PAS Melukut Di Tepi Tong Taik Kalau Dalam BN



-Evolusi Tempe Gagal Memikat Hati Rakyat-

Akhbar Utusan Malaysia 15/7/08 melaporkan bahawa Pas melukut di tepi gantang dalam pakatan kata Datuk Seri Mohammad Khir Toyo. Hairan juga bekas MB Selangor sejak dua menjak selepas gagal jadi MB Selangor begitu ambil berat dengan Pas. Baguslah itu, dah kalah baru ingat Pas.

Dulu apa yang beliau tak buat kepada Pas. Waktu jadi MB Selangor dengan sikap angkuh dan sombong terhadap Pas. Suasana politik di Selangor macam dharurat 1948. Ceramah tidak dibenarkan, perkudakan polis untuk sekat ceramah Pas. Ustaz-ustaz ditangkap oleh pegawai JAIS kerana mengajar di surau, sedangkan kegiatan maksiat dan orang tidak sembahyang tidak dipedulikan.

Bukankah zaman beliau Surau di Jubli Perak Bandar Baru Bangi ditutup, surau di Puchong Intan ditutup, dua minggu sebelum Ramadhan 2007 surau al-Rahmah di Seksyen 8 Shah Alam ditutup. Ustaz-ustaz diburu macam Pol Pot di Kempuchea memburu umat Islam. Sekurang-kurangnya Islam dapat perlindungan dalam kerajaan Pakatan. Surau masjid kembali bersinar setelah 50 tahun gelap macam hati Khir Toyo.

Tak usahlah duduk mengajar Pas berkenaan dengan perjuangan Islam. Pas tahu landasan yang kami buat. Kami ada ulama’ yang membimbing kami. Ulama’ kami boleh memandu kami dan kami pula beri pandangan pada ulama’.

Tidak seperti Umno, ulama’ hanya terompah kayu sahaja, tidak ada nilai langsung. Penghormatan kepada mereka tidak ada langsung. Ulama’ dikurung untuk baca doa dan tahlil sahaja. Manakala urus negara diurus oleh si jahil. Ulama’ hanya kutip bola di tepi padang sahaja, kalau pemain simpanan bolehlah berkira juga. Mana ada ulama’ dalam Umno yang boleh bimbing Umno dan ahlinya, mereka tidak diberi peranan.

Kalau Pas dalam BN macam melukut tepi tong taik. Islam kemana, bangsa entah kemana.

Saya nasihat bekas Menteri Besar tidak usah duduk fikir masalah Pas, sebaliknya fikirlah masalah sendiri dan masa depan politik sendiri. Tak usahlah gila talak, janda kamu sudah dapat suami yang baik dan pandai tunai tanggungjawab pada keluarga.

Muhasabahlah diri banyak-banyak, insaflah kamu telah mengkhinanat kepada agama dan bangsa sewaktu kamu berkuasa. Sekarang Allah sudah menghina kamu di dunia lagi. Apa yang kamu buat sewaktu kamu berkuasa dulu. Tumpukanlah jawatan Ketua Pemuda Umno Malaysia yang hendak di pertandingkan dalam bulan disember 2008.

Dengan pengumuman peralihan kuasa 2010 kepada Datuk Seri Najib, bermakna mengukuhkan Khairi Jamaludin untuk mendaki jawatan Ketua Pemuda Umno Malaysia, nampaknya Dato’ Seri Khir gigit sikulah akhirnya.

Kalau tidak berjaya jadi Ketua Pemuda saya hedak cadangkan kepada Dato’ Dr Hasan Ali lantiklah beliau sebagai siak masjid untuk hampar tikar sembahyang di Masjid Sungai Panjang.

Advertisements

5 comments on “PAS Melukut Di Tepi Tong Taik Kalau Dalam BN

    • DENGAN MENYEBUT NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG.

      Surat ini ditujukan kepada Khalid Ibrahim, Khalid Samad, Rodziah Ismail, Pengerusi Persatuan Penduduk Seksyen 23, Hj. Zainuddin & Pengerusi Surau Seksyen 23, Azrul Hakim, Penduduk ISLAM Seksyen 23, Para pemimpin ISLAM dan umat Islam keseluruhannya.

      Saya merupakan seorang penduduk di Seksyen 23 dan telah hidup secara aman bersama jiran tetangga yang berbilang bangsa dan berlainan agama. Pelbagai aktiviti telah dianjurkan oleh Persatuan Penduduk untuk kebaikan penghuni tanpa mengira bangsa dan agama. Jiran-jiran saya terdiri dari kaum India. Ada yang beragama Kristian dan Hindu. Manakala kaum Cina pula ada yang beragama Kristian dan Buddha.. Saya terpanggil untuk memberikan sedikit cebisan pandangan saya berikutan kekecohan yang berlaku di kawasan perumahan kami sejak akhir-akhir ini. Semoga usaha saya ini mendapat keredhaan ALLAH S.W.T. INSYAALLAH.

      Saya ucapkan tahniah kepada KHALID IBRAHIM kerana masih ingin meneruskan hasrat untuk memindahkan kuil dari Seksyen 19 ke Seksyen 23. Perlu diingat sejarah Khir Toyo dan UMNO/BN, SALAH SATU FAKTOR KEKALAHAN pada 2008 adalah berpunca dari ‘anugerah penyapu’ yang diberikan. TIDAK MUSTAHIL KEJATUHAN PAKATAN RAKYAT SELANGOR AKAN BERPUNCA DARI PROJEK KANDANG KHINZIR, ISU ARAK DAN PEMBINAAN ATAU PEMINDAHAN KUIL. INSYAALLAH.

      Saya juga mengucapkan terima kasih kepada KHALID SAMAD kerana menerangkan sejarah kuil di Seksyen 19 dengan begitu panjang lebar. Cuma tuan TERLUPA menjawab isu yang dibangkitkan oleh penduduk Seksyen 23 – MENGAPA PEMINDAHAN KUIL DARI SEKSYEN 19 DIPINDAHKAN KE SEKSYEN 23 YANG MANA MAJORITI PENDUDUK ADALAH YANG BERAGAMA ISLAM? Sedangkan pada bulan Mei 2009, pertanyaan penduduk mengenai isu kuil tersebut ditolak mentah-mentah dan penduduk dikatatakan mempercayai ‘khabar angin’. ADAKAH INI JAWAPAN DAN TINDAK TANDUK SEORANG PEMIMPIN ISLAM YANG DILANTIK? KINI, SUDAH TERANG LAGI BERSULUH!!!

      Sekiranya UMNO/BN GAGAL menangani isu kuil di seksyen 19 yang mana majoriti penduduk adalah beragama ISLAM, tuan sebagai salah seorang pemimpin yang dilantik hendaklah cuba menyelesaikannya permasalahan penduduk tersebut. Sekiranya SATU-SATUNYA JALAN PENYELESAIAN YANG DAPAT DICAPAI ADALAH SEKADAR MEMINDAHKAN KUIL DARI SEKSYEN 19 KE SEKSYEN 23 YANG JUGA MEMPUNYAI MAJORITI PENDUDUK YANG BERAGAMA ISLAM, itu bukanlah satu penyelesaian yang bijak kerana anda cuma ‘MENCAMPAKKAN’ MASALAH KUIL DI SEKSYEN 19 KE SEKSYEN 23!!!

      ADAKAH KERAJAAN PAKATAN RAKYAT PULA INGIN MENCIPTA REKOD UNTUK MEMINDAHKAN KUIL DARI SEKSYEN 19 KE SEKSYEN 23 DAN MENGULANGI IGAUAN DAN TRAUMA YANG DIHADAPI OLEH PENDUDUK ISLAM DI SEKSYEN 19 KEPADA PENDUDUK ISLAM DI SEKSYEN 23 DALAM TEMPOH TIDAK SAMPAI 2 TAHUN SEJAK MEMERINTAH SELANGOR???

      ADAKAH INI PERUBAHAN YANG DIINGINKAN OLEH PENDUDUK SHAH ALAM SEWAKTU MENGUNDI PADA 2008???

      SURAH AL-MAIDAH : 90
      “Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar (arak), berjudi, (BERKORBAN UNTUK) BERHALA, mengundi nasib dengan panah adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.”

      Di Malaysia, terdapat kepelbagaian agama, bangsa dan kaum, maka lahirlah pelbagai parti politik seperti UMNO, PAS, PKR, DAP dan lain-lain. Mereka semua ada yang hidup berjiran. Begitu juga di Seksyen 23. TETAPI KAMI TIDAK PERNAH MENJADIKAN PARTI POLITIK SEBAGAI ALASAN UNTUK BERMUSUH DAN KAMI DAPAT HIDUP BERJIRAN DENGAN AMAN. KEPADA AHLI-AHLI POLITIK, CUBA CELIKKAN MATA DAN BUKA MINDA MENGENAI ISU YANG SEBENARNYA! KAMI MEMBANTAH PEMINDAHAN KUIL DARI SEKSYEN 19 KE SEKSYEN 23 DI MANA MAJORITI PENDUDUK ADALAH BERAGAMA ISLAM!!!

      Kepada RODZIAH ISMAIL pula saya ucapkan jutaan terima kasih kerana ketidakprihatinan puan ke atas permasalahan yang melanda penduduk ISLAM di Seksyen 23. PERTANYAAN PENDUDUK DARI BULAN MEI 2009 MENGENAI ISU KUIL TERSEBUT HANYA DIJAWAB PADA BULAN OGOS 2009. ITUPUN JAWAPAN DIBERIKAN MELALUI MEDIA CETAK. MENGAPA WAKIL RAKYAT UNTUK PENDUDUK SEKSYEN 23 PERLU ADA PEJABAT DI SEKSYEN 23 SEKIRANYA TIDAK PERNAH BERJUMPA ATAUPUN INGIN BERKHIDMAT UNTUK PENDUDUK SEKSYEN 23???

      Sekiranya rumah ibadat itu didirikan di kawasan rumah tuan puan, adakah tuan puan akan bersetuju dan membisu tanpa protes? jangan jadi paku dulang paku serpih…jangan terhantuk baru nak terngadah….

      Sedap memberi pandangan apabila tidak terkena batang hidung sendiri kan?

  1. Salam YB

    Saya setuju dgn tajuk entry ini!
    Saya faham YB juga bersetuju dgn pandangan YB Tuan Guru Nik Aziz dalam isu ini.

    Tetapi saya terkilan dgn kenyataan-kenyataan Nasharuddin kebelakangan ini yang member imej yg buruk kpd kepimpinan PAS. Tidak bolehkah di ambil tindakan drasti bg menyelamatkan PAS dari terus difitnah oleh org seperti beliau yg bercakap seolah-olah mewakili ahli PAS yg terbanyak.

    Saya sungguh kesal.

    http://penarikbeca.blogspot.com/2008/07/dalam-temubual-dengan-media-yang-saya.html

  2. Kepada Pengerusi Penduduk, HAJI ZAINUDIN, saya berharap tuan agar dapat memimpin penduduk ISLAM Seksyen 23 bagi membela nasib kami dan anak-anak kami demi menegakkan agama ISLAM. INSYAALLAH.

    SURAH AT-TAUBAH : 123
    “Hai orang-orang yang beriman, perangilah orang-orang kafir yang di sekitar kamu itu, dan hendaklah mereka menemui kekerasan daripadamu, dan ketahuilah, BAHAWASANYA ALLAH BESERTA ORANG-ORANG YANG BERTAQWA.”

    Kepada Pengerusi Surau, AZRUL HAKIM, saya utarakan pertanyaan-pertanyaan tersebut. Adakah wajar seseorang mengherdik dan memaki seseorang yang lebih tua dari dirinya yang sebaya dengan ayahnya sendiri? Dalam ceramah agama pula adakah wajar diceritakan perihal seorang pendakwah bebas yang ‘berkawan rapat’ dengan seorang artis wanita sebelum isteri pendakwah bebas tersebut tampil ke media massa untuk menerangkan keadaan sebenar rumahtangga mereka? Adakah wajar juga sewaktu ceramah agama, dijadikan medan untuk menjelaskan mengenai lokasi kuil sedangkan orang yang menjelaskan perkara tersebut bukanlah ahli yang layak ataupun wakil rakyat yang dilantik untuk menerangkannya kepada penduduk? Adakah wajar juga sesi ceramah agama dijadikan medan untuk memburuk-burukkan orang-orang lain yang seagama ISLAM hanya kerana berlainan pendapat atau berlainan parti politik? WALLAHU’ALAM.

    AKHIR SEKALI, saya memohon maaf di atas kata-kata yang menyinggung perasaan tuan puan tetapi saya menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang ISLAM untuk mengingatkan di antara satu sama lain. SEGALA YANG BAIK DATANGLAH DARI ALLAH S.W.T DAN YANG BURUK DATANGNYA DARI SAYA SENDIRI.

    SURAH AL-FURQAN : 17
    ”Dan (ingatlah) suatu hari (ketika) ALLAH menghimpunkan mereka beserta apa yang mereka sembah selain ALLAH , lalu ALLAH berkata (kepada yang disembah); ‘ Apakah kamu yang menyesatkan hamba-hambaKU itu, atau mereka sendirikah yang sesat dari jalan (yang benar)?”

    AL-FATIHAH : 5-7
    “Hanya kepada engkaulah kami menyembah dan hanya kepada engkaulah kami mohon pertolongan”. TUNJUKILAH KAMI JALAN YANG LURUS, (iaitu) jalan orang-orang yang telah engkau anugerahkan nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai (Yahudi), dan bukan (pula jalan ) mereka yang sesat (Nasrani)”.

    SURAH AL-AN’AM : 162
    “SESUNGGUHNYA SOLATKU, IBADATKU, HIDUPKU DAN MATIKU HANYA UNTUK ALLAH, TUHAN SEMESTA ALAM.”

    AMIN YA RABBAL ALAMIN.

  3. salam…apapun kita perlu pandang positif dengan kerajaan pakatan baru..bezakan
    antara dua..yg lama yang baru..mana lebih baik..dah 50 tahun merentah dgn yang baru 2 tahun..takkanlah itupun sampai tak boleh nak bezakan..akal ada fikirlah sendiri..
    50 tahun dgn 2 tahun.. 50 tahun sepatutnya semua dah ok..yang 2 tahun tentu lah ada masalah..tapi masalah itu boleh dicari dgn berunding..ada jalan penyelesaiannya..buatlah perlahan-lahan..baikilah yang remeh2 tu..

    terusterang ..umno cakap tak serupa bikin..kroninya bertambah senang..kaya..mewah..kalau umno pak turun..apapun tak berubah..jangan kita terus bodoh sampai tidak boleh memikirkan yang baik dgn akal anugerah Allah..fikirlah sendiri malam ni sebelum anda melelapkan mata untuk tidur…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s