Pemerintah wajib dengar nasihat ulama – Ustaz Idris


Oleh Saidah Hairan

KUALA LUMPUR, 6 Julai (Hrkh) – Sikap berkecuali ulama supaya tidak berpuak dan tidak terbabit dalam politik kepartian bukan sahaja untuk mengangkat kredibiliti mereka tetapi nasihat mereka wajib didengar oleh pemerintah khususnya dalam soal hukum dan perundangan.

Demikian menurut AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad ketika mengulas titah Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah bahawa ulama tidak boleh berpuak.

Beliau berharap di peringkat negeri para mufti mesti dirujuk dalam perkara membabitkan soal hukum dan sepertimana juga kerajaan merujuk dalam soal pentadbiran.

Katanya, dalam soal yang membabitkan hukum Islam dan kepentingan Islam seperti undang-undang mesti dirujuk kepada para ulama.

Selama ini tambah beliau, banyak kes pemerintah memperkecil-kecilkan peranan ulama seperti dalam isu kongsi raya, konsert Sure Heboh, garis panduan hiburan, isu kondom dan berkongsi jarum bagi mengatasi Aids dan dalam hal berkenaan orang Islam bekerja di tempat dijual arak dan premis judi.

“Ada pemimpin tidak mendengar malahan telah memperlekehkan ulama seperti kes Menteri Besar Perak memandang enteng isu konsert ‘Sure Heboh’,” katanya.

Beliau yang menghubungi Harakahdaily mendesak supaya ulama rasmi seperti mufti, kadi dan imam yang dibayar gaji perlu tegas dalam perkara yang mungkar jika membabitkan pemimpin tanpa mempedulikan status dan kedudukan mereka.

“Jangan tuduh ulama jumud sedangkan ulama pada hari seolah-olah berada di kandang orang salah,” tegasnya.

Menurut beliau, dalam banyak kes ulama dituduh menyekat perkembangan Islam dan kemajuan sedangkan ulama tidak pernah diberi tempat dan kuasa untuk memerintah.

Beliau menjelaskan, ini berbeza dengan kemampuan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang banyak membuat pembaharuan di negeri serambi Makkah itu seperti memperkenalkan kerja lima hari, memberi cuti bersalin lebih panjang, membina rumah murah tiga bilik dan program kifalah untuk membantu warga emas.

“Saya yakin dan percaya jika ulama diberi kepercayaan untuk memerintah, mereka mampu membuktikan atau menunjukkan kredibiliti,” tegasnya.

Beliau berkata, ulama tidak mampu untuk menunjukkan kredibiliti jika mereka masih menjadi kongkongan golongan sekular sebagaimana hari ini.

Menurutnya, kedudukan ulama bukan hanya untuk diangkat taraf dengan menaikkan gaji tetapi lebih penting mereka diberikan kuasa untuk menegur serta menegakkan perkara yang baik dan mencegah kemungkaran. – lanh

Advertisements

3 comments on “Pemerintah wajib dengar nasihat ulama – Ustaz Idris

  1. Bagaimana nak angkat golongan ulama apabila sebilangannya boleh dibeli dengan ansuran RM1,800 sebulan. Depa yang merendahkan kedudukan sendiri. Kita masih percayakan ulama dan ramai orang pun masih, tetapi apabila segelintir yang perangai ulaq dalam semak, penguasa mudah menyamatarafkan golongan ini. Ingat lagi dulu Tun Det hina ulama yang hanya perlu bayaq RM10 untuk jadi ahli persatuan ulama dan boleh diiktiraf ulama. Ulama mesti sanggup maki geng dia kerana ramai yang mampu menangkis dengan alquran dan hadis untuk mengelak..
    TG Hj Derih Tehrani sila komen sikit

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s