleh kontrol buat habis beras saja. Banyak demo yang kita buat berjaya tidak haru biru macam demo protes 6hb sep 2008. Kalau ulang lagi demo macam ini untung secupak rugi seguni.

9 comments on “Demo protes:untung secupak rugi seguni

  1. Assalamualaikum.
    kawan saya mintak pasang speker nak azan pun tak bagi ust, diaorang bagi haeler je….PROTES..PROTES..
    baca kisah selanjutnya dlm blog saye ust…
    PAS MENDEPANI CABARAN !!

  2. Salam.
    PROTES harga minyak dah jadi PROTES! PROTES…
    Ana amat bersetuju dengan pandangan Ust. Ana sejak awal lagi bila membaca blog ust din tantawi menulis lokasi Protes adalah di stadium sudah merasa berat hati untuk hadir. Berbanding semasa BERSIH dulu, walaupun dengar lama tapi merancang nak pergi tetap last minute jugak TETAPI semangat nak turun tu berkobar-kobar. Dalam kes Protes sama jugak, bezanya semangat hilang last minute.
    Kebanyakan sahabat2 yang pulang awal bercerita skrip yang hampir sama macam ust cerita ni. Kecewa dan menyesal pergi. Ana tidak menyalahkan mereka kerana mereka pergi atas rasa tanggungjawab sama macam ust rasa.
    Petang tersebut dalam perjalanan pulang dari Shah Alam ana bersama dua orang sahabat singgah sebentar untuk melihat dengan mata kepala sendiri. Seperti yang diceritakan… tak sampai 5 minit berjalan melihat gerai2 di sekitar stadium (macam suasana ceramah…) kami dikejutkan dengan muzik rock@trash yang cukup kuat dan menyakitkan telinga. Ana kesian tengok pakcik2, makcik2 dan anak2 kecil yang hadir kerana terpaksa menghadapi kebingitan muzik ntah apa2 pada petang tu.
    Lepas tu, kami terus bertolak balik. Sebelum balik kami ternampak dr hatta di atas pentas. Beliau cukup gembira… ntah apa yang disukacitakan tak tau la… Dalam perjalanan pulang, ana mendapat berita pasal unit AMAL telah memboikot majlis tersebut dek kerana skrip persembahan telah diubah (telah ditipu…) Mereka boikot pada jam 2 petang (rasanya…) Sebaik-baiknya, pada jam seterusnya, skrip persembahan akan diperbetulkan semula… tetapi skrip yang diubah itu tetap diteruskan sehingga tercetusnya peristiwa londeh seluar.
    Sepatutnya, orang yang sepatutnya akan mengambil suatu insiatif untuk membetulkan semula skrip persembahan, tetapi mungkin sudah hanyut dengan keseronokan muzik seumpama itu sampai berlanjutan lewat petang.
    Kesimpulannya, Protes! PROTES…
    Harapan ana agar pihak2 yang bertanggungjawab dapat menyedari dan menginsafi peristiwa ini dan mengambil tindakan yang sewajarnya dan jangan pulak timbul kronologi (Protes) semalam. Mereka seolah2 tidak sedar dengan teguran dan kritikan yang telah diberikan. Janganlah terlalu ego sampai tak mau menerima kenyataan dan teguran.
    Semoga perjalanan PAS pada masa akan datang akan lebih baik. Kita berdoa agar sentiasa diberikan pentunjuk dan hidayah daripada ALLAH swt dalam meneruskan perjuangan Islam ini. Wallahu’alam.

  3. mula kata nak demo kt KLCC dah tergerak hati nak g tempah tiket balik msia, bla tukar ke amcord mall berasa twr hati sikit, bla pndh ke kelana jaya, batal terus tiket..

    apa pun tahniah ust..ana baru jumpa blog ust.. ada masa lawatlah blog ana, kalamkerinchi.blogspot.com

  4. salam Bro…….

    nie satu lagi komen ORG KUAT KITA psal isu PROTES .. sama – sama kita baca dan kita pakat komen n bincang kat cnie..SAYA NIE AHLI BIASA JE TIAP2 THN BAYAR YURAN……

    ‘Protes bukan untuk si warak, wali’
    Jimadie Shah Othman | Jul 10, 08 8:41pm
    Naib presiden PAS Datuk Husam Musa berkata perhimpunan membantah kenaikan harga minyak Ahad lalu “bukan untuk orang yang warak dan wali sahaja tetapi kepada semua pihak yang ingin menyuarakan bantahan”.

    Mengulas kontroversi persembahan penyanyi Carburetor Dung, exco kerajaan Kelantan itu menambah walaupun kumpulan pemuzik dianggap mempamerkan aksi tidak senonoh, mesej yang cuba disampaikan mereka kritikal terhadap kerajaan.

    Menulis di blognya, Husam berkata jika seseorangan mendengar semula lirik lagu-lagu kumpulan punck rock itu “ibarat terkena pada batang hidung mereka (kerajaan) sendiri.”

    “Kalau golongan muda seperti itu pun sudah boleh sindir kerajaan, ini menunjukkan sudah ada penyertaan dari pelbagai pihak bagi menyampaikan mesej kepada kerajaan,” katanya semalam.

    Tindakan penyanyi Carburetor Dung memalingkan punggung ke arah penonton sehingga menampakkan seluar dalam menimbulkan kecaman meluas banyak pihak, termasuk pemimpin dan penyokong PAS.

    Ahad lalu, tindakannya itu menyebabkan mereka diserbu sekumpulan penyokong pembangkang di stadium Kelana Jaya sehingga penyanyinya Alak mengalami cedera ringan.

    Husam bagaimanapun meminta semua pihak tidak menyalahkan aksi kumpulan itu semata-mata tetapi wajar menilai mesej dalam lagu-lagu mereka, antaranya Mari nyanyi menjilat – lagu mengkritik budaya mengampu di negara ini dan kebergantungan kepada kontrak.

    “Saya bukannya pro kepada band rock itu tetapi kalau kita dengar semula seni kata lagu (yang dinyanyikan) itu ada mesej tertentu kepada kerajaan,” kata Husam.

  5. salam……aku tk paham la cakap pimpinan bebelit macam tu,bukan utk yg warak,wali saja,inikah sikap pimpinan kita…pas sudah gadai prinsip ke atau kemaruk nk ke Putrajaya sgt……..sokong budak sik.
    Kalau umno yg buat benda ni….tk au la mcmana gegak gempita la komen……

    PROTES TETAP PROTES

  6. Pingback: Protes PROTES & Husam Musa oleh Ahli PAS di Blog Ust Idris « Pedang Alif Ba Ta

  7. 1- percambahan idea untuk menganjurkan sesuatu itu adalah suatu perkara yang baik …saya pergi dan agak berminat juga dengan aturcara itu…mungkin ada sedikit kelemahan itu biasa la penganjuran pertama … lepas ni boleh muhasabah dan perbetulkan , tetapi idea penganjuran itu adalah satu idea yang boleh dikongsi bersama…bagi saya orang ramai bebas menganjurkan sesuatu , buat lah mengikut citarasa anda semua pula …

  8. Setiap daripada kita perlu kembali kepad al Quran dan Sunnah, terutama di kalangan pemuda Islam. Usah tiru kelaku tok nenek kita yang suka berpecah belah. Cuba elakkan punca perpecahan dan cari sedaya upaya punca perpaduan. Ingat, perpecahan adalah kelemahan (dosa besar) dan perpaduan (perintah) merupakan kekuatan.

    Al Quran dan Sunnah hanya membawa misi yang satu, tidak ada duanya dan tidak ada tiganya. Iaitu untuk mentauhidkan Allah dengan membatilkan agama selain Islam dan membebaskan perhambaan seorang hamba kepada hamba yang lain. (bergantung pada makhluk)

    Untuk berjuang,hati perlu dibersihkan. Kata Imam Malik, sesiapa sahaja yang bersyariat, tanpa tasawuf (ihsan), maka dia berlaku fasiq. Manakala, sesiapa yang bertasawuf sahaja, dan meninggalkan syariat, dia berlaku zindiq (penyelewangan agama).

    Perlu meletakkan kalimah Allah lebih tinggi daripada nafsu duniawi. Taksub kepada sebarang perkara lain selain Allah dan Rasul adalah perkara batil yang membawa kepada musibah dunia akhirat.
    Bukan UMNO, bukan PAS yang lebih tinggi, tetapi agama Allah itulah yang lebih tinggi.

    Ambillah contoh teladan daripada para sahabat yang berjuang di jalan Allah seperti Khalid Al Walid r.a. dalam peristiwa pemecatannya oleh Saidina Umar dan juga Saidina Muawiyah r.a. ketika ditawarkan pertolongan oleh kerajaan Rom bagi memerangi Saidina Ali.

    Bacalah firman Allah dalam surah An Nur ayat 55 dan kita akan faham apa itu perjuangan dan kekuasaan.

    Mudah-mudahan Allah menyatukan hati umat Islam sebagai Dia menyatukan hati kaum auz dan Kharaj untuk membela agama-Nya, InsyaAllah.

Tinggalkan komen