Alhamdulillah Haji Fauzi Abdullah telah dipilih oleh parti untuk mewakili Pas dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Manik Urai 14hb Julai 2009. Pemilihan beliau ialah berdasarkan kajian awal yang dibuat oleh Badan Perhubungan Pas Negeri Kelantan dan Pas kawasan Kuala Kerai. Kajian yang dibuat untuk mengambil beberapa segmen pengundi di Manik Urai, menunjukkan beliau adalah calon yang layak untuk mengekalkan kemenangan Pas di Manik Urai.
Peribadi beliau yang mudah didampingi oleh masyarakat dan seorang yang dermawan adalah orang yang sesuai untuk menjadi wakil rakyat di Manik Urai dengan iklim georafi dan demografi.
InsyaaAllah dengan kemenangan ini akan memberi satu jawapan kepada Umno bahawa ia sudah tidak relevan dengan politik di Kelantan dan di Malaysia.
Difailkan dalam: Pilihanraya, Politik











Ustaz nak tanya,
Selalu ana dengar ustaz kuliah ciri-ciri kepimpinan Islam. Ustaz selalu sebut pemimpin tak boleh sombong, ego, megah diri. Pemimpin kena ikut jamaah, tidak boleh belakangkan jamaah.
Pemimpin tidak boleh pentingkan dunia. Jika ada ciri-ciri pemimpin sebegini, dia tak layak diangkat sebagai pemimpin jamaah.
Tapi dalam kes perlantikan KP Perak. Pas Perak tahu pemimpin ini perangai tak baik. Masih juga lantik, keliru ahli macam ni.
ulasan ustaz macamana?