Majlis Harga Negara menipu rakyat


Oleh Saidah Hairan

KUALA LUMPUR, 25 Jan (Hrkh) – Rakyat diingatkan agar jangan mudah terpedaya dengan lakonan yang akan terus dilakukan oleh pimpinan BN di semua peringkat menjelang pilihan raya ini.

Ini berikutan ekoran penubuhan Majlis Harga Negara yang kononnya mahu membuktikan bahawa kerajaan memang perihatin dengan masalah rakyat tentang tekanan hidup akibat kenaikan harga barangan.

Sehubungan itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad menegaskan, rakyat menghadapi tekanan hidup adalah disebabkan kejahilan BN memerintah negara.

Beliau berkata, penubuhan majlis Harga Negara itu hanya setakat lipstik untuk terus menipu rakyat.

Ini kerana katanya, Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak memaklumkan bahawa penubuhan majlis itu bukan bererti untuk menurunkan harga barang.

Idris berkata, jika majlis itu ditubuhkan hanya untuk memantau harga barang ia langsung tidak mendatangkan faedah kepada rakyat.

Rakyat terus mendesak kerajaan perlu mencari jalan turunkan harga barangan asas tepung, beras dan gula, tegasnya.

“Rakyat sudah tidak tahan menanggung derita. Rakyat selalu ditipu kenaikan harga barang itu disebabkan sifat tamak para peniaga,” katanya.

Sebenarnya tambah beliau harga barang itu terpaksa dinaikkan oleh peniaga kerana mereka mendapat bekalan yang sudah mahal.

Beliau berkata, jika rakyat memberi mandat kepada PAS dan BA memerintah harga petrol, gas, letrik dan barang makanan akan diturunkan.

Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Najib mengatakan negara bangkrap jika harga petrol diturunkan dan sudah pasti minyak akan dinaikkan jika BN menang lagi, tegasnya.

Menurut beliau, negara tidak bangkrap walaupun beri komisyen RM530 juta untuk membeli Scorpene dan Agusta pada syarikat Abdul Razak Baginda.

Katanya, negara tidak bangkrap 14 baucer bayaran bernilai hampir 1 bilion yang dibayar oleh Kementerian Pertahanan di bawah TPM yang hilang. – mks.

Advertisements

4 comments on “Majlis Harga Negara menipu rakyat

  1. kasihan para pemantau harga..susahnya nak cari kerja,terpaksa kerja dengan organisasi penipu.nasib badan….jadi YB la senang.kritik kerajaan,dapat elaun.banyak pulak tu….

  2. bagi saya, kita perlu meneliti setiap sudut sebelum mengeluarkan apa-apa sebarang pendapat. Pada pendapat saya, bagi kes Majlis Harga Negara ini janganlah dilihat dari sudut pandangan yang negatif. Mereka hanya bekerja untuk mencari rezeki, mengapa perlu salahkan PPH. Masing2 ada tanggungjawab.. kalu mrahkan hanya di sebabkan politik, sampai bila2 perkara ini xkan selesai. kalu majlis ini dibubarkan, xheran penganguran smakin bertambah. Ini akan menambahkan lag bebanan terutama yang sudh berkeluarga, lebih2 lagi dalam keadaan kegawatan ekonomi sekarang. memberi pndapat berdasarkan kepentingan diri dan politik hanya memberi kebaikan sebahagian pihak sahaja. pikir2 kan lah..

  3. Sekadar Pandangan saya…

    MHBN bukanlah menipu rakyat. Istilah menipu adalah agak terlalu kejam bagi saya. Namun pada saya, MHBN adalah sebuah organisasi baru yang harus diberi perhatian dari segi fungsi dan keberkesanannya. MHBN pada asasnya bertujuan untuk mengawal inflasi dengan cara memantau harga dan melaporkan maklumat harga dan bekalan barangan diperingkat akar umbi. Dengan itu, pihak kerajaan dapat membuat persediaan mengawal sebarang masalah yang sedang dan akan dihadapi. Funsi MHBN adalah hampir sama dengan Suruhanjaya Harga yang kebanyakkannya telah lama dipraktikkan di negara-negara maju. Oleh itu, selain dapat memberikan peluang pekerjaan kepada graduan kita, ia juga baik untuk keselamatan perdagangan dan hal ehwal pengguna rakyat kita

  4. Janganlah menuduh MHBN sebagai menipu rakyat. Bagi saya MHBN sangat penting, selain membantu dalam mengurangkan kadar penganguran di negara ini terutamanya di kalangan para graduan, penubuhan Majlis Harga Barang Negara juga mampu memberikan pangalaman kerja kepada para Pegawai Pemantau Harga Barang (PPH) yang baru bergraduate. Untuk pengetahuan saudara, PPH bukan sekadar menjalankan pemantauan harga barang di pasar-pasar basah, kedai runcit dan supermaket baik di bandar mahupun di hulu pedalaman Sabah & Sarawak, PPH juga turut menjalankan tinjauan/Quick Survey/kajian berkenaan dengan langkah mengatasi kekurangan bekalan di peringkat kawasan pemantauan. Tinjauan/quick survey/kajian tersebut adalah sebahagian daripada inisiatif daripada pihak MHBN dan PPH untuk memastikan bekalan barangan keperluan di pasaran sentiasa mencukupi. Syukur setakat ini segala pandangan daripada pihak PPH diberi perhatian oleh pihak MHBN. Saudara, kalau boleh jangan terus condem kewujudan MHBN, Tinjau dahulu, tengok dulu lepas tu mudah-mudahan saudara faham niat baik pihak kerajaan pusat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s