Hentikan Penswastaan Lebuh Raya Untuk Ringan Beban Rakyat


Oleh Ust. Hj. Idris Hj. Ahmad
AJK Pas Pusat

Kadar tol mungkin turun itulah bunyi tajuk akbar hari ini menurut Menteri Kerjaraya Datuk Ir. Mohd Zin Mohamamed. Beliau berkata, ini semua bergantung kepada kajian konsesi lebuh raya. Sebenarnya kerajaan kena ambil balik tugas kendali lebuh raya seperti yang pernah dibuat oleh Lembaga Lebuhraya dulu.

Harga tol pun murah pasal dia tidak fikir untung kerana ini adalah tanggungjawab. Pelik tetapi benar inilah penswastaan di negara kita, semuanya membebankan rakyat. Saya pun tidak tahu dimanakah mereka ambil ilmu ini. Sepatutnya tujuan penswastaan adalah mengurangkan beban kerajaan dan menyenangkan rakyat. Tetapi apa yang berlaku ialah sebaliknya. Apabila projek gagal maka ia akan ditanggung oleh kerajaan kalau untung masuk tembolok mereka.

Kalau kita lihat di negara-negara maju tidaklah banyak tol macam negara kita. Kiri, kanan, depan ,belakang semua tol sampai rakyat pening, apabila hendak hantar anak ke sekolah dan pergi kerja. Tol mahal, minyak mahal, parking mahal. Semua ini menyebabkan ramai rakyat Malaysia hari ini hidup dalam keadaan tertekan.

Memang berniaga tol ini untung. Yang seronok kalau kereta tidak lalu pun tak apa, kerana kerajaan akan tanggung kalau rugi. Sebab itu wasiatlah kepada anak kita kalau besar esok jangan jadi peguam, jangan jadi doktor susah dapat untung tetapi jadilah tauke tol.

Cukai jalan dah ambil, tol kena lagi. Kalau kerajaan rasa tidak mampu mereka tidak payah perintah, bagi sahaja kepada Pakatan Rakyat perintah. Kalau hendak berniaga dan tidak mahu jaga kebajikan rakyat, lebih baik jadikan Malaysia ini sebuah syarikat, bukan kerajaan Malaysia.

Inilah akibat apabila amanah itu dianggap sebagai satu tempat untuk menghimpun kekayaan maka inilah yang terjadi. Kalau amanah ini dianggap satu beban maka tidak ada orang yang hendak jawatan ini. Tetapi kalau amanah dianggap peluang maka semua orang berebut hendak menjadi pemimpin.

Kita hairan kenapa kerajaan takut hendak dedahkan apa perjanjian sebenar dalam semua projek penswastaan di negara ini. Ada yang mengatakan bahawa perjanjian ini hanya berat sebelah, hanya menguntungkan kepada pihak tauke sedangkan kerajaan menanggung biawak hidup atas semua yang berlaku.

Sebab itu empat orang pemimpin Pakatan Rakyat Tan Sri Khalid Ibrahim, Dr. Hatta Ramli, Tian Chua dan Ronnie Liew (semuanya sudah Yang Berhormat) dituduh dibawah OSA kerana mendedahkan perjanjian tol.

Sekarang kerajaan hendak kaji balik mengenai tol, semuanya kerana keputusan PRU 12. Ini satu lagi umpan untuk hendak menarik balik sokongan rakyat yang semakin tertekan. Macam juga kerajaan tidak berani naik minyak takut rakyat naik minyak.

Walau pun harga minyak sekarang mencecah naik US120 setong. Dato’ Seri Najib kata kerajaan tidak akan naik minyak, gas dan letrik. Kenyataan ini berbeza sebelum PRU12 yang mengatakan kalau minyak turun, negara boleh bangkrap, sekarang fasal apa tidak bangkrap walaupun subsidi kerajaan untuk minyak mencecah RM45 billion. Jawabnya kerana suara rakyat kuat maka pemimpin BN takut kalah dan menjadi melarat.

Advertisements

One comment on “Hentikan Penswastaan Lebuh Raya Untuk Ringan Beban Rakyat

  1. ASSALAMUALAIKUM WBT,
    USTAZ, ILMU EKONOMI YG MEREKA AMALKAN ADALAH ILMU EKONOMI KAPITALIS.MODAL SIKIT, UNTUNG BANYAK.
    TK

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s