Tarikh PRU Tidak Menentu, Najib Menyusahkan Mahasiswa
Idris Hj Ahmad
14/6/12
Tarikh PRU 13 tidak menentu menyusahkan semua rakyat di negara ini daripada bakal haji, ahli politik, peniaga dan mahasiswa. Ramai yang tidak jadi pergi mengerjakan umrah ketika cuti sekolah selama dua minggu, kerana takut pilihanraya. Ada seorang jiran saya di Taman Melewar hampir membatalkan kenduri kahwin anaknya pada 9 Jun 2012, kerana ura-ura tarikh pembuangan undi. Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) Yong Poh Kon berkata akibat tarikh pilihanraya tidak menentu mereka berhadapan ketidaktentuan yang berpanjangan.
Majlis Perwakilan Pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam juga mengalami penderaan yang sama kerana pihak universiti menerima arahan daripada pihak atasan supaya jangan adakan pilihanraya kampus kerana takut kumpulan pro Umno BN kalah. Kerajaan faham bahawa keputusan pilihanraya kampus akan memberi kesan politik di luar. Sekarang mahasiswa menjadi mangsa, sepatutnya pilihanraya kampus diadakan pada bulan Feb sehingga kini belum nampak petanda akan diadakan. Tidak pernah berlaku di dalam sejarah pilihanraya kampus ditangguhkan, sehingga sudah melewati waktu. Paling malang ada di kalangan pimpinan MPP yang akan menamatkan pengajian selepas peperiksaan sedang berjalan sekarang. Persoalannya siapa yang akan mengendalikan urusan Majlis Perwakilan Pelajar selepas ini. Nampaknya Najib menyusahkan semua rakyat termasuk mahasiswa turut menjadi mangsa. Penangguhan pilihanraya kampus menandakan Umno Bn dilanda dengan mimpi ngeri bagi orang yang bersalah.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.