Dakwat: Kabinet Tidak Arah, Padan Muka Tan Sri Rashid


Oleh Ustaz Idris Ahmad

17 Mei 2008 Utusan Malaysia melaporkan – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjelaskan bahawa Kabinet hanya mencadangkan dan bukannya mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membatalkan kaedah mencalit dakwat pada pilihan raya umum lalu.

Perdana Menteri berkata, ini kerana SPR selaku pihak yang bertanggungjawab terhadap perjalanan pilihan raya berhak sama ada mahu menerima cadangan yang diberikan Kabinet atau tidak.

”Perkara ini disampaikan secara pandangan, selepas itu terserah kepada SPR sama ada hendak terima pandangan Kabinet itu atau masih berpendirian dengan keputusan yang telah dibuat.

”Ia bukan arahan, kita beri sebab-sebab mengapa cadangan itu dibuat. Kalau kita tak ambil kira langsung nanti akan salahkan kerajaan juga akhirnya,” katanya.

Kes celup jari dibatalkan atas alasan kerana keselamatan dan undang-undang berkenaan dengan celup jari. SPR kata atas arahan Kabinet, manakala Dato’ Seri Abdullah Badwi kata bahawa kabinet hanya mencadangkan sahaja pada SPR bukan suruh batal. Mana satu yang betul. Pak lah atau Tan Sri Rashid yang betul. Jelasnya mesti ada seorang yang penipu. Tidak ada yang betul kedua-dua atau kedua duanya memang penipu. Sebenarnya dalam kes celup jari daripada asal lagi memang kerajaan tidak mahu buat, takut tak boleh tipu. Sebab itu setiap kali rombongan parti PAS dan BERSIH bertanya mengenai hitam putih berkenaan dengan celup jari masih tidak ada jawapan walaupun dekat dengan pembubaran parlimen. Sekarang Tan Sri Rashid baru tahu dia dipermainkan oleh pemimpin Umno dan BN. Lain kali kalau Tan Sri hendak buat suatu perkara kena minta hitam putih, baru betul. Sekarang kesalahan diletak pada Tan Sri yang memang pengampu Umno dan menjadi keldai tunggangan Umno. Tan Sri kena ingat dah banyak pegawai yang kena zalim, contohnya Dato’ Aziz bekas ketua Setiausaha Kementerian Luar Bandar zaman Anuar Musa dahulu. Kereta Menteri sahaja kena tangkap, pemilik kereta dibebaskan.

Dalam PRU12, pada mulanya SPR mengarahkan semua calon kena bayar stem RM 10 untuk setiap surat sumpah. Pada hal kebiasaan PRU yang lepas-lepas tidak dikenakan apa-apa bayaran. Arahan diberi pada semua parti-parti yang bertanding pada hari Khamis tengahari 21hb Mac 2008, sedangkan Kedah, Terengganu, Kelantan cuti pada hari Jumaat. Kami daripada calon di Kedah nasib baik boleh pergi Perlis atau Pulau pinang, cuba bayangkan Kelantan dan Terengganu kena ke Perak yang memakan masa perjalanan 4 jam. Kita tahu tujuan mereka buat demikian memang untuk membolehkan supaya calaon BA (sekarang PR) kalah dengan cara teknikal. Akahbar semua mendedahkan bahawa semua calon wajib mematikan setem senanyak RM10, dan pencalonan boleh ditolak. Semua calon Pas berjaya menyelasaikan arahan ini.

Tetapi pada Penamaan calon 24hb Mac 2008 Ahad, Pengawai pengurus Pilihanraya memberi tahu bahawa beliau baru dapat arahan semalan (Sabtu 23/3/08) dengan bertulis menyatakan bahawa stem tidak perlu dimatikan. Kita sudah melihat bagaimana perancangan yang rapi daripada calon BN yang bertanding dalam Parlimen Jerlun Dato’ Mukhris, Dato’ Osman Aziz calon Air Hitam, Dato’ Abu Hasan calon Kota Seputih. Mereka mengemukakan bantahan dengan borang yang ditaip komputer untuk membantah borang calon Pas, yang tidak ada mati setem. Alhamdulillah calon Pas ikut semua peraturan. Inilah mainan kotor SPR yang sudah menjadi keldai tunggangan Umno/BN dalam setiap kali pilhanraya. Kita tahu mereka buat demikian kerana banyak calon-calon Umno tidak sempat untuk hendak mematikan setem, kerana mereka bergaduh sehingga saat akhir, terutama di Kelantan dan di Terengganu. Kalau peraturan ini dibuat maka banyak kerusi di Terengagnu Pas menang tanpa bertanding, kerana banyak calon Umno tidak matikan setem. Inilah Suruhanjaya penipu rakyat.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s