• Baca Al-Quran & Tafsir On-Line Disini


  • RSS Malaysiakini

    • Nasha akui dihalang ke Manek Urai
      Bagaimanapun, timbalan presiden PAS itu berkata, andaian yang dibuat terhadapnya tidak tepat dan beliau diminta pimpinan tertinggi PAS supaya turun padang berkempen di Manek Urai.
    • 100 hari jadi PM: Hadiah dari Najib
      Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan 11 hadiah kepada rakyat sempena 100 hari sebagai perdana menteri hari ini.
    • Nasha berkempen di Manek Urai
      Timbalan presiden PAS itu turun padang untuk membantu kempen parti dalam pilihanraya kecil DUN di Manek Urai mulai hari ini walaupun baru lepas menjalani pembedahan usus.
    • Sokong demo lagi mansuh PPSMI
      Sehubungan Pemuda PKR menyarankan agar demonstrasi tersebut digabungkan sekali dengan demontrasi Gerakan Mansuhkan ISA yang akan diadakan di ibunegara 1 Ogos ini.
    • Dr M: Isu banglo Khir boleh jejas moral Umno, BN
      Sehubungan itu, beliau menggesa bekas menteri besar Selangor itu supaya menjelaskan punca pembiayaan rumah beliau yang dikatakan bernilai RM24 juta itu.
  • RSS Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

    • Dr M rates Najib poorly
      By Debra Chong KUALA LUMPUR, July 10 — Tun Dr Mahathir Mohamad gave Datuk Seri Najib Razak a poor rating today, on the eve of the latter’s 100th day in office as prime minister. But the country’s longest-serving prime minister, well known for his acid tongue, appeared to ease up somewhat in his blistering criticisms today. “So far, [...]
    • Pemansuhan PPSMI jimat kos RM40 juta
      KUALA LUMPUR: Pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), yang berkuat kuasa 2012, mampu menjimatkan perbelanjaan kira-kira RM40 juta setahun, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Puad Zarkashi. Beliau berkata sebelum ini, perbelanjaan itu adalah untuk menampung elaun tambahan atau Bayaran Insentif Subjek Penting ( […]
    • Demo lagi, segerakan mansuh PPSMI
      Oleh Abdul Rahim Sabri Bagi memansuhkan serta-merta dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), seorang Sasterawan Negara mencadangkan satu lagi demonstrasi diadakan. Bercakap kepada Malaysiakini malam ini, Datuk A Samad Said  menyatakan “tidak begitu senangnya” dengan keputusan kerajaan semalam yang hanya […]
    • Tekanan terhadap umat Islam di Xinjiang, PM mesti jelaskan
      Oleh Ust Nasharudin Mat Isa Timbalan Presiden PAS Perkembangan di China yang membabitkan pergeseran sengit antara kaum Han dan Uighur yang majoritinya beragama Islam di Wilayah Xinjiang, China, sehingga beratus orang terkorban dan lebih seribu orang ditangkap oleh pihak berkuasa China sungguh membimbangkan. Dalam hal ini, sebagai parti yang mempertahankan […]
    • Muhyidin Yassin gadai maruah Melayu Johor
      Oleh Muhammad Yusri Amin KUALA KRAI, 9 Julai (Hrkh) – Masihkah anda ingat siapa yang bertanggungjawab memberi ruang lebih besar kepada penduduk dari Singapura memilik banyak hartanah di Johor. Akibat daripada dasar terbuka itu menyebabkan banyak tanah rezab Melayu di daerah Johor Bahru tergadai. Orang yang bertanggungjawab memberi kelulusan tersebut i […]
  • Meta

PERKASAKAN DAKWAH UMUM DI ERA KEMENANGAN

Di antara hikmah nabi Muhammad SAW berhjrah ialah kerana hendak Islam itu berkuasa bukan Islam dikuasai. Islam memerintah bukan Islam yang diperintah. Islam menjadi tuan rumah bukan Islam itu tetamu. Kalau risalah Islam yang baginda diamanahkan oleh Allah SWT hanya untuk solat dan tawaf di kabah, maka baginda tidak perlu untuk berhijrah dan meninggalkan kampung halaman yang tercinta.

Tetapi demi Islam dan kedaulatanya maka baginda berhijrah untuk memastikan Islam ada pengkalan untuk menyebarkan Islam ke negeri lain. Alhamdulillah Pas bersama dalam pakatan rakyat telah di anugerahkan nikmat untuk membolehkan dakwah Islam bernafas setelah berada di zaman penjajahan moden yang tidak benarkan Islam di hayati dalam konteks seperti yang nabi saw ajar kepada kita.

Maka di kesempatan inilah maka kita perlu untuk memperkasakan dakwah umum kepada masyarakat setelah mereka dibutakan hati dan telinga untuk mendengar kalimah Islam yang sebenar. Mereka berjaya meracunkan rakyat di negara ini mengenai Islam menurut acuan dan nafsu mereka sehingga mengelirukan rakyat di negara ini.

Program dakwah umum mesti diperkasakan kerana masih ramai lagi yang jahil tentang agama terutama di kalangan orang Melayu. Melayu hanya boleh diubah minda mereka dengan ilmu dan agama sahaja. Kerja ini mesti diaktifkan secara agresif.  Kerana 50 tahun Umno sudah berjaya meletakkan orang Melayu Islam  berada di dalam keadaan jahil tentang tasawwur Islam yang sebenar.

Umno sedar inilah caranya untuk mereka memerintah lama selagi rakyat tidak berilmu dan beragama. Umno kehilangan undi apabila pengundi di satu kawasan itu ialah orang beragama dan berilmu. Umno bermaharajalela apabila penduduk di kawasan yang mundur dalam bidang agama dan tahap akademik yang rendah. Umno sedaya upaya akan menyekat Islam tidak diberikan nafas baru. Mereka hanya mengajar Islam sebagai ubat pelali  kepada rakyat di negara ini supaya rakyat tidak bertanya apakah jasa Umno kepada Islam, dan untuk menjadi modal setiap kali pilihanraya.

Diantara program dakwah umum ialah:

a.Khutbah

Kerana inilah medan yang paling berkesan untuk memberi kefahaman Islam yang sebenar. Kebanyakan orang Melayu dididik bahawa solat Jumaat wajib, walaupun sembahyang lain dia tidak buat. Kesempatan inilah yang perlu kita ambil. Khatib perlu dilatih supaya mampu menyampaikan ‘public speaking” yang baik untuk menarik sidang pendengar yang hadir. Tajuk-tajuk yang disampaikan biarlah agak semasa dan sesuai dengan budaya dan tahap pemikiran penduduk setempat, kerana ini adalah himpunan mingguan umat Islam di dalam satu daerah. Mereka datang untuk mendengar arahan dari pemimpin masyarakat.Jika khatib mampu mengarang teks sendiri atau berkhutbah adalah satu kelebihan.  

b.Kuliah maghrib. Tajuk-tajuk yang dibahas biarlah yang menjurus kepada kefahaman Islam yang sebenar sehingga mereka memahami bahawa Islam sebagai al-Din wadaulah. Perbahasan jangan hanya berkisar kepada soal feqah ibadah solat, wudhu’, puasa, haji , haid dan nifas, tetapi biarlah lebih luas. Ia mesti juga membincangkan mengenai muamalat yang berhubung dengan soal jual beli, aqad, hutang piutang, pinjam meminjam.

Tajuk-tajuk jinayat seperti hudud, qisas dan tak’zir mesti dperluaskan supaya masyarakat tidak keliru dengan mainan media Umno selama ini seolah-olah hukum Islam adalah asing dan tidak relevan dengan masyarakat majmuk. Bab kenegaraan mengenai kepimpinan dalam sebuah negara, tanggungjawab yang mesti dilaksanakan, kewajipan pemimpin kepada rakyat adalah satu tajuk yang perlu disebarkan kepada masyarakat. Selama ini masyarakat sudah diracun  dengan pemikiran bahawa Islam dan poilitik tidak boleh disatukan, perlu dipisahkan dalam kehidupan. Kerana Islam suci manakala politik adalah kotor. Fikrah ini  mesti dibersihkan kembali daripada pemikiran rakyat. 

C.Risalah tarbiah  yang ringkas  (sehelai kertas A4) dan mudah  untuk difahami diedarkan setiap minggu pada hari Jumaat.  Sediakan petugas kita dari kalangan pemuda untuk menunggu di pintu masjid supaya ahli jamaah dapat mengambil risalah tersebut dengan teratur dan tersusun. Risalah dengan huruf dan tulisan yang menarik adalah satu kelebihan. Isinya pun menjurus kepada soal kefahaman Islam yang syumul dan isu semasa yang melanda umat Islam di negara ini.  

d.Program kepada mereka yang menerima bantuan

Kebanyakan mereka yang miskin ini adalah menjadi mangsa kejahilan dan buta agama di negara ini. Di samping kita berikan  bantuan dalam bentuk material kita juga perlu hidangkan kepada mereka santapan rohani supaya menjadi benteng pertahanan yang kukuh kepada mereka. Mereka perlu dibimbing kearah agama dan memberikan motivasi dalam hidup mereka supaya berpegang tuguh dengan amalan Islam walau apa cara sekalipun. Inilah sahaja yang mampu untuk menyelamatkan mereka daripada kesusahan di dunia dan akhirat. Selama ini golongan miskin adalah menajdi umpan dan stok penimbal untuk mengundi Umno/BN dalam setiap kali pilihanraya.

Kemiskinan mereka dieksploitasi untuk keuntugan politik bukan sebagai satu tanggungjawab yang perlu ditunaikan kerana  mereka adalah warga negara yang perlu juga mendapat pengagihan kekayaan di negara ini. Bukannya mereka itu menjadi kek untuk dimamah dan dipijak. Golongan ini selalunya menjadi sasaran kepada penyebar agama lain untuk mendiayahkan mereka supaya meyertai agama mereka. Kitalah yang bertanggungjawab untuk melindungi maruah dan akidah mereka supaya mereka tidak menjadi mangsa kepada sistem yang zalim pada hari ini.

e.Bacaan Yasin

Program ini adalah satu program yang perlu diperkasakan dan memang terbukti berjaya menarik sokongan orang atas pagar. Kesempatan daripada ikatan Yasin dengan orang Melayu Islam di negara ini cukup kuat. Sebab itu orang Melayu kebanyakan apabila bertanya kepada mereka mereka membaca al-Quran atau tidak, meraka akan jawab baca, iaitu membaca Yasin pada malam Jumaat. Ini hendak menunjukkan amalan ini begitu teguh dan mantap dalam masyarakat maka usaha ini mesti diteruskan.

Walaupun program Yasin tetapi mesti diselitkan sedikit dengan tazkirah pendek. Bukan senang hendak menghimpunkan mereka yang hadir ke program yang cukup bermakna dalam masyarakat. Sekiranya ada kemampuan setiap kali pertemuan boleh ditafsirkan satu atau dua ayat. Supaya mereka lebih menghayati dalam sanubari mereka dan rasa seronok dengan apa yang mereka baca selama ini. Kita tidak mahu ia hanya satu budaya semata-mata tanpa pengisian yang bermakna.

Biarlah mereka faham di dalam surah Yasin juga adanya kisah-kisah perjuangan seperti kisah “Sahibu Yasin”, seorang tukang kayu yang beriman dan menyeru kaumnya untuk beriman  dengan utusan yang sampai di kampung halaman mereka, .akhirnya orang kampung itu marah dan memijak beliau sampai mati dan beliau mati syahid. Inilah kebanyakan masyarakat tidak tahu apa yang mereka baca selama ini. Perkara ini mesti di dedahkan. Kerana  masyarakat menganggap Yasin sebagai satu surah yang hanya dibaca ketika hendak naik haji, masuk rumah baru, ketika orang nazak hendak mati. Tahniah kepada Muslimat kerana memiliki produk yang cukup bernilai untuk dipasarkan kepada orang ramai iaitu program bacaan Yasin.

Satu Respons

  1. Assalamualaikum ustaz

    Saya amat bersetuju dengan ustaz barkaitan isu ini… Kerajaan Pakatan Rakyat harus mengambil kesempatan dari pemerintahan 5 negeri ini untuk memperkasakan islam…dengan ceramah…kutbah dan sebagainya..saya mencadangkan supaya MB negeri pakatan rakyat dapat turun setiap kali jumaat ke setiap daerah bersama exco untuk berjumpa rakyat sekaligus dapat mendampingi rakyat. kalau boleh berkutbah sekali …dan meluang masa selepas sembanhyang untuk berjumpa rakyat. Ini menunjukan kesungguhan kerajaan pakatan rakyat dalam menaikkan syiar islam.. dan dapat dilihat dengan jelas oleh rakyart jelata…
    sekian mohon maaf diminta sekiranya saya tersilap bahasa
    wassalam

Tinggalkan jawapan