KALAU HENDAK NAIK MINYAK : SILA HAPUSKAN TOL DAN CUKAI JALAN?


Ia akan berlaku…harga petrol akan naik,mungkin dalam Ogos tahun ini apabila sistem subsidi diberi penstrukturan semula.”

Demikian Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Dato’ Shahrir Abdul Samad membayangkan kenaikan harga minyak petrol dan diesel yang dijangkakan mulai Ogos depan kepada wartawan di lobi parlimen semalam.(2hb Jun 2008)

Hairan bin ajaib, Malaysia Negara pengeluar minyak, tetapi minyak mahal dan hendak naik lagi. Sepatutnya apabila harga minyak dunia mahal, sudah tentu pendapatan Negara kita akan bertambah. Tetapi kerajaan umum mengenai subsidi sampai RM45 billion. Jangan umumkan subsidi sahaja kena umum berapa pula pendapatan Negara dengan kenaikan harga minyak dunia. Negara Brunai minyak seliter hanya RM1.20 berbanding dengan Negara Malaysia RM1.92. Kita tidak tahu berapa ringgit pula minyak akan naik pada 1 Ogos 2008. Jangan banding harga minyak dengan Singapura dan Thailand kerana ini bukan Negara pengeluar minyak. Jangan banding antara epal dengan orange.

Kerajaan kena memikirkan bahawa rakyat jelata hari ini makin tertekan. Tidak habis dengan isu kenaikan harga beras yang dulu harga RM9.00 untuk 5 kilo sudah meningkat sampai RM17.00. Inilah negaraku sekarang di bawah pemerintahan BN/Umno. Sekarang rakyat Malaysia akan mimpi ngeri pula untuk mendengar pengumuman kenaikan harga minyak petrol dan disesel.

Cuba bayangkan apa yang akan terjadi dengan kenaikan harga barang kepada rakyat. Pak Menteri tidak kisah kerana mereka dapat elaun RM56 ribu sebulan. Minyak tol semua rakyat tanggung. Apa yang terjadi kepada rakyat bawahan. Mungkin ada rakyat yang jahil akan mengatakan bahawa mereka tidak ada apa-apa kesan kerana mereka tidak ada kereta dan tidak menggunakan tol.

Tetapi mereka kena sedar walaupun mereka tidak berkereta namun mereka membeli keperluan dapur dan barang makanan. Semuanya melalui jalan tol dan menggunakan petrol. Segala bebanan tol dan petrol akan ditanggung oleh pengguna. Kalau dulu kita boleh beli sayur sawi sekilo RM2.00 sekarang sudah meningkat kepada RM3.00 sekilo.

Saya mengharapkan supaya kerajaan menghapuskan tol dan cukai jalan. Biarlah pendekatan yang hendak dibuat mesti menyeluruh bukan pendekatan serpihan. Laporan akbar Utusan Malaysia On Line 28/5/08 menyatakan bahawa PLUS untung RM384 juta utuk suku tahun pertama (Bulan Januari-Mac 2008) sedangkan dalam tempoh yang sama tahun 20087 ia hanya untung RM 265.870 juta.

Setiap tahun syarikat konsesi lebuhraya buat duit, tapi perjalanan kadang-kadang terpaksa lambat juga terutama waktu perayaan dan ketika membayar tol. Walaupun jalan sesak PLUS tidak pernah memberi tanggungjawab social dengan membuat diskaun kepada pengguna. Apa yang berlaku saban tahun tol akan naik dan tidak pernah turun macam umur manusia yang tidak pernah turun .

Rasional cukai jalan dihapuskan supaya mereka yang menggunakan pengangkutan awam sewaktu hendak pergi kerja kerana hendak menjimatkan petrol yang mahal, mereka tidak payah untuk membayar lagi cukai jalan. Sekarang walaupun mereka menggunakan pengangkutan awam, mereka tetap dikena bayar cukai jalan samaada kereta mereka berjalan atau tidak. Kebanyakan keluarga yang berada di negara ini yang mempunyai pendapatan yang tetap memiliki sekurang-kurangnya sebuah kereta .

Bas juga sudah menuntut untuk naik tambang sehingga 100%. Macam ini rakyat di negara kita akan diserang dengan penyakit jiwa kerana memikirkan taraf hidup yang semakin meningkat dari semasa kesemasa. Walau bagaimana pun kalau pemimpin yang ada pada hari ini tidak boleh untuk memikirkan kebaikan untuk rakyat, sila turun dengan cara terhormat, beri peluang kepada Pakatan Rakyat pula untuk memimpin Negara. Ya Allah Selamatkan Negara dari pemimpin yang rakus dan mengkhianat amanah rakyat.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s