Murtad, Rejal perlu rujuk Sunnah, Ijma’ atau Qiyas selain al-Quran – Idris Ahmad


Oleh Intan Abdullah

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Hrkh) – Bekas Pensyarah Universiti Teknologi Mara Melaka, Ustas Idris Ahmad menyelar pandangan kolumnis mykmu.net, Dato’ Rejal Arbee yang menyatakan bahawa tiada hukum murtad dalam al-Quran tanpa merujuk kepada sumber selain al-Quran iaitu Sunnah, Ijma’ dan Qiyas.

Ustaz Idris yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan PAS menempelak pandangan Rejal yang menyatakan bahawa tidak terdapat ayat dalam al-Quran yang menjelaskan secara terang bunuh adalah hukuman bagi mereka yang murtad.

Tegasnya, sumber rujukan hukuman selain al-Quran ialah Sunnah, Ijma’ dan Qiyas seperti ibadah solat yang tidak dijelaskan secara terperinci di dalam al-Quran tetapi dinyatakan melalui hadis Rasulullah dan ulama’ mu’tabar.

Beliau juga mempertikaikan mengenai kayu pengukur kebebasan yang digunapakai oleh Rejal dalam mendefinasikan maksud kebebasan hak asasi manusia.

“Jika mereka menggunakan konsep barat sehingga mengenepikan perkara yang menyentuh aqidah dan pegangan umat Islam seperti menghalalkan hubungan sejenis atau homoseksual yang dikatakan ia adalah kononnya merupakan hak peribadi individu terbabit, ini bermakna hidup ini tidak perlu kepada undang-undang kerana semuanya bersandarkan kepada hak individu semata-mata,” terangnya.

Katanya lagi, sepatutnya setiap undang-undang perlu memiliki satu garis panduan yang tetap atau ‘guideline’ yang jelas bagi memastikan perlaksanaan hukuman terhadap jenayah murtad ini dilihat satu perkara yang serius kepada masyarakat umum.

“Sekiranya kamu menjadi seorang muslim, maka kamu tidak dibenarkan menukar agama kerana ia merupakan satu kesalahan jenayah dan ia merupakan tindakan yang mempermainkan agama,” ujar beliau yang juga AJK PAS Pusat sesi 2007/2009.

“Kita mengingatkan kepada mereka bahawa Islam mempunyai peraturan yang tersendiri,” katanya ketika dihubungi oleh Harakahdaily hari ini.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s