PERSATUAN DARUL RIDZUAN (PDR) NAIK MINYAK UNTUK BELA MELAYU PERAK


Utusan Malaysia 11/8/08 melaporkan PDR akan cabar kerajaan Perak. Ia adalah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu di Perak akan mencabar kerajaan campuran Perak di mahkamah sekiranya meneruskan pemberian hak milik tanah kekal selama 999 tahun kepada penduduk kampung baru.

Pada forum itu, PDR dengan kerjasama NGO Melayu di negeri ini juga bersepakat untuk menubuhkan Kesatuan Melayu Perak (KMP) bagi membela nasib serta menjaga kepentingan orang Melayu di Perak.

Tahniah kepada Persatuan Darul Ridzuan di Selangor dan Wilayah persekutuan yang naik minyak, hendak cabar kerajaan Perak, atas isu pajakan tanah 999 tahun. Sebenarnya isu ini kira dah selesai, apabila Datuk Seri Ir Haji Nizar telah menafikan hal tersebut. Nampaknya semua balaci Umno tunjuk belang dah naik minyak pasal negeri Perak jatuh kepada PR.

Bila pula PDR ini sensitif tentang pencabulan hak orang Melayu. Apabila kalah baru naik minyak pasal sekarang tak boleh cari makan lagi untuk bubuh minyak.

Harimau bila lapar mula mengaum, samalah puak Umno yang berada di negeri pakatan Rakyat mula tunjuk taring kerana dah tidak boleh cari makan. Samalah isu kandang babi di Selangor. Sedangkan kandang babi bersepah di Selangor sehingga mencemar air dan pusat takungan air sudah lama. Kewujudan kandang babi sama umur dengan wujud Umno di atas muka bumi ini.

Bila PR perintah di Selangor baru timbul isu ini. Waktu awak ada kuasa dulu tidak pernah fikir masalah bangsa.

Saya masih ingat, dekat dengan pilihanraya 2008 satu perkampungan baru China di dekat Bidor Perak terus diberi hak milik. Tanah yang mereka teroka sudah lama, memang patut dapatlah. Geran ini diberi dekat pilhanraya, kerana penduduk di situ ugut, akan sokong pembagkang. Datuk Seri Abdullah sendiri yang turun sendiri bagi geran.

Dalam masa yang sama lebih kurang tidak sampai 10 KM ada juga tanah orang melayu yang sudah teroka lama, tetapi tidak diberi geran. Kerana ini semua jenis manusia ayam daging 45 hari sahaja boleh disembelih bila-bila masa sahaja. Ini semua Umno yang ajar supaya bangsanya sendiri menjadi bangsat, dan memang Umno suka rakyat tidak dapat hak milik dengan ini ia akan menjadi modal setiap kali pilihanraya.

Apa sudah jadi dengan tanah orang Melayu yang terlepas ke tangan orang lain sewaktu kamu berkuasa. Berapa banyak tanah orang Melayu yang duduk di kawasan bekas lombong seperti di Air Kuning Taiping, mereka cuba hendak minta geran sampai sekarang tidak boleh.

Sekarang wakil Parlimen Pas Tuan Haji Roslan cuba berusaha untuk mendapatkan hak milik mereka. Kebanyakan mereka ini adalah penyokong tegar Umno. Saya nasihat pemimpin PDR yang sudah tua-tua itu, awak semua pergi zikir di masjid sahaja lebih baik daripada duduk menyibuk dengan perbuatan yang kamu dulu yang buat silap. Biarlah PR perintah dengan aman. Rakyat Perak pun dah tengit (benci) dengan Umno/BN.

About these ads

5 comments on “PERSATUAN DARUL RIDZUAN (PDR) NAIK MINYAK UNTUK BELA MELAYU PERAK

  1. Setiap tanah dinegara ini mempunya geran. Perbezaannya hanya takrif tanah, sama ada sementara atau kekal. Memang betul hak milik ada diberikan pada kampung di Bidor sebelum pilihan raya, tetapi hak milik sementara. Jangan kelak kampun tergadai dek kerana kejahilan ilmu undang undang serta mengikut telunjuk orang lain. Saya rakyat Perak yang jelak akan kepimpinan Perak sekarang.

  2. Apa pula cerita tentang tanah perlombongan yang mahu dibuka.Setelah habis pajakan maka tanah lombong itu di katakan akan menjadi milik syarikat perlombongan tersebut.MB Perak sepatutnya jangan jadi seperti kerbau yang dicucuk hidung.Aku memangkah kamu wahai YB Nizar bukan untuk menjadi pelengkap kuasa DAP.Aku sentiasa memantau tindakan2 kerajaan Perak.Mungkin PRU 13 akan datang aku tidak lagi berkempen untuk PAS.Jika PRU 12 akulah di antara penggerak utama kempen PAS maka PRU 13 akulah juga yang akan menjadi penggerak utama menentang PAS Perak!!!.

  3. Where is my answer??Sesiapa pun gagal menjawabnya?.Walaupun PAS perjuangkan Islam tetapi jangan ingat bahawa PAS tidak boleh melakukan kesilapan yang amat merugikan Islam.Mungkin lebih rugi memilih PAS kerana tidak pandai berpolitik dari memilih UMNO.Janganlah PAS sibuk menentang UMNO kerana dasarnya dalam masa yang sama PAS sendiri memusnahkan kekuatan Islam.Contoh jelas dimana dari 10 exco Perak 7 daripadanya ialah bukan Islam.Maka bolehlah dikatakan kerajaan Perak ialah kerajaan KAFIR.Dalam kempen PAS berbuih mulut penceramah menyatakan bahawa haram melantik bukan Islam menjadi pemimpin,tetapi bila rakyat mengundi PAS dan menang mereka melantik 7 org kafir menjadi pemimpin.UMNO lantik adun bukan Islam PAS marah,tetapi bila PAS bersetuju 7 adun bukan Islam dalam exco ,ulama PAS kata halal…..Inilah yang dinamakan Ulama politik.Cakap tak serupa bikin.Berhentilah mendakwa PAS perjuangkan Islam sekiranya tindakan tidak seperti yang di perjuangkan.Islam bukan hanya melarang konsert mas idayu atau menggalakkan org menutup aurat.Islam bukan hanya hudud sahaja,Islam bukan hanya meletakkan papan iklan yang menutup aurat.Tetapi Islam memerlukan kekuatan ekonomi dan politik.

  4. sy nk komen psl isu exco bkn islam..1st disbut pas kt hrm lntik adun bkn islam..nk tnya skit,sjk bila isu ini brbngkit?sy x pnah lht mna2 statement dr pemmpin pas kta mcm tu..kalu tdk pas x kn krjsma ngan pkr and dap(pkr ada pmmpin non muslim)…very immature cmment..krjaan prk bknlh dimnangi oleh majoriti pas..ia adlh krjaan yg dimnangi dlm plhnrya scra mjoritinya oleh dap..ats sbb prlmbgaan,mb non muslem and non bmptra x leh dlntik,mka melalui short list yg dhntr kpd sltan prk,nizar dlntik sbgai MB..kta mng skit tp nk jd majoriti dlm kerajaan,ini konsep ape?org menang kita nk memandai declare kta dpt?mna bleh bcamtu..kalu nki selesaikn isu ini,scra mdahnye org2 umno prlu hnti undi umno..kalu ahli2 umno prak pkat2 undi pas,kuasa prti melayu islam ini akn kuat dan kta akn rule the gvrnment..mslhnye kta mng sket,dan prlu mengikut lunas yg ada..di kelntan x da sorg pun exco non muslem,sma juga trgganu 2004..ini krna kta brtndak ikut kesesuaian..mslhnye krjaan prak bkn kerjaan pas..ia dmnangi oleh mjoriti dap,mna nk wat mcm kita yg mnang..kite nsb baik msih dbnarkn dap tuk pas jd MB..saudara mnentg kerjaan kafir knon,and kmen diats disbut bkl jd penentg utama pas perak…sya perlu igtkn sume pmbca,siapa yg berusaha daulatkn hudud di klntan,pas atau umno?sape yg mnentg pula?dap x stuju hudud,tp x mnentg pas dlm melksanaknnya..umno yg knonnya parti melayu islam sdahla x skong,mnentg pas pula dlm plihnry..bahkn berusaha dlm mggagalkn hudud..pgharaman judi di klntan,pnutupan klb2 mlm,suma ini dlksanakan umnokah..ya islam prlu kekuatan politik,tp spnjg umno pegang,adkh kekuatan itu diguna utk bela islam dan melayu?arwah mufti slngor dipecat oleh mahathir kerana hlang pompuan seksi dlm prtndingan ratu cntik..islamikkah?sistem kewgan berteraskn riba didokong oleh siapa?bknkah UMNO yg halang peruntukn utk SAR di kelntan dulu?sjk bila mreka bela SAR?ini sekolh agama,majoriti melayu..sggup pmimpin2 sprti ini perlakukn sebegitu..ya,islam memerlukn kekuatn politik,dan pas yg mnjadi penggerak krna tanpa pas mna ada krjaan negeri sprti trgganu 2004 dan kelntan yg mengamalkn dsar2 islam..untungkah kontraktor2 melayu melalui dsar tender trtutup umno?gergasi2 non bumiptra shja yg bnyk kaut untung…meritokrasi universiti yg merugikn melayu juga krja pmimpin umno(lbih bsar kerugian dr cdgn 10 prtus kuota kpd bkn melayu di uitm sprti dicdg tan sri khalid)..ank2 mlayu luar bndar terkesan teruk oleh penukaran pengajrn sains dan matematik ke dlm B.I..Kemana pergi tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah seluas 3 juta hektar. Sekarang separuh tanah telah bertukar hak milik hasil pengkhinatan amanah oleh pemimpin UMNO. Tahun 1985 sahaja tanah rezab Melayu hanya tinggal 1.7 juta hektar. Sekarang berapa lagi tinggal?sape memerintah selama ini?Siapakah yang menghalau orang Melayu di Kampung Berembang, adakah ini kerja DAP .Sedangkan mereka yang berada di Kampung Berembang adalah penyokong tegar UMNO. Siapakah yang merampas tanah yang diberi oleh kerajaan PAS di Terengganu sebanyak 65,156 lot kepada rakyat tanpa mengira kaum. Kebanyakan adalah orang Melayu. Bukankah dengan cara pemberian tanah salah satu daripada usaha kerajaan Pas Terengganu untuk membasmi kemiskinan yang bertepatan dengan DEB, tetapi dikhianati oleh pemimpin UMNO sendiri…x perlu dtnye knape lntik rmai dap dlm exco,ini logik politik sbb mreka yg menang bnyk kerusi dun perak..sy hrp isu kcil jgn dimainkn..lksana tutup aurat,bersih rasuah,hram judi,mnjaga hak suma kaum(rombongan GERAKAN sg.ptani sndiri puji keadilan pas kelntn),tutup pusat disko,banteras pelacuran yg berleluasa bwh BN kelntn satu ketika dulu,adlh sokongan kpda apa yg di sebut “islam memerlukan kekuatan politik dfan ekonomi”,yg mana ia bukti terlksanaye hkum islam adlh melalui kmengan politik bagi mrka yg perjuangknnye..UMNO?mreka dhulu sering brkata,”islam dan politik jgn disamakn<dgn alasan,politik kotor,islam bersih<..saya sudahi dgn pernyataan sheikh ayatollah khomeini kpda sekular iran..yg kotor itu politik kamu,politik islam tidak..(ini hnya ulasan bg komen hanafi nordin di atas)dr budak asasi undg2 yg msih muda…

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s