SAUDARA EZAM JANGAN SERTAI UMNO


Oleh Ustaz Idris Haji Ahmad

Star 22/508 PETALING JAYA: Former PKR Youth leader Ezam Mohd Nor will be rejoining Umno after receiving the green light from the top Umno leadership. He will also cease to head the anti-corruption NGO, Gerak, from June 1 in preparation for his return to Umno. Mohd Nazree Yunus has been named to take over as chairman of Gerak. Sources said he has met both the Umno president as well as deputy president for discussions in connection with his move. His return to Umno is expected to be announced soon and will be seen as a blow to PKR.

Saya mengharapkan berita ini tidak betul. Saudara Ezam yang saya kenal dan saya cukup kagum dengan kehebatan beliau yang matang. Beliau mempunyai karisme dan perjuangan yang sudah teruji. Berani dalam tindakan dan tidak pernah gentar dengan ugutan. Berani bertanggungjawab terhadap apa yang beliau dedahkan, walaupun terpaksa mengorbankan diri.

Sewaktu beliau memimpin PKR beliau menjadi ikon anak muda. Setiap kali belioau mengetaui demo jalanan dan menhantar memo ramai anak muda mengikuti beliau. Anak muda suka kepada waktak seperti begini. Watak agresif, watak yang tidak berkompromi dengan diktator. Beliau sanggup dipenjara 2 tahun, kerana melanggar OSA (Akta rahsia Rasmi). Sanggup di ISA kerana menentang pemerintah yang zalim.

Apabila setiap kali pendedahan yang dibuat oleh Saudara Ezam politik Malaysia huru hara dibuatnya, contohnya isu bekas Ketua Pengarah BPR Dato’ Zulkifli Mohd Nor yang dituduh terlibat dengan beberapa kes rasuah.Beliau tidak pernah gentar dengan gertakan polis atau FRU ketka berdemo. Semua ini pengalaman saya sewaktu bersama beliau ketika menjadi pimpinan Dewan Pemuda Pas Pusat dahulu.

Saya mengharapkan saudara saya Ezam tidak sertai Umno. Umno yang sudah tidak relevan dalam jiwa dan jati diri beliau. Kalau kerana sudah ada perubahan yang dikatakan berlaku dalam kepimpinan Umno seperti reformasi dalam bidang kehakiman, anti rasuah. Semua itu hanya lipstick sahaja. Tidak ada apa perubahan pun zaman Dato’ Seri Abdullah, malahan bertambah teruk.

Kalau benar beliau membuat perhitungan untuk sertai Umno, ini merupakan satu perkara yang silap. Kalau pun ia ada masalah dengan kepimpipinan PKR, beliau boleh terus bergerak dalam GERAK. Peranan beliau juga tidak kurang penting untuk mewujudkan masyarakat madani yang kita idamkan bersama dan juga boleh menjadi pemantau terhadap kerajaan Pakatan Rakyat. Semoga saudaraku Ezam tidak sertai Umno. Kalau tidak keberatan ayuh bersama satu kapal dalam perjuangan Pas.

Advertisements

5 comments on “SAUDARA EZAM JANGAN SERTAI UMNO

  1. PADA PANDANGAN USTAZ MENGAPA TIBA-TIBA SAJA KITA DENGAR EZAM NK BALIK PADA UMNO, SEDANGKAN RAMAI ORANG DALAM UMNO NAK KELUAR UMNO. DI SAAT UMNO SEKARANG BERADA DALAM KEADAAN AMAT TIDAK SETABIL, TIBA-TIBA ADA SEORANG YANG BOLEH DIKATAKAN POPULAR NAK MASUK BALIK UMNO, SAYA RASA AMAT PELIK. APAKAH PERKIRAAN YANG DIBUAT EZAM?
    TAPI SAYA JUGA HAIRAN MENGAPA EZAM TAK BERTANDING DALAM PILIHANRAYA UMUM LEPAS? ADAKAH PAS ADA OFFER KAT DIA UTK TANDING ATAS TIKET PAS, KALAUPUN BELIAU TAK MAHU GUNA LAMBANG PKR? ATAU MEMANG DIA TAK NAK BERTANDING?.
    SAYA HARAP USTAZ CUBA LAH CONTACT EZAM UTK DAPATKAN BERITA SEBENAR.

    T.KASIH

  2. Salam..

    Suadara ezam dulu adalah ikon kepada golongan muda hinggakan saya masih dibangku sekolah dulu pun telah jadikan ezam sebagai ikon.
    dulu ketika di PKR ezam banyak berjuang. beliau tinggalkan parti kerana dikatakan bertelagah dengan saudara Azmin ali dan bosnya sendiri DSAI. Beliau yang berusaha meyediakan perjalann DSAI ke Jerman untuk pembedahan tetapi dimana beliau selepas itu. Adakah disebabkan kerana Azmin ingin bertanding jawatan Naib Presiden? Ketika pilihanraya kecil di Ijok, Ezam turut serta berkempen untuk PKR. Ketika PRU12, ada desas desus Ezam akan bertanding atas tiket Pkatan Rakyat dan juga BN, tetapi beliau menolak. Ada cerita juga DSAI hanya akan membuat tawaran kepada ezam dengan syarat saudara ezam membuat permaafan secara terbuka diatas kesilapan beliau ketika di PKR dulu. Banyak isu yaang telah diperkatakan ketika ezam didalam PKR dulu. Saudara Azmin yang paling banyak menutup dan menjaga nama baik Ezam.
    Harapan saya ezam janganlah sertai UMno, teruskanlh bersama GERAK atau lebih baik sertai mana-mana pakatan samada PAS atau PKR. Takbir.

  3. Saya harap ust. dapat hubungi dengan Sdr Ezam supaya beliau tidak masuk UMNO, ana lihat sejarah beliau memeperjuangkan refomasi dgn semangat juang dan ana kagum dgn stail kepimpinan dan ceramahnya. kalau sdr Ezam tidak sesuai dan tak ngam dgn DSAI harap-harap beliau rapat dng PAS
    Ana doakan semuga beliau tak masuk UMNO seperti digembur2kan olih media

  4. Asslamaualaikum Ustaz,

    Saya pun harap ezam tak masuk balik UMNO baik masuk PAS.Tetapi Ustaz kena tanya kenapa dia nak masuk UMNO,kerana kepentingan peribadi atau memang betul seperti yang di ceritakan oleh Sdr Ezam yang Anwar Ibrahim hanya menggunakan orang lain demi kepentingan politiknya..

    wasslaam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s