Malaysia malang punya PM yang tidak tahu apa-apa – Idris Ahmad


Oleh Intan Abdullah

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Hrkh) – Rakyat Malaysia sangat malang kerana mempunyai seorang Perdana Menteri seperti Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi yang tidak tahu apa-apa, kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Beliau menyatakan perkara demikian kelihatan begitu ketara semasa Ketua Pembangkang Parlimen, Lim Kit Siang yang membangkitkan wujud ketidakseimbangan dalam sesetengah agihan peruntukan dalam Pembentangan Belanjawan Negara 7 September lalu.

“Abdullah membuktikan bahawa beliau adalah PM yang paling tidak peka dan tidak mengetahui selok belok ekonomi yang akhirnya memaksa beliau meminta Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Mohd Nor Yaccob untuk menjawab persoalan tersebut,”

Abdullah ujarnya selama ini gagal berperanan sebagai PM apabila beliau gagal menyelesaikan banyak isu besar dalam negara dengan sikap ‘diam’ nya dan turut membiarkan pelbagai kerosakan dan korupsi terus bermaharaja lela di kalangan pemimpin tertinggi negara.

“Beliau juga dengan sengaja menjadikan medan pentadbiran negara sebagai ‘lombong keuntungan’ peribadi beliau dan kroni, seterusnya menyuburkan amalan rasuah dan nepotisme. Akhirnya kabinet yang ada sekarang ini tidak melaksanakan tanggungjawab mereka menguruskan negara ini,”

“Maka, tidak hairanlah berlakunya penyerahan memorandum oleh sembilan menteri kepada Abdullah berhubung kelemahan beliau mengendalikan sesuatu masalah,” ujar Idris menjelaskan manifestasi sifat Abdullah sebagai PM.

Beliau mengulas rungutan Ketua Wanita Parti Gerakan Malaysia (Gerakan), Dato’ Tan Lian Hoe yang menyatakan bahawa rakyat sudah lama tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil oleh kerajaan untuk menurunkan kadar jenayah negara yang disifatkan semakin teruk mutakhir ini.

Namun, Idris optimis bahwa apa yang berlaku ini akan membuka mata masyarakat bukan Islam untuk menilai kemampuan undang-undang Syariah Islam bagi menangani masalah jenayah yang kronik.

Semalam, Ketua Wanita Gerakan, Dato’ Tan Lian Hoe mendesak kerajaan agar tidak hanya mendengar sahaja rungutan orang ramai tetapi seharusnya disusuli dengan tindakan yang sewajarnya.

Mengulas ucapan Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi semasa perasmian persidangan parti tersebut Sabtu lalu, beliau mahu pimpinan parti Barisan Nasional memberitahu segala aduan dan rungutan tanpa perlu ‘bermanis bicara’, Tan berkata sudah lama hal tersebut dilaksanakan.

“Sudah lama mereka bercakap sehingga kering mulut mereka, tetapi sehingga kini kerajaan tidak mengambil apa-apa tindakan. Walaupun apa yang telah dimaklumkan itu adalah suatu kebenaran.”

“Rakyat sangat kecewa dan kebanyakan mereka telah menggunakan pelbagai saluran dan cara yang tidak sesuai untuk menyelesaikan masalah mereka,” ujar beliau kepada lebih 600 delegasi dalam perbahasan ucapan dasar presiden.

Tan menekankan bahawa sekadar mendengar sahaja keluhan dan aduan rakyat adalah tidak memadai, kerana kerajaan perlu mengambil tindakan untuk menyelesaikan rungutan rakyat, terutamanya yang berkaitan dengan peningkatan kadar jenayah.

Sementara itu, Naib Presiden Gerakan Dato’ Chang Ko Youn juga menggesa kerajaan terutamanya para menteri, agar menjadi contoh teladan serta tidak menjadikan faktor perbezaan bangsa dalam menyelesaikan sesuatu isu negara.

Ujarnya, apabila rakyat membangkitkan isu-isu sensitif mengenai agama, menteri sepatutnya memberikan jawapan yang rasional.

Beliau juga menyokong usaha penubuhan suruhanjaya siasatan diraja untuk menyiasat klip video peguam dengan hakim, sekali gus menafikan panel bebas yang diketuai oleh Tan Sri haidar Mohd Noor mempunyai kuasa yang cukup untuk memanggil saksi.

Sabtu lalu, semasa pembukaan persidangan, Gerakan juga telah dijemput dalam pembentukan suruhanjaya tersebut selepas panel tersebut selesai menjalankan tugas mereka. – mns

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s