Isu Amanat, Umno Hendak Pancing Undi Melayu
Idris Hj Ahmad
1/1/13
Isu amanat sudah berlalu sejak tahun 1981, tiba-tiba isu ini dibangkitkan semula walau pun sudah berlalu lebih 31 tahun. Semasa isu ini dibangkitkan ada di kalangan pemimpin Pemuda Umno masih pakai pampes lagi. Isu yang sepatutnya sudah selesai, jika Debat Pas Umno tidak dibatalkan pada tahun 1985.
Tujuan isu ini dihidupkan supaya ia menimbulkan kemarahan orang-orang Melayu kepada Pas. Harapan mereka supaya isu kafir mengkafir akan dihidupkan kembali. Umno sedar undi Melayu perlu dipungut dengan apa cara sekali pun. Undi bukan Melayu nampaknya sudah tidak ada harapan, walau pun Datuk Seri Najib memberi wang sebanyak RM30 juta kepada sekolah China. InsyaAllah isu amanat akan memakan diri Umno. Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang meminta televisyen memberi ruang selama satu jam supaya dapat menjawab isu tersebut. Beliau juga bersedia untuk bermuzakarah dengan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) seperti yang diminta oleh Datuk Seri Rais Yatim. Cuma pertemuan tersebut perlu dirakam oleh pihak Pas sama.
Sepatutnya pihak JAKIM juga perlu bersifat pro aktif memanggil Tun Dr Mahathir yang mengatakan Malaikat juga membuat salah. Mana suara JAKIM dan ulama pengampu ketika Tun menyuarakan perkara yang bertentangan dengan akidah.
Kesan daripada ulamak Pas yang memberi penerangan mengenai batas-batas Iman dan Kufur tidak ada lagi masyarakat yang menghina hukum Allah. Dulu menjadi kebiasaan penyokong Umno yang mengatakan jika hendak ikut hukum Islam negara akan jadi huru hara. Jika hukum Islam dilaksanakan ramai orang Islam akan kudung tangan. Apa ulamak Umno ajar kepada pengikutnya untuk memelihara akidah pengikutnya sehingga mereka sanggup berucap demikian. Masalah akidah, bukan masalah hendak dipolitikkan. Inilah peranan yang dimainkan oleh ulamak Pas untuk memelihara akidah umat
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.