Umno Rabun Angka
Idris Hj Ahmad
28/12/12
Umno mengalami penyakit rabun angka sehingga tidak tahu beza angka yang banyak dan angka yang sedikit, mana angka yang dahulu dan angka yang kemudian. Contohnya tuduhan oleh pemimpin Umno Perak, YAB Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat selaku Menteri Besar telah menganugerahkan tanah seluas 10,526 hektar kepada pemimpin Dap Perak, untuk memastikan Datuk Seri Haji Nizar Jamaludin dilantik sebagai Menteri Besar Perak. Ini satu pembohonagan dan fitnah yang besar kepada TG Nik Aziz dan Pas. Faktanya PRU 12 bertarikh 8 Mac 2008, sedangkan tanah ini dibeli oleh Nga Kor Ming dan Datuk Ngeh Khoo Ham pada tahun 2012. Ini membuktikan pemimpin Umno rabun angka. Matlamatnya tidak lain dan tidak bukan untuk mencapai cita-cita politik mereka, walaupun dengan fitnah dan pembohongan. Etika dan moral sudah tidak diambil peduli.
Begitu juga dengan hasil kutipan balak di Kedah telah meningkat daripada RM8 juta kepada RM80 juta. Umno tetap cuba menafikan angka tersebut. Begitu juga apabila simpanan tunai kerajaan Selangor daripada RM400 juta meningkat kepada RM2.56 bilion. Mereka tetap menafikan kebolehan PR menyimpan wang sebanyak itu. Setiap kali himpunan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat, sekali lagi penyakit rabun angka akan berlaku. Penyakit rabun ini semakin parah apabila hampir pilihanraya, terutama mimpi ngeri kejatuhan kerajaan BN ke tangan PR.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.