BN SABAH: KUALITI BUKANNYA KUANTITI!!!


Oleh Ali Rahman

ISU PEMBANGUNAN SABAH khususnya di kawasan luar bandar yang jauh ketinggalan tidak sepatutnya dikaitkan dengan soal kuantiti peruntukan yang diberikan oleh BN Pusat semata-mata. Pemimpin BN Sabah mungkin merasakan mereka bijak bila menonjolkan dan memanaskan suasana dengan soal Kuantiti peruntukan dan lain-lain. Sebenarnya, kemunduran dan ketertinggalnya sabah berbanding negeri lain walaupun Sabah antara negeri terkaya suatu ketika dahulu adalah berkaitan rapat dengan Soal KUALITI perbelanjaan yang ada digunakan.

Jika diberikan bajet RM100 dan yang sampai ke sasaran hanya RM20 sahaja maka apalah bezanya dengan diberikan RM1000 tetapi yang sampai ke sasaran hanyalah RM200 sahaja? Berlaku kebocoran berskala besar dalam penyaluran peruntukan Di Sabah, dan inilah isu utama yang amat penting untuk di selesaikan terlebih dahulu. Pengalaman kita selama ini, dalam setiap kementerian dan jabatan di Sabah samada ianya JPPS, jabatan Ketua Menteri, Jabatan Pendidikan, Jabatan Kesihatan, Pejabat Daerah dan jabatan serta kementerian di peringkat negeri amalan penyelewengan, rasuah, pilih kasih, kronisme dan bermacam bentuk kebocoran sudah menjadi amalan yang sukar dibendung.

Di JPPS dan Pejabat-Pejabat Daerah dan Jabatan pelajaran umpamanya soal kebocoran biasanya berlaku dalam bentuk saguhati sebanyak 20%-35% kepada pegawai-pegawai tertentu, kebocoran melalui amalan meminjam lesen dan projek dilaksanakan sendiri oleh pegawai dan juga amalan sesuatu projek sudah ditetapkan milik siapa terlebih dahulu sebelum tender dibuka.. serta bermacam bentuk penyelewengan yang hanya Allah sahajalah tahu.

Jika aspek kebocoran ini tak diubati sepenuhnya, ribuan juta peruntukan sekalipun, taraf hidup rakyat akar umbi Sabah tidak akan berubah sama sekali, cuma taraf hidup, harta dan kemewahan para pemimpin, ahli politik dan kakitangan kerajaan tertentu sahaja akan meningkat atas dasar pembocoran berskala besar ini. Sepatutnya MP dan ADUN Sabah, mengurangkan kekerapan melakukan “aksi lakonan” untuk menonjolkan seolah mereka perihatin, Pak Lah dan konco-konconya serta rakyat semenanjung serta ahli-ahli MP Malaysia mungkin boleh dikelabukan mata dan diperbodohkan, tetapi kini Rakyat Sabah bukan sebodoh itu untuk dipermainkan dan dijadikan alat oleh pemimpin-pemimpin politik ini.

Hakikatnya, di semenajung jika anda nak kaya dan wang berjuta, masuk lah UMNO, tapi di Sabah jika anda nak kaya dan harta berjuta, sertailah mana-mana parti politik yang memerintah anda pasti akan hidup mewah….tetapi ingat….ahli-ahli parti bertaraf bawahan samada di alam UMNO atau mana-mana parti akan sentiasa hidup kesusahan, menagih simpati dan dijadikan alat permainan oleh pemimpin-pemimpin parti diberbagai peringkat.

Kesimpulanya, MP dan Pemimpin Sabah, silalah lakukan muhasabah diri, bersihkan hati akal dan nafsu, jauhi sifat tamak dan pentingkan diri sendiri dan perbaikilah amalan turun-temurun di Sabah yang menjadikan peruntukan untuk rakayat sebagai alat menambah kekayaan pemimpin dihentikan sama sekali.

Mungkin, satu Suruhanjaya DiRaja perlu ditubuhkan di Sabah untuk menyiasat bagaimanakan dan kemanakan wang peruntukan pembangunan di Sabah di belanjakan semenjak BN memerintah Sabah. Ini perlu, agar pada PRU-13 nanti, Sabah akan mempunyai ahli politik baru dan pemimpin baru yang bersih, cekap, amanah, jujur, dan yang paling penting beragama agar tahu membezakan antara sumber yang halal dan yang haram serta tahu membezakan antara yang menjadi haknya dan yang mana bukan menjadi haknya. Kita perlukan Sabah yang betul-betul BARU dan Sabah yang betul-betul BOLEH dan bukan setakat slogan” Sabah Baru yang Boleh segalanya” semata-mata….

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s