Perjuangan Bahasa Malaysia hanya umpama badut sarkas – Idris


Oleh Abu Bakar Rahman

KUALA LUMPUR, (Hrkh) – Para pemimpin kerajaan diminta menghentikan tindakan menjadi badut sarkas dengan berpura-pura memperjuangkan Bahasa Melayu semata-mata kerana hendak mengalihkan kemarahan rakyat terhadap kenaikan harga minyak.

Timbalan Ketua Pemuda PAS, Ustaz Idris Ahmad berkata, tanpa perlu berfikir panjang rakyat sudah tahu permainan media milik parti pemerintah yang menyiarkan “kegarangan beberapa pemimpin Umno kononnya untuk memperjuangkan Bahasa Melayu benar-benar lakonan yang meloyakan”.

“Hentikan wayang basi itu. Kalau benar mahu memperjuangkan Bahasa Melayu, mengapa tidak memperjuangkan supaya Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar untuk pelajaran Sains dan Matematik?” kata beliau.

Lakonan itu, katanya, semakin terbukti apabila Malaysiakini melaporkan, “seorang pegawai dari Jabatan Perdana Menteri (JPM) dikatakan telah mengarahkan editor akhbar-akhbar utama supaya jangan memperbesar-besarkan berita bantahan orang ramai terhadap kenaikan terbaru harga minyak”, termasuk bantahan besar-besaran yang dihadiri beribu-ribu rakyat di hadapan Menara Berkembar Petronas.

“Malah, sebelum demonstrasi itu diadakan, kami telah diarahkan supaya jangan memperbesarkan berita tersebut dengan alasan ia akan menyemarakkan lagi kemarahan orang ramai,” laman web berita itu memetik seorang pengarang berita.

Arahan itu serta tindakan akhbar-akhbar menggelapkan berita mengenai kemarahan rakyat terhadap kenaikan harga minyak jelas membuktikan keriuhan tentang memperjuangkan Bahasa Melayu hanyalah tindakan memperalatkan isu bahasa untuk menutup kelemahan kerajaan, kata Ustaz Idris.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s