Debat Minyak Datuk Shabery Cheek Kantoi
Betullah apabila masuk Umno, Cerdik pun jadi bodoh. Shabery Cheek sebelum jadi Umno nampak cerdik juga sewaktu menjadi pensyarah Universiti Malaya dan aktif dalam parti semangat 46. Hujah Shabery Cheek macam taklimat minyak pada JKK Kemaman. Dia lupa ini debat intelektual yang ditonton oleh seluruh dunia kerana disiar oleh Astro.
Saya sangka Shabery Cheek akan kemukakan hujah yang penuh fakta. Beliau ini anak didik Pro Dr. Jomo di Fakulti Ekonomi Universiti Malaya. Orang yang hebat dalam penyelidikan akademik..
Malam itu nilai intelektual dia zero. Hujah yang penuh perasangka dan serangan peribadi. Lain yang ditanya lain yang dijawab. Macam kita tanya apa itu kerbau maka dia jawab kerbau ialah sejenis kuih pau.

