ISU TUDUHAN LIWAT:INDAHNYA KALAU SYARIAT ISLAM DILAKSANAKAN DI NEGARA INI


Masyarakat Malaysia dan dunia dikejutkan dengan berita tuduhan liwat oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan pembantu beliau Mohd Saiful Bukhari Azlan 23 tahun. Laporan polis telah dibuat oleh Mohd Saiful Azlan pada 26hhb Julai 2008. Apakah ini satu lagi konspirasi yang melibatkan plot yang sama pada tahun 1998. Wallahua’lam.

Apa yang berlaku ini adalah satau tuduhan yang berat yang dikenakan kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan melibatkan maruah peribadi beliau dan juga keluarga. Rakyat Malaysia tidak sanggup lagi untuk melihat peristiwa tilam diusung pula ke dalam mahkamah. Anak kita yang masih kecil bertanya apa dah jadi dengan Malaysia, ketika tilam diusung ke mahkamah. Kesemua ini menuntut kepada kita untuk terus merenung bahawa inilah masanya untuk kita memikirkan bahawa Syariat Islam adalah yang terbaik untuk menyelesaikan kemelut yang ada pada hari ini.

Perkara ini boleh berlaku kepada sesiapa terutama terhadap musuh politik , tetapi dengan syariat Islam perkara ini dapat dibendung dan disekat, kerana ada satu hukuman “qazaf” yang akan dikenakan sebanyak 80 rotan jika tidak ada 4 orang saksi. Tidak ada manusia yang waras boleh menerima perbuatan yang terkutuk yang menjadi amalan kaum Nabi Lut sehingga Allah mendatangkan balasan terhadap kerja buat mereka dengan diterbalikkan bumi.

Tuduhan liwat sama seperti tuduhan zina, kerana ia perlu kepada 4 orang saksi yang adil. Kesemua ini menunjukan bahawa Islam menitik berat soal maruah seseorang supaya tidak tercemar dan mudah orang lain lain membuat tuduhan palsu

Amaran Allah ayat 4, Surah An-Nur yang bermaksud, “dan orang-orang yang melemparkan tuduhan zina kepada perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawa empat orang saksi. Maka sebatlah mereka 80 kali sebat, dan janganlah kamu terima persaksian mereka itu selama-lamanya kerana mereka itu adalah orang yang fasiq”,

Apabila adanya hukum kepada pelaku zina dan liwat maka disana ada juga hukum “qazaf” iaitu menuduh orang melakukan zina atau liwat tanpa 4 saksi. Dengan ini semua orang takut untuk membuat tuduhan kerana memerlukan kepada 4 orang saksi. Mungkin orang berhujah kalau begitu bebaslah orang hendak melakukan zina dan liwat kerana sukar untuk mendapat 4 orang saksi yang adil. Kita jangan memandang apabila hukuman dikena baru kita anggap adil.

Sedangkan dalam Islam ia lebih suka untuk mendidik hambanya bukan untuk menghukum. Syariat Islam akan menimbulkan kegerunan kepada mereka daripada melakukan jenayah tersebut dengan ini amruah akan terpelihara. Syariat Islam ada ruh dan jasad, sedangkan hukuman manusia hanya ada jasad. Sebab itu undang-undang manusia tidak pernah mengurangkan jenayah malahan bertambah dari semasa kesemasa.

Imam Malik berkata :

*Ertinya : Jika salah seorang dari empat saksi goyah dan tidak kukuh penyaksiannya, ketiga-ketiga saksi yang lain akan dihukum sebat (80 kali kerana qazaf), sebagaimana yang dilakukan oleh Umar dalam kes Al-Mughirah Bin Syu’bah, (iaitu apabila seorang saksi bernama Ziyad tidak bersaksi, maka semua tiga orang saksi sebelum itu disebat kerana menuduh Al-Mughirah.) (Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi)*

Selain dari mesti dihukum sebat 80 kali bagi mereka yang menuduh zina dan liwat tanpa 4 saksi, si penuduh juga dihukum dengan penyaksiannya akan tertolak selama-lamanya selain dianggap Fasiq. Namun majoriti ulama berkata, dikecualikan bagi mereka yang bertaubat bersungguh-sungguh.

Tetapi kesemua ini menunjukkan bahawa indahnya syariat Islam dan gerunnya untuk mereka hendak membuat satu tuduhan yang melibatkan aib dan maruah orang yang dituduh. Apa yang berlaku terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim memberikan keinsafan kepada kita untuk membuat penerokaan baru dan berfikir sedara rasional dan buangkan tabiat fobia dengan syariat Islam akibat daripada kejahilan kita mengenai agama sehingga kita takut dengan agama sendiri dan orang bukan Islam pula bertambah takut dan keliru kerana dihijab oleh orang islam sendiri.

Dalam suasana sekarang kita hanya boleh becakap supaya membawa 4 orang saksi dan kalau gagal dikanakan hukuman qazaf (kerana membuat tuduhan tanpa saksi). Semuanya itu kita hanya boleh bercakap dan bersyarah dalam surau dan di masjid kerana keindahan Syariat Islam hanya dalam lipatan Quran dan Hadis dan kitab-kitab sahaja. Kerana negara kita tidak mengamalkan Syariat Islam dalam hukuman hatta dalam mahkamah syariah sekalipun.

Maka kesannya sekarang berlaku di hadapan mata kita. InsyaAllah apa yang berlaku memberi kesedaran kepada kita dan ini lah masanya untuk kita menerangkan bahawa indahnya Syariat Islam kalau dilaksanakan dan perkara ini tidak ada siapapun yang boleh menuduh sebarangan. InsyaAllah fajar Islam semakin terang, kerana masyarakat makin melihat bahawa selain daripada Syariat Islam semuanya tempang dan cacat dan boleh membuat tuduhan kepada siapa yang mereka mahu. Mereka tahu hukuman yang berat seperti yang dikenakan oleh Islam tidak dikenakan kepada orang yang menuduh. Syariat dimartabat maruah terpelihara.

7 comments on “ISU TUDUHAN LIWAT:INDAHNYA KALAU SYARIAT ISLAM DILAKSANAKAN DI NEGARA INI

  1. Assalam mu alaikum wr wbt.
    Tahniah Ustaz!!
    Inilah seeloknya yang kita lakukan ketika kita hadapi kegawatan seperti ini. Kegawatan manusia yang jahil dan tak faham Islam.
    Peristiwa ini memberi kita peluang menerangkan Islam yang indah kepada masyarakat. Diketika yang sama dapat menjelaskan tentang kepalsuan Islam Hadari yang diwar-warkan oleh BN. Kalau Islam Hadari itu sama dengan Islam yang syumul seperti yang disebut dalam Quraan dan Hadith maka kes ini mesti diadili dimahkamah syariah. Kalau tak bawa 4 saksi yang adil maka kes ditolak. Kemudian kalau kes ini tidak diadili dimahkamah syariah maka jelaslah Islam Hadari adalah ajaran fasik atau kafir atau penipu aje.
    Persitiwa ini juga menjadi bukti bahawa pengajaran Islam mlalui sekolah kerajaan tidak mencukupi. Ini kerana budak saiful ini budak cerdik sebab diboleh sampai ke Uniten. Kalau budak cerdik pun tak berapa nak faham Islam, maka yang ramai tak boleh sampai ke Universiti lagi tak cerdik Islamnya. Hancurlah masyarakat malaysia. Kementerian Pelajaran gagal membanguankan modal insan
    Oleh itu sebenarnya kerajaan BN gagal dalam semua perkara. Gunakan kesempatan dari persitiwa ini untuk memusnahkan Bee end.

  2. Salam Ustaz,

    Saya berharap Parti Islam Se-Malaysia (PAS) memperhebatkan lagi dakwah Islam.

    Berkenaan isu mutakhir ini (jijik nak sebut). PAS perlulah memperkenalkan atau mengetengahkan undang-undang Islam kepada masyarakat banyak seberapa segera sebagai penyelesaian. Saya kira, ini adalah keperluan mendesak.

    Dewasa ini, kelihatan masyarakat terpinga-pinga, terkeliru untuk mencari jalan keluar dari masalah yang dibincang.

    Saya sebagai rakyat Malaysia yang bersemangat nasionalis Islam, berasa hiba dan kecewa dengan apa yang berlaku mutakhir ini. Saya sayangkan Malaysia. Janganlah pula, PAS sebagai parti berbasiskan Islam mengecewakan saya.

    Ustaz,

    Bersemukalah dengan para Mufti, para Pimpinan baik kerajaan dan pembangkang dari mana-mana parti politik. Carilah jalan yang terbaik. Janganlah tuduh menuduh antara satu sama lain. Ini akan merosakkan perpaduan rakyat dan negara. Jangan ditegangkan lagi dengan suasana yang sudah cukup tersedia merimaskan.

    Semoga negaraku aman sejahtera.

    Amin…….

  3. Salam ust….pembetulan laporan kepada polis 26 JUN atau Julai..?Apa2 pun taniah atas menjadikan peristiwa yang berlaku sebagai tarbiah dan peluang untuk menerangkan keindahan islam dalam membela orang yg dizalami..

  4. slm dimasq
    bila kena tuduh liwat kali kedua baru nak rujuk ulama? baru nak guna undang2 syariah? sebelum ni pakat kutuk ulama.. tak nak laksana syariat dlm PR!!! apa barang!!!

  5. Salam,

    4 orang saksi itu mengikut ayat Quran hanya utk tuduhan berzina (antara lelaki dan perempuan). Liwat knp pula kena 4 saksi?

    Katakan btul ttg Anwar yg meliwat Saiful secara paksa. Katakan yang Anwar dibantu oleh 2 orang lain utk membolehkan Anwar meliwat budak Saiful tu. Jadi Saiful tidak dapat keadilan la sbb x cukup 4 orang saksi. Lagi pula sudah tentu yg menolong Anwar meliwat Saiful tidak memberikan saksi yg betul. Jadi, pentafsirannya tidak betul dan wujud ketidakadilannya disitu.

    Saya rasa penulis blog perlu memikirkan dahulu ttg artikel ini secara mendalam supaya dapat melihat sesuatu isu itu dgn lebih jelas.

  6. Salam Ustaz,

    Maaf, saya kurang arif bila Ustaz sebut perlu bawa 4 orang saksi. Dan nampaknya point yang sama diulang berkali-kali di mana-mana oleh orang ramai iaitu perlunya membawa 4 orang saksi.

    Apa yang ditakrifkan sebagai saksi? Yang pernah melihat perbuatan itu dilakukan di depan matakah? Atau yang tahu bahawa si pelaku pernah melakukannya?

    Kalau berdasarkan kepada tafsiran dari Al-Quran, tidak ada disebutkan di situ saksi sebagaimana yang diperlukan untuk kes seperti ini.

    Jadi adakah saksi boleh tergolong dalam kategori :

    1) Mereka yang melihat sendiri kejadian?
    2) Mereka yang tahu tentang perangai si pelaku?
    3) Mereka yang arif dalam pembuktian forensik seperti DNA dan sebagainya?
    4) Cukupkah dengan saksi mata satu? (kamera/ video)

    Apakah syarat kemuka 4 saksi ini terhad kepada kes zina dan liwat sahaja?

    Bolehkah kes rogol dimasukkan juga dalam kes yang memerlukan 4 saksi?

    Sekiranya perogol dituduh, adakah si perogol berhak mengemukakan permohonan qazaf?

    Maaf, saya tidak berani mentafsir sendiri Al-Quran mengikut pandangan saya semata-mata. Mungkin saya tidak gerun seperti Saidina Umar waktu pertama kali membaca Al-Quran, tapi tidak bermakna saya berani mempergunakan ayat-ayat di dalamnya. Kerana itu saya minta Ustaz menerangkan.

    Saya mahu setuju pandangan Ustaz bahawa di Malaysia belum terlaksana lagi hukuman mengikut kehendak syariat.

    Sebab itu orang Islam di Malaysia mudah menyelamatkan diri dari hukuman dengan memanipulasi kedua-dua institusi kehakiman sivil dan syari’e.

    Tapi maaf, saya masih kurang arif bagaimanakah hukum yang dikatakan kehendak syariat.

    Harap Ustaz dapat beri dalil yang aqli dan naqli.

  7. Assalamualikum:

    Saya harap Uztaz boleh menjawab soalan saya dengan jelas dan tanpa emosi. Sebagaimana kita semua merasa amat marah kepada mereka yang berhujah dengan mengambil sebahgian sahaja dari ayat Quraan dan meninggalkan yang lain semata mata kerana ingin memenangkan hujah, begitulah juga saya harap janganlah Ustaz berbuat demikian. Ambillah isi Al-Quraan secara menyeluruh dan saya yakin Ustaz juga tahu, hukum tuhan didalam Al-Quraan itu diturunkan secara berperingkat. Allah itu adil dan Islam itu sempurna. Islam tidak menganainya sesiapa.

    Secara tradisi zina ditafsirkan sebagai hubungan seks secara sukarela diantara dua pasangan lelaki dan perempuan yang bukan suami isteri samada hubungan itu diadakan melalui
    (1) jalan hadapan atau
    (2) jalan belakang atau lebih dikenali sebagai liwat

    Jadi, perbuatan liwat ini boleh berlaku samada (1) di antara pasangan lelaki dan perempuan atau (2) di antara lelaki dan lelaki smada secara
    (1) sukarela atau
    (2) secara paksa/ rogol

    Soalan (1)
    Setahu saya, dalam isu Datuk seri Anwar Ibrahim dan Saiful ini, Saiful telah menuduh DSAI merogol beliau dengan cara liwat. Saiful tidak menuduh DASI berzina dengan beliau. Jadi bagaimanakah ia boleh disamakan dengan zina kerana perkara dikatakan berlaku secara paksa bukan secara sukarela?

    Soalan (2)
    Sefaham saya hukum Qazaf ini terpakai apabila ada pihak ketiga ingin menuduh satu pasangan berzina, samada mengikut jalan depan atau jalan belakang (liwat). Pihak ketiga ini perlu mendapatkan empat saksi. Contohnya, sekiranya seorang suami ingin menuduh isterinya berzina dengan seorang lelaki lain, maka sisuami itu hendaklah mengemukakan empat saksi. Sekiranya dia memang nampak dengan mata kepala sendiri bahwa isterinya berzina, tetapi malangnya tiada saksi lain, maka dia boleh mengemukakan pertuduhan beliau melalui bersumpah, sebagaimana ayat An-Nur: 6-9 yang bermaksud:
    ” Dan orang-orang yang menuduh isterinya (berzina) padahal tidak ada saksi-saksi selain diri mereka
    sendiri, maka persaksian orang itu adalah empat kali bersumpah dengan nama Allah bahwa sesungguhnya dia termasuk orang-orang yang benar. Dan (sumpah) yang kelima, bahwa laknat Allah atasnya jika dia termasuk orang-orang yang berdusta. Istrinya itu dihindarkan oleh sumpahnya empat kali atas nama Allah sesungguhnya suaminya itu benar-benar termasuk orang-orang yang berdusta. Dan (sumpah) yang kelima bahwa murka Allah atasnya jika suaminya itu termasuk orang-orang yang benar.”

    Bagaimankah hukum Qazaf ini boleh diguna pakai dalam isu Anwar-Saiful sedangkan Saiful bukan menuduh DSAI berzina/meliwat individu lain; tetapi, Saiful telah mendakwa di rogol oleh DSAI, melalui jalan belakang (liwat)?

Tinggalkan Jawapan kepada alberangque Batal balasan