BURUKNYA PENGANGKUTAN AWAM DI MALAYSIA
Sudah hampir 2 tahun tidak naik keretaapi. Pada 2/8/08 rasa teringin hendak naik keretaapi daripada Taiping ke Kuala Lumpur. Tiket sudah ditempah awal seminggu. Selepas membentang kertas kerja di Liqa’ Fikri Badan Perhubungan Pas Perak di Air Kuning, lebih kurang jam 11.30 malam saya dengan saudara Hasan Halim dan Baidhawi terus ke stesyen keretaapi takut terlepas keretaapi. Saya sampai di stesyen jam 11.40 malam, maklumlah keretaapi bukan tunggu kita, kita yang kena tunggu keretaapi. Saya pun tidak sempat beramah mesra dengan peserta Liqa’ kerana takut terlepas keretaapi. Saya terpaksa balik juga ke KL kerana ada program dengan pelajar di DUN Cempaka Pandan jam 9 pagi.
Rupanya keretaapi terlewat , dan bertolak daripada Taiping jam 2 pagi. Lewat 2 jam daripada jadual asal. Saya bertanya kepada peniaga kedai dekat dengan kantin selalu keretaapi lewat ka. Dia kata biasalah ustaz kadang-kadang lewat hingga pukul 2 pagi atau 3 pagi. Sepatutnya saya boleh sampai di KL Sentral dalam pukul 6.30 pagi, sebaliknya telah sampai jam 8.10 pagi.
Memang sahlah perkhidmatan awam di Malaysia ini adalah yang terburuk di Malaysia. Pak Lah dan pemimpin BN/Umno ketika setiap kali kenaikan harga minyak menggalakkan rakyat supaya menggunakan perkhidmatan awam seperti bas, komuter, LRT, keretaapi. Kalau inilah keadaannya macam mana orang yakin dengan pengangkutan awam di Malaysia. Kalau hendak di banding dengan negara jiran seperti Singgapura jauh langit dari bumi.
Tidak hairanlah kepada kita walaupun minyak naik, rakyat Malaysia terpaksa menggunakan kenderaan sendiri, kerana pengakutan awam di negara kita lembab macam otak pemimpin Umno/BN. Saya masih ingat sewaktu minyak naik 30 sen Datuk Seri Abdullah Badwi mengatakan negara akan dapat selamat RM4 bilion dan wang ini kita akan gunakan untuk memperbaiki pengangkutan awam seperti melebarkan laluan LRT ke serata tempat, tetapi apa yang berlaku habuk pun tarak. Ada kawan saya Johari yang berulang alik dengan komuter daripada Rawang ke KL, dia memberitahu, kadang-kadang terpaksa berdiri dalam komuter. Mereka yang tunggu dekat Kepong, kadangkadang tiga kali komuter lalu tidak boleh naik lagi kerana penuh. Ini adalah angka tunjuk yang kerajaan tidak prihatin kepada masalah rakyat bawahan yang terpaksa menggunakan pengangkutan awam kerana hendak berjimat.Sebaliknya apa yang berlaku ialah kerajaan hanya retorik sahaja. Kita minta biar Pak Lah dan Datuk Seri Najib naik keretaapi baru mereka tahu masalah rakyat yang dihimpit dengan kenaikan harga petrol.
Memanglah kerajaan BN pembohong sejak dulu kini dan selama-lamanya.


memang pun usttaz. pengangkutan awam kita sangat teruk. ana cadangkan ustaz dan beberapa pimpinan turun ke KL pada sabtu dan ahad. tengok perjalanan komuter, lrt. org tersangat penuh. sampai terpaksa bergesel lelalki&perempuan.
betul tu ustaz…tapi…cakap pun xgn…kerja pemimpin…nk dimaki xgn, nk disanjung org lain yg buat kerja utk dia org….