TUN DR MAHATHIR DAH KELUAR YANG LAIN TUNGGU APA LAGI?


Oleh Ustaz Idris Haji Ahmad
AJK PAS PUSAT 2007-2009

Saya tidak terkejut dengan Tun Dr Mahathir yang istihar keluar dariapda Umno dan mengistiharkan perang secara terbuka dengan Dato’ Seri Abdullah Badwi di Alor Setar 19/5/08. Mungkin inilah bahasa yang Dato’ Seri Abdullah Badwi boleh faham. Road Show serata kampung telah dibuat dan mengkritik Dato’ Seri Abdullah Badwi secara terbuka, tetapi Dato’ Seri Abdullah Badwi buat tidak faham, macam telinga tersumbat sahaja.

Tun Dr. Mahathir yang dikenali sebgai manusia yang berani dalam segala segi kerana semua makhluk di muka bumi ini dia lawan, maka apaklah sangat Dato’ Seri Abdullah Badwi yang dia anggap kerdil sahaja. Cuma kerana dia ada kuasa. Yang memerintah negara ialah menantu, inilah yang menjadi kemurkaan Dr. Mahathir. Dakwaan Tun, Dato’ Seri Abdullah Badwi mempunyai talian rapat dnegan Singapura. Kita pun tahu Dr. Mahathir seorang yang cukup anti Singapura, apa sebab wallahua’lam.

Walau bagaimanapun seperti yang pernah saya tulis dahulu setelah 62 tahun Umno sudah tidak relevan. Keluarnya Tun Dr. Mahathir menambah lagi faktor bahawa Umno bukan sebuah parti untuk menjadi wadah kepada orang Melayu. Pemimpinnya yang lemah segala segi samada dari segi mroal, akhlak, miskin idea, korup dalam pemerintahan. Sudah cukup untuk Umno menamatkan riwayat hidupnya di bumi Malaysia yang tercinta. Kalau komunis yang berkuasa di Republik Russia hancur dalam masa 70 tahun. Komunis dibnuh oleh penganutnya, maka bukan mustahil Umno juga akan ditamatkan riwayat oleh ahlinya.

Harapan kita, Tun Dr. Mahathir dan penyokongnya tinggal Umno bukan kerana Dato’ Seri Abdullah Badwi, tetapi mesti atas prinsip atau agenda peribadi. Umno ini ibarat seperti orang yang mengalami penyakit serba serbi. Umno juga ada penyakit jantung, Umno juga ada penyakit kencing manis, Umno juga ada penyakit darah tinggi.

Penyakit yang dialami oleh Umno ini syumul lengkap untuk menunggu sakaratul maut. Hendak belah kerana jantung, takut kerana luka tidak sembuh fasal kencing manis dan darah tinggi. Akhirnya tengok sahaja baca yasin dan minum air penawar sahaja.

Saya mengaharapkan kepada ahli Umno bawahan yang sudah menyaksikan apa yang berlaku dalam Umno, yang tidak boleh tumpang berteduh. Justeru itu ayuh bersama dengan Pas sebagai sebuah wadah untuk menegakkan idealisme perjuangan. Usah pedulikan pemimpin atasan Umno, mereka semua ada kepentingan yang tidak mampu untuk meneggakkan idealisme perjuangan.

Pas sebagai sebuah parti yang matang, yang pernah mengalami berbagai ujian dan tribulasi. Pas pernah kehilangan Yang Dipertua Pas (sekarang Presiden) seperti almarhum Ustaz Haji Ahmad Fuad, almarhum Dato’ Asri haji Muda. Pas pernah bersama dalam kerajaan campuran kemudian BN.

Pas pernah ditendang daripada BN kerana menentang Rang Undang-Undang Darurat di Kelantan pada tahun 1977.

Pas pernah memerintah Kelantan 1959 dan kalah 1978, kemudian menang balik pada tahun 1990.

Pas pernah memerintah Terengganu 1959 dan kalah melalui konspirasi Umno 1961 dan pernah menang 1999 dan kalah 2004.

Sekarang Pas bersama dengan Pakatan Rakyat di Kelantan, Kedah, Selangor, Perak dan Pulau Pinang. Kalau dilihat daripada rekod ini Pas memang hebat dan telah teruji. Kalau Pas ibarat besi yang telah dipanas sehingga ketahap semaksima, namun besi itu tetap tidak cair.

Siapa boleh nafikan rekod sumbagan Pas dalam politik demokrasi negara ini. Pas sebagai sebuah parti politik yang berjiwa besar menerima sesiapa sahaja yang ingin Pas atau bergabung dalam satu pakatan nyang disetujui bersama bagi mencapai cita-cita murni. Pas yang berpegang dengan prinsip Islam sedia memaafkan musuh asalkan mereka jujur untuk bersahabat, kerana ini adalah ajaran yang diajar oleh nabi Muhammad SAW kepada kita.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s