PELAJAR NAKAL AKTIF PAS: HAK BAIK TAK TAHU KEMANA


Pada 8/Ogos/2008 saya dijemput ceramah Isra’ Mikraj di Surau AL-Irsyad Apt Vista Pinggiran Putra dekat pasar Borong Selangor. Program lepas maghrib sepatutnya, tangguh lepas Isyak. Jalan jam maklumlah daripada Kuala Lumpur hari jumaat pula. Lepas itu saya pula sesat jalan. Sembahyang maghrib di RR Air Hitam dekat tol LDP (Lebuh Raya Puchong).

Yang menariknya pada malam itu saya berjumpa bekas pelajar saya di UITM Melaka dahulu. Lepas ceramah dia bagi tau dekat saya, suara ustaz tak ubah macam dulu. Kebetulan ceramah Isra’ Mukraj maka sudah tentu yang disentuh berkenaan dnegan kewajipan solat dan realiti yang berlaku pada hari ini, ramai yang tidak solat. Dia beritahu saya apabila ustaz cerita bab solat ini teringat sewaktu berada di ITM dulu, ustaz selalu bertanya siapa yang tidak solat subuh. Saya adalah salah seroang yang liat solat, sekarang ini tidaklah ustaz.

Memang saya terkenal di kalangan pelajar sebagai pensyarah yang tegas. Kalau ada di kalangan pelajar yang sedang berdua-duan, apabila nampak kereta saya pakat lari lintang pukang. Di dalam kelas semua pelajar perempuan wajib bertudung, kena tutup sampai dada. Saya kata saya hanya berkuasa di dalam kelas ini sahaja. Sekurang-kurangnya 2 jam kamu tidak derhaka dengan tuhan dalam seminggu. Rupa-rupanya ada kesan, selepas dipaksa akhirnya mereka pakai dengan sukarela.

Saya masih ingat dia, biasalah di sekolah pelajar yang terkenal ialah yang baik atau yang nakal. Yang sederhana guru tidak ingat. Yang menariknya belaiu sekarang orang kuat Pas dan menjadi tenaga penggerak penting di cawangan tersebut dalam kawasan Puchong. Saya bertanya beberapa orang yang semasa dengan beliau di ITM dulu, yang terkenal budak baik, maka dia sebuat mereka join Umno dan ada yang tidak peduli perjuangan.

Tetapi inilah realiti yang berlaku dalam alam pelajar. Sebenarnya saya apabila pergi tamrin pelajar di pusat pengajian tinggi, saya kata saya datang ini hanya melepas kewajipan saya sebagai pimpinan jamaah sahaja. Saya bukan percaya sangat dengan kamu. Besok apabila sudah keluar apabila kerja, kahwin, dapat anak dan aktif dengan Pas, baru jumpa saya. Ini baru boleh bagi sijil, kalau tidak saya tidak percaya.

Saya teringat sewaktu menjadi pelajar dahulu Saudara Mohd Sabu yang sering berucap dalam tamrin pelajar. Dia kata dekat kami, saya hanya percaya 20% sahaja di kalangan kamu ini. Waktu itu dalam hati saya tercabar.

Gamak pimpinan Pas kata kami hanya boleh diharap 20% sahaja. Sedangkan kami begitu bersemangat, berani bergaduh dengan puak Umno kampus. Sanggup bertumbuk, dibuang asrama, kena tindakan disiplin. Rupa-rupanya betul, bukan 20% malahan 5% pun tidak saampai yang terlibat dengan Pas.

Saya kata, harap itu tidaklah sangat. Banyak abang dan kakak kamu dulu tipu kami, kerana lepas keluar takut hendak berjumpa dengan kami. Taku saya tanya cawangan mana yang awak aktif. Banyak bekas pimpinan jamaah duduk dekat dengan rumah saya, jumpa cabut lari. Hendak kata tidak faham tarbiah tak betul kerana regunya naqib dengan naqibah, akhirnya kedua-dua rebah dalam perjuangan.

Saya juga pernah di beritahu oleh pemandu YB Doktor Hamdan Mohd Khalid Exco Kerajaan kedah, namanya Nasron.

Beliau ini bekas sekolah agama. Dia kata payahlah ustaz , hendak cari ustaz untuk bimbing kami.

Saya kata fasal apa?. Kawasan anta ini tidak ada orang mengaji agama ka.

Ada jawab dia. Tapi tidak mahu berjuang duduk peluk tubuh dan pemerhati komonwel kot jauh sahaja. Akhirnya hak yang hendak berjuang ini macam kami yang mengaji tidak tinggi, hak pandai tidak mahu berjuang.

Saya Tanya dia fasal apa jadi begitu.

Dia kata depa pandai kerana rajin mengaji tidak sempat hendak ambil tahu bab perjuangan, kami yang kurang dan nakal-nakal sikit ini rajin pergi dengar ceramah dan ikut kuliah Pas itu yang mengaji tidak berapa pandai.

Saya senyap sahaja apabila dengar penjelasan daripada beliau. Ada lojik juga. Pasal hak cerdik kalau tidak ada roh jihad dalam diri, dia takut macam tidak ada tuhan dalam hidup dia.

Dia tidak percaya rezki tangan tuhan, walaupun dia mengaji Usuluddin.

Apabila saya renung perbualan saudara Nasron tadi ada kebenaran juga. Macamlah bekas anak murid saya tadi.

Walau bagaimanapun saya bangga kerana beliau bekas anak murid saya yang aktif dalam Pas walaupun dulu nakal, tetapi sedikit kecewa anak murid dan aktivis yang hebat suatu ketika dahulu tenggealam dengan dunia yang fana’ ini.

10 comments on “PELAJAR NAKAL AKTIF PAS: HAK BAIK TAK TAHU KEMANA

  1. setuju dengan pandangan ustaz..
    sebagai contoh..berapa orang presiden gamis yang betul2 aktif? sama2lah fikir…tak payah sebut nama

  2. Salam
    Td my mam forward link nih
    Ehehe, betul gak kata ustaz neyh
    Dak baik2 masa sekolah dah besar pakat2 masuk AMENO
    Budak baik2 ni tanak lawan kerajaan
    Bersyukur ..
    Kalau tade kerajaan skrg maka mereka nak ke universiti pun takbley
    Kerana mereka baik lah mereka sangat terhutang budi kat kerajaan skrg dan pakat2 perkasakan AMENO

    Ubah dari dalam…

    ~ Hampes punya budak baik
    Tu la…
    Ada ceramah PAS hang tanak pi
    Ada vcd Haron Din , Ismail Kamus, hang tanak dengaq
    Sibuk study biology, chemistry, mathematic..
    LAst2 masuk AMENO~

  3. Salam

    Saya kagum dengan seorang ustaz yg dulu pernah jadi ketua jabatan di sebuah IPTA, berbakat dalam bersyarah kalau tak silap pernah jadi Pemidato Terbaik Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri mewakili sekolahnya dahulu, kini memilih PAS untuk berjuang. Boleh pakai merc jugak…

  4. Pingback: PELAJAR NAKAL AKTIF PAS: HAK BAIK TAK TAHU KEMANA « Jeritaniq’s Weblog

  5. Setuju dgn pandangan ust. Satu yg ana perhatikan ialah adanya budaya bertangguh. Nk aktif masa ngaji, tunggu grad dulu. Dh grad, tunggu keja dulu. Dh keja, nanti cfm dulu. Dh cfm nk kawin dulu. Lepas kawin, dapat anak, tunggu anak besaq dulu. At last langsung x berjuang. Bila bincang2, ana selalu katakan pd sahabt (juga diri sendiri), istiqamah dlm berjuang, walau sedikit mana, jgn ditinggal langsung.
    Alhamdulillah teman seusrah di UIA dulu ramai yg terlibat walau x semua.

  6. Salam
    ana dapat link ni dr bekas amirah ana.
    bl teringat nama ustaz,mseti teringat ofismate ana.
    dia blaja kat ITM Melaka,ms ustaz masih mgajar.dia kata dulu takut nak couple sbb ye ustaz idris selalu round dengan keta.
    Bl nampak couple,ustaz idris mesti turun dan tegur.
    Tindakan ustaz ni masih ada kesinambungan masa ana blaja di mlk.alhamdulillah..
    ada lagi ustaz2 lain yg mengikuti jejak langkah ustaz.
    Tapi kan ustaz masa ana blaja dulu pimpinan kampus ni suka sgt tarbiyyah budak2 sekolah agama je.alasan ye, senang sikit..
    peringkat asas dah ada..
    tak tau la klu zaman skrang.harap2 ye ada perubahan selepas baca blog ustaz ni..

  7. assalamualaikum….
    penyakit yg paling kronik zaman laa adalah bebudak azhar dan yg mengaji kat timur tengah semua…..jahanam.tak menjadi tarbiyah korang kat sana tue…..
    kalau balik takat nak jadi JQAF.piraaahhhh..nak mai sembahyang,markaz pun takut.nak pi sekolah yg PAS pun takut…mai dengar ceramah pun bg macam2 alasan..
    balik kira nak kerja kerajaan….woi org lain pun kerja kerajaan gak…la.tapi tak dak la penakut pait sangat.
    suruh tarbiyaah ahli PAS tak mau….takut kena GAM dah tak buleh mengajar kat masjid….takut hilang duit UPAH KULIAH…seminggu 1 masjid dapat la RM100 sebulan mengajar 4 masjid dapat la 400 JUAL AGAMA LA KERJA KORANG YG TAU

  8. Assalamualaikum,
    Ustaz, apakhabar? Semoga sejahtera hendaknya. Saya junior Ustaz di UKM. Saya first year (1987) , ustaz jadi YDP MPP UKM. Orang hebat-hebat ni memang senang diingati. Semoga sukses selalu, semoga kita sama-sama menuju ke jalan yang diredhai Allah. Cuma cara kita berbeza, niatnya sama. Demi Islam, segalnya mungkin.

  9. Pingback: Recent Links Tagged With "hak" - JabberTags

Tinggalkan Jawapan kepada MUTALIGAT Batal balasan