Oleh Ustaz Haji Idris Haji Ahmad
KUALA LUMPUR 26 Mei 2008 – Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap pada Majlis Makan Malam Sempena Sambutan 40 Tahun Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) di sini hari ini, berkata, pembinaan jati diri rakyat supaya memiliki daya tahan, kekuatan moral dan kekuatan rohani dalam menghadapi pengaruh globalisasi melalui usaha mengukuhkan prinsip-prinsip asas ketuhanan dan keagamaan juga patut menjadi faktor pembentukan doktrin itu. (Utusan Malaysia 27/5/08)
Kita mengharapkan Datuk’ Seri Najib Tun Razak sebelum nasihat orang lain supaya ada ketahanan moral dan ketahanan rohani supaya beliau perlu melihat dirinya dahulu. Jangan orang ketawa kepada Dato’ Seri Najib, macam ketam ajar anak berjalan betul.
Apakah membiarkan isterinya Datin Rosmah Mansur berlaga pipi, dengan artis lelaki daripada India (Salman Khan) pada malam anugerah Golden Indian Film Award satu perbuatan bermoral. Apakah ini jati diri yang Dato’ Seri Najib suruh untuk rakyat tiru dalam menghadapi globalisasi.
Membiarkan isteri bercium dengan orang bukan mahram adalah perbuatan dayus, orang dayus tidak masuk syurga. Sabda Rasulullah SAW “ Orang dayus tidak masuk syurga”. Ini membuktikan bahawa pemimpin Umno yang beramal dengan konsep Islam Hadhari mereka ini seperti mengkarung atau sumpah-sumpah. Bercakap ikut suasana , kalau majlis agama cakap agama, kalau majlis hiburan boleh bercium dengan bukan mahramnya.
Hendak buat macama mana inilah pemimpin yang orang Melayu duduk percaya untuk memberi mandat dalam setiap kali pilihanraya. Tidak hairan kepada kita genarasi di bawah Umno/BN 50 yang memerintah negara ini menghadapi zaman kehancuran. Benarlah “Manusia itu mengikut agama pemimpinnya”.