10 Ribu Tiket Percuma Untuk Pelajar Sekolah Bagi Menonton Konsert Ella, Mas Idayu


Dalam keadaan semua orang bercakap mengenai keruntuhan akhlak dan moral maka tiba-tiba berita 10 ribu tiket percuma untuk pelajar-pelajar sekolah Selangor menonton konsert yang akan berlangsung pada 6hb Julai 2008 oleh pihak penganjur.(Utusan Malaysia 19hb Jun 2008).

Apakah ini modal insan yang kita hendak lahirkan. Apakah ini rupa paras remaja sekolah yang kita hendak bentuk?. Sudah cukup Umno/BN menjahanamkan remaja dan belia melalui budaya yang tidak membangunkan intelektual dan jati diri rakyat negara ini.

Tiba-tiba kita pula meneruskan pula budaya ini maka hasilnya sama sahaja. Nanti keuntungan dan hasil mahsul negeri yang melimpah ruah ditarik oleh Allah SWT untuk mengubat penyakit remaja dan belia yang rosak, kerana meniru modul yang Umno/BN telah lakukan.

Allah boleh tarik nikmat dengan sekelip mata sahaja. Contohnya kerajaan BN/Umno sudah membelanjakan wang RM2.37B untuk PLKN kononnya bagi merawat masalah belia remaja di negara ini. Apakah kita tidak pernah mahu mengambil iktibar daripada apa yang berlaku.

Tahniah kepada Dewan Pemuda Pas Selangor yang membantah program konsert tersebut, Walaupun apa kecaman orang terhadap kita ini adalah lumrah perjuangan. Biar sejarah yang akan membuktikan bahawa tindakan kita adalah betul.

Generasi akan datang akan melihat inilah Pas yang tidak berkompromi dalam isu kemungkaran. Jangan pula mazhab lapok Umno diamalkan pula “hendak ramai belia datang maka kena panggil artis”. Lain kali pula hendak ramai buat ceramah panggil artis berada sama atas pentas, macam Umno buat selama ini. Ya Allah berikanlah kekuatan kepada hambamu untuk menegakkan amanah agama mu Ya Allah. Amin.

Advertisements

5 comments on “10 Ribu Tiket Percuma Untuk Pelajar Sekolah Bagi Menonton Konsert Ella, Mas Idayu

  1. Tak payahlah adakan konsert.Mas idayu dan ella tu dah tak laku.Pakaian pula tak payahlah cerita.Janganlah menambahkan lagi belia-belia yg rosak akhlaknya,konsert ni semua tak berfaedah langsung.Cukup-cukuplah melekakan mereka dgn hiburan.Apa nak jadi dgn umat islam ni,terkinja-kinja tak tentu hala.Anak-anak yg bersekolah tak patut didedahkan dgn gelagat artis ni.Kat tv pun kalau mereka melihat artis-artis yg tak bersopan tu,emak bapa eloklah tutup tv tu.Katakan kpd mereka,itu maksiat.Biar ditanamkan dari kecil lagi mereka membenci maksiat.

  2. Pingback: 10 Ribu Tiket Percuma Untuk Pelajar Sekolah Bagi Menonton Konsert Ella, Mas Idayu « Satu Perjuangan

  3. Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) baru sahaja mengumumkan untuk mencadangkan pelaksanaan Siyasah Syar’iyyah akan tetapi sudah ada komen dangkal yang menolak. Apatah pulak nak cerita bab Garis Panduan Persembahan Artis yang antara kandungan Siyasah Syari’yyah tersebut. Lain kali nak bagi pandangan sekalipun, jangan dok komen PAS tak tentu hala. Rujuk dulu apa yang orang nak kata barulah bagi komen yang membina. Kebanyakan komen yang diberikan semuanya berunsur Islamophobia. Bilakah PAS boleh nak bersuara kalau macam ni?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s