ISU MUZAKARAH: TENGGELAM ISU MINYAK, ISU PEMBUNUHAN ANTATUYA, ISU AKUAN BERSUMPAH RAJA PETRA, ISU KENAIKAN HARGA BARANG


Bijak sungguh media perdana melarikan isu rakyat. Semua orang bercakap isu muzakarah. Kalau dulu sambil bubuh minyak , sambil maki Umno/BN, kerana minyak mahal. Kadang-kadang penjaga pam yang tidak berdosa pun kena marah kerana minyak mahal. Dia tidak berdosa yang berdosanya pemimpin dan orang yang mengundi BN kerana pemimpinnya telah menindas rakyat dan mencekik darah rakyat.

Memang pemimpin Umno ini daripada awal lagi tidak boleh percaya. Sejarah pengkhianatan Umno pada Islam dan Melayu amat banyak. Umno yang sudah berumur 62 tahun, kalau ikut umur umat nabi Muhammad SAW nampaknya umurnya semakin di hujung usia. Umno lemas sekarang, kalau ada buaya di depan pun ia akan berpaut. Ia memerlukan talian hayat kerana nyawa sebenarnya sudah tidak ada. Umno mengidap penyakit kritikal, kencing manis, darah tinggi, jantung, gaut. Sudah nazak, untuk ditalqin sahaja.

Apa yang berlaku pada hari ini adalah mainan media yang menjadi kuda tunggangan Umno untuk menghancurkan perpaduan parti dan menimbulkan rasa curiga di kalangan pakatan Rakyat. Mereka cuba menimbulkan keraguan supaya PR berpecah sesama sendiri.

Akhbar dan media perdana melaporkan (20hb Julai 2008 Ahad) Datuk Seri Abdullah Badwi mendedahkan ada 3 kali pertemuan dengan pimpinan tertinggi Pas membincang masalah Islam dan Melayu. Maka 20hb Julai 2008 malam Harakah Daily menyiarkan kenyataan Presiden Pas memang ada pertemuan selepas PRU 12 yang diwakili oleh YB Ustaz Nasharudin Mat Isa, Dato’ Mustafa Ali (Ketua pengarah Jabatan Pilihanraya pas Pusat), YB Khalid Samad Timbalan Pesuruhjaya Selangor.

Persoalannya kenapa Datuk Seri Abdullah Badwi mendedahkan perkara ini kepada media. Apa perlu beliau membuat kenyataan ini. Daripada awal lagi kita sudah melihat pemimpin Umno tidak jujur. Di sini kita boleh andaikan bahawa tujuan dia untuk memecah belahkan perpaduan PR dan menimbulkan kerisauan pengundi Pas yang kononnya Pas hendak masuk BN. Presiden Umno juga hendak menunjukkan kepada rakyat walaupun nampak lembek macam tidak cukup zat besi, tapi aku berjaya menundukkan Pas yang boleh dianggap “Singa Malaya” untuk ikut aku. Maka tertolaklah hujah yang mangatakan aku tidak bermaya seperti yang selalu dihujah oleh musuh politik dalam Umno sendiri.

Saya mengharapkan penyokong Pas dan pengundi Pas, jangan bimbang Pas bukan parti “Hasan Putu Mayong” tetapi Pas adalah jamaah yang ada prinsip, rujukan yang kemas dan organisasi yang mantap sehingga ke pelusuk kampong. Sebarang keputusan yang Pas hendak buat, tidak boleh secara peribadi ia mesti dirujuk kepada parti dahulu. Setakat artikel ini ditulis tidak pernah sepatah kita bincang untuk masuk BN (wali’yazubillah) dalam mesyuarat Pas Pusat. Pandangan peribadi tidak boleh diterima dan dipaksa untuk jama’ah. Percayalah Pas tidak akan mengkhianat amanah umat. Kita berpegang kepada hadis nabi SAW “Orang Islam berpegang kepada janjinya”. InsyaAllah sejarah persahabatan kita dengan orang lain, bukan kita yang meninggalkan kawan.

Saya mengharapkan program menganyang Umno/BN mesti diteruskan, talian hayat Umno mesti dikerat, bekalan oksigen mesti diputuskan supaya Pas sebagai penggantinya. Umno jangan cuba untuk jadi juara Melayu dan Islam. Kerana kamulah menyebabkan pemetaan politik rosak, sistem kehakiman, pengurusan ekonomi jahanam.

Isu muzakarah ini hanyalah satu lagi cubaan Umno/BN untuk mengalihkan perhatian rakyat dari membicarakan isu kenaikkan harga minyak dan kenaikkan harga barang serta isu pembunuhan altantuya dan akuan bersumpah Raja Petra. Banyak lagi isu besar lain yang kini cuba dialihkan dan semua usaha ke arah itu pasti tidak akan berjaya kerana Pas sudah bersedia mengadapinya.

Ayuh rakyat! tumpukan agenda rakyat yang sedang menghimpit rakyat dengan tekanan hidup dengan harga barang keperluan yang naik setiap minit, bukan lagi setiap hari.

Advertisements

5 comments on “ISU MUZAKARAH: TENGGELAM ISU MINYAK, ISU PEMBUNUHAN ANTATUYA, ISU AKUAN BERSUMPAH RAJA PETRA, ISU KENAIKAN HARGA BARANG

  1. 1- hebat sungguh Allah atur…
    2- sudah sekian bulan kita sibuk fikir , juang , bahas , terang , kaji , debat dan sebagainya , dalam isu , hal , kaitan , sabitan dan sebagainya , dalam hal politik keduniaan dan kepentingan peribadi (minyak , altantunya , raja petra , liwat dsb)…
    3- seolah-olah Allah ingin mengajak kita balik fikir , juang , bahas , terang , kaji , debat dan sebagainya , dalam isu , hal , kaitan , sabitan , dan sebagainya dalam urusan Agama seperti thiqah dan wala’ pula , iaitu MUZAKARAH…

  2. nampak sangat persoalan Thiqah dan wala’ perlu ditekankan semula dalam angota jamaah ini..
    TG Hj Hadi sewaktu merasmikan konvensyen Pas Perak 2 hari lepas , telah meminta semua yang hadir agar pulang kerumah dan menelaah semula ayat al-quran surah Al-Anfal ayat 60 hingga 63 berkenaan tahaluffsiasi…
    Apa pun, “mereka merancang Allah juga merancang………….”

  3. Assalamualaikum,

    Setelah saya baca laman ini dan beberapa laman lain yang serupa, saya berasa lega bahawa ramai mereka didalam PAS terutama ahli ahli majlis yang sedar dan tidak berganjak dengan lakonan serta janji manis yang ditawarkan olih UMNO.

    Semenjak minggu lepas saya telah mwengikut perkembangan ini, dan dalamsehari tidak kurang dari 5 jam saya meneliti laman laman yang menyentuh perkara perkara sebegini – terutama dalam Malayaiawaves dan Malaysiakini.

    Seperkara yang masih membimbangkan ialah mengenai MUSTAFA ALI dan NASARUDDIN yang dikatakan telah bertemu dengan NAJIB dan mengadakan perbincangan sulit yang antara lain adalah tawaran NAJIB kepada beberapa ahli PAS dengan kedudukan dan keistimewaan.
    Paling menyedihkan lagi mengikut TULANG BESI dalam MALAYSIAWAVES bahawa MA adalah MOLE kepada UMNO.
    Rata rata didalam laman anda dan laman PAS tiada menyenyuh langsung tentang MA ini. Adakah anda dan orang PAS tidak tahu ? Penulisan TULANG BESI perpandukan kepada fakta ‘orang dalam’ yang beliau percayai.

    Apa tindakan dan perancangan PAS menganai MUSUH DALAM SELIMUT ini?

    Saya minta anda sebarkan maklumat ini kepada SEMUA didalam PAS agar menyelidiki dangan terperinci – JANGAN SAMPAI NASI JADI BUBUR.

    Apa yang dikatakan olih Murshidul AM saya setuju sebab pada saya kalau nak lemahkan orang orang kuat dalam UMNO serta nak pecahkan UMNO – pertamanya bubar dulu biar dia tak ada kuasa. Saya tidak bimbang akan orang PAS sebab apabila tubuh semula, semua mereka akan tetap duduk bawah Murshidul AM tetapi bagi orang UMNO mereka yang ramai menanti saat ini umpama PUCUK DICITA ULAM MENDATANG – ramai yang tidak akan duduk bawah payung NAJIB.

    Bila sebut pasal NAJIB saya harap orang PAS baik pun yang bukan PAS hendaklah jangan lari dari issue pokok – iaitu issue pembunuhan ‘A’ . Sekarang ini rata rata perkara yang cuba dipesongkan adalah dengan membesarkan issue harga barang tinggi dan issue LIWAT.

    Issue sebenar yang misti diberi HEADLINE adalah issue NAJIB- jatuh NAJIB akan jatuh UMNO !!!!

    SEBAB :-
    1- Jika NAJIB naik ganti AAB, beliau akan
    ‘pending’ kes ini sehinggakan ianya tidak akan
    timbul dimahkamah untuk beberapa tahun
    akan datang sepertimana Mahadir
    melenyapkan banyak kes kes dulu kerana
    P.Menteri ada kuasa.
    2- Personaliti utama yang setakat hari ini yang
    sanggup berdepan dan berhujah mengenai kes
    NAJIB adalah Anuar Ibrahim dan Raja Petra.
    kalau NAJIB berkuasa, kedua dua AI dan RP
    akan KENA BUNGKUS dan hiduplah UMNO
    untuk berdkad lagi. Sanggupkah anda berada
    dalam pas lagi pada waktu NAJIB memerintah?
    dengan keadaan PAS yang seperti sekarang?

    Sanggupkah anda tengok keadaan Malaysia seperti sekarang ini pada 10 tahun akan datang????

    Saya hanya bagi 2 sebab sahaja dari berbelas belas sebab sebab lain kerana 2 perkara diatas adalah ibarat tangan dan kaki – patahkan keduaduanya baru dia tak bolih bergerak dan akan mati beragan.

    BACA blog TULANG BESI dan anda akan faham maksud saya diatas.
    ARAHIM.

  4. Salam,

    saya amat setuju bahawa isu kerjasama PAS dan UMNO adalah merupakan propaganda politik UMNO untuk mengalihkan isu kelemahan pimpinan UMNO dan BN. Harga minyak dunia sekarang sudah turun ke harga serendah 120 dolar setong. tetapi harga minyak Di malaysia masih kekal pada 2.70 seliter. Ayuh para pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat. kita desak kerajaan turunkan harga minyak. saya mohon pimpinan dapat mengaturkan satu perhimpunan (demonstrasi besaran) dalam masa terdekat. kami ahli bawahan akan hadir untuk menyatakan isi hati kami. Takbir!!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s