Hargai guru bukan hanya pada 16 Mei – Idris Ahmad


Oleh Intan Abdullah

KUALA LUMPUR, (Hrkh) – Hari Guru yang disambut pada 16 Mei setiap tahun membawa makna yang mendalam kepada golongan pendidik yang cukup banyak berjasa kepada negara sejak sebelum Malaysia mencapai kemerdekaannya lagi.

Pekerjaan sebagai seorang guru cukup mulia di sisi masyarakat, malah profesion ini digambarkan dalam satu ungkapan yang cukup sinonim dengan jasanya, iaitu ‘guru diibaratkan sebagai lilin yang menerangi malam, merelakan diri terbakar bagi menerangi alam’.

Tidak kira di desa atau di bandar, guru adalah insan yang disebut sebagai nadi kepada sektor kependidikan yang akan melahirkan anak bangsa dan masyarakat yang bertamadun yang akan membangunkan negara.

Hari ini sejak detik 12.00 malam tadi, (16 Mei 2007) Hari Guru sekali lagi diraikan oleh golongan pendidik yang akan meneruskan kelansungan perjuangan membentuk insan kamil selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

“Siapa yang mengajar kepadaku walaupun sepatah perkataan makan dia adalah guruku,” demikian kata-kata Saidina Ali yang menceritakan tentang darjat guru yang perlu dihargai.

Mengulas mengenai Hari Guru, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad memberi penekanan terhadap budaya perayaan hari guru yang hanya meminta supaya masyarakat memberi penghargaan kepada golongan ini hanya ketika tiba tanggal 16 Mei sahaja.

Islam melihat sambutan Hari Guru harus dinilai berdasarkan keberkesanan dalam pembelajaran yang bergantung kepada pendidikan kerana guru yang bercakap harus mengotakan apa yang dikatakan, katanya kepada Harakahdaily ketika dihubungi hari ini.

Tambah beliau, Rasulullah diajar dan diuji oleh Allah dengan pelbagai kesukaran dan wahyu yang diturunkan kepada baginda sebagai tarbiyah dan pendidikan yang memberi kesan kepada akhlak baginda sebagai teladan ummah.

“Masyarakat kini dibudayakan dengan fahaman kebendaan dengan pemberian hadiah dan anugerah bagi menggambarkan penghargaan kepada guru,”ulasnya.

Beliau turut menegaskan bahawa sekarang ini masyarakat telah dibudayakan dengan menghormati orang yang memiliki nilai kebendaan dan kedudukan pangkat yang tinggi tanpa mementingkan budaya ilmu.

Katanya, mutakhir ini guru tidak sempat untuk mendidik, sebaliknya hanya boleh mengajar berikutan kesibukan dengan pelbagai tugasan sehingga golongan ini tidak mampu meneliti dan menilai perkembangan ilmu yang telah disampaikan kepada pelajarnya.

Sementara itu, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Azizah Khatib Mat pula berpendapat matlamat pendidikan adalah untuk melahirkan manusia cerdik yang beriman dan bertaqwa kepada Allah serta memberi manafaat kepada agama, bangsa dan negara.

Justeru, tugas mendidik harus digembeleng bersama antara guru dan ibubapa bagi memastikan keberkesanan pendidikan yang diterapkan, katanya.

“Wanita yang memiliki naluri keibuan lebih mudah mendekati pelajar dengan kehalusan jiwai dan ketulusan hati ibu yang mengalir di sanubari wanita mendorong manusia menuju ke jalan yang benar,” katanya lagi.

Namun begitu, beliau berkata guru harus menggunakan pendekatan yang sesuai dalam mendidik, sabar dan prihatin terhadap masalah semua pelajar tanpa mengira latar belakang, bangsa dan agama.

Beliau yang telah berpengalaman mengendalikan sebuah sekolah iaitu Darul Hijrah di Temerloh, Pahang sejak 1984 turut berkongsi pengalaman bersama pelajar yang merupakan anak yatim di Darul Hijrah.

Sejak 20 tahun lalu, Darul Hijrah turut menerima pelajar dari kalangan anak yatim walaupun pengambilan pelajar dari kalangan anak yatim itu hanya diumumkan dua tahun lalu, katanya./wann

Advertisements

One comment on “Hargai guru bukan hanya pada 16 Mei – Idris Ahmad

  1. Assalamualaikum Uztaz Idris,

    Saya student ustaz masa belajar di peringkat diploma di ITM Melaka (kini UiTM) pada tahun 90-an dulu. Keputusan ustaz untuk berhenti kerana mahu terlibat dengan politik membuka hati saya yang perjuangan ustaz tentu lebih utama daripada kerjaya selesa ustaz pada waktu tu. Kalau ustaz bukan guru sejati bagi saya, pasti saya “just let u go” tetapi tidak sebaliknya saya ikuti perjuangan parti dan rakan2 ustaz. Kini saya dan kawan2 sehaluan saya sentiasa menyokong dan “menemani” ustaz tanpa ustaz sedari. Kami nampak “diam” tapi percayalah… kami umpama lahar panas di dalam perut bumi yang menunggu masa untuk meletup dan menghambur menghapuskan “kekotoran” yang sedia ada dan merubah kepada “kehidupan baru” yang lebih subur. Semoga Allah memberkati Ustaz Idris dan rakan2 ustaz.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s