Debat Minyak Datuk Shabery Cheek Kantoi


Betullah apabila masuk Umno, Cerdik pun jadi bodoh. Shabery Cheek sebelum jadi Umno nampak cerdik juga sewaktu menjadi pensyarah Universiti Malaya dan aktif dalam parti semangat 46. Hujah Shabery Cheek macam taklimat minyak pada JKK Kemaman. Dia lupa ini debat intelektual yang ditonton oleh seluruh dunia kerana disiar oleh Astro.

Saya sangka Shabery Cheek akan kemukakan hujah yang penuh fakta. Beliau ini anak didik Pro Dr. Jomo di Fakulti Ekonomi Universiti Malaya. Orang yang hebat dalam penyelidikan akademik..

Malam itu nilai intelektual dia zero. Hujah yang penuh perasangka dan serangan peribadi. Lain yang ditanya lain yang dijawab. Macam kita tanya apa itu kerbau maka dia jawab kerbau ialah sejenis kuih pau.

Kita tahu taktik yang dibuat oleh Shabery Cheek untuk serang peribadi Anwar dan dia bawa tukang sorak yang sorak membawa rebah. Kumpulan tukang sorak adalah taktik biasa seperti himpunan semarak Umno suruh budak sekolah sorak.

Mungkin semua yang jadi Menteri Penerangan semua macam ini. Kalau dulu Zainudin Maidin sekarang Shabery Cheek. Malam itu Anwar tidak serang dan melatah terhadap gelagat emosi Shabery Cheek. Anwar dengan fakta manakala Shabery Cheek dengan nista. Kita hendak dengar lepas ini ada kekosongan Menteri Penerangan. Beranikah Shabery Cheek hendak tinggal kerusi empuk.

Advertisements

6 comments on “Debat Minyak Datuk Shabery Cheek Kantoi

  1. yea ka?
    Saya rasa, ada asas sabrey serang peribadi anwar..
    apa yang saya faham, betul ke anwar akan lakukan apa yang beliau katakan, sedangkan ketika tahun 1974 anwar memimpin gerakan mahasiswa mencabar tun razak? tapi ketika beliau dalam kerajaan beliau antara yang mengunci AUKU dan lain2…itu mungkin yang dimaksudkan oleh sabrey…

  2. Bila dah lupa diri dan lupa tanggung jawab ,maka akan jadi manusia yang lupa segala-galanya. Contoh teladan yang patut diambil iktibar. Jadi bahalol kerana terlalu banyak makan benda haram…..

  3. In my opinion, Datuk Ahmad Shabery Cheek seorang yg penegak keadilan. Dia berani utk berdepan dgn situasi kenaikan minyak ni. Sebab dya prihatin kpd rakyat. Kita sebagai seorang insan x patut menanam tebu di tepi bibir bagi memuaskan nafsu kita tanpa memilkirkan hak rakyat di bawah sana…Dlm isu ini, kita perlu buat perbandingan antara 2 pihak,,dgn cara ini, kita dpt tau yg mana hanya omong kosong, dan yang mana benar. Dan segala input2 yg negative tu, kita cepat2 kena singkir supaya x berlaku kekecohan dlm negara ni.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s