MUKTAMAR 54 : TARBIAH MASIH DIBERI PERHATIAN OLEH PERWAKILAN.


Muktamar adalah medan terbaik untuk pemimpin dan pengikut merancang untuk kemajuan parti dan jamaah. Semua maklum bahawa Pas yang meneruskan ageda perjuangan selama ini sejak 1951 dan insyaAllah sampai kiamat adalah bertitik bersandarkan kepada Islam sebagai dasar. Fasal 3 dan Fasal 5 Perlembagaan Pas tidak pernah diabaikan walaupun kita menghadapi berbagai cabaran samada sewaktu menang atau kalah.

Sewaktu kita ada 27 kerusi atau 1 kerusi di Parlimen. Kita teruskan agenda ini walaupun apa yang berlaku. Pas mampu berada dipersada politik negara dan antarabangsa kerana Pas mempunyai prinsip yang jelas. Politik yang mengambil kira dosa dan pahala. Bukan keuntungan duniawi semata-mata.

Alhamdulillah muktamar yang berlangsung di Stadium Indera Mulia Ipoh Perak 15-17hb Ogos 2008 dengan aman dan selesa. Saya melihat pemerhati pada kali ini memenuhi tempat duduk dalam dewan muktamar daripada awal sehingga selesai muktamar jam 3 petang 17/8/2008 ahad.

Saya gembira pada tahun ini agenda membahasakan laporan tahunan dibincang oleh perwakilan hampir 3 jam secara berasingan. Kebiasaannya laporan ini dibincang sekali dengan membahas ucapan dasar. Format yang lama kebanyakan pembahas tidak mengambil peduli sangat berkenaan laporan tahunan setiap lajnah.

Ini menyebabkan pengerusi Lajnah merasa selesa kerana orang tidak memperdulikan sangat lajnahnya berjalan atau tidak, kerana mereka tidak pernah dinilai dalam muktamar. Sekurang-kurang pada tahun ini apabila format ini berjalan semua pengerusi lajnah akan terasa terpanggil untuk menjawab dan berusaha untuk memperbaiki kelemahan lajnah masing-masing.

Secara tidak langsung akan memberikan motivasi kepada kami sebagai pemimpin untuk terus mengukuhkan parti kerana kami akan dimuhasabah oleh perwakilan dalam muktamar tahunan. Menjadi kebiasaan kepada seorang manusia ia akan bekerja apabila dinilai, dipantau serta dipuji atau dikritik. Muktamar adalah medan terbaik untuk mencapai hasrat ini. Semua perwakilan dapat menggunakan peluang ini untuk memberi motivasi kepada kami sebagai pemimpin yang diamanahkan oleh ahli.

Saya gembira kerana Lajnah tarbiah diberi perhatian yang khusus samada di dalam membahas Ucapan Dasar, membahas laporan tahunan. Pada saya ini menunjukkan bahawa Pas masih selamat kerana ahlinya tidak mengabaikan tarbiah walaupun dalam era kemenangan.

Semua soalan dan krtikan yang diberikan oleh perwakilan menandakan mereka cukup mengharapkan bahawa lajnah tarbiah memainkan peranan dalam menentukan hala tuju parti Pas untuk pada masa hadapan. Apabila Pas semakin hebat dan jalur lebar Pas semakin berkembang, kemasukan ahli dengan berbagai latar belakang pendidikan, fikrah, perangai, kesemuanya itu perlu digarap dengan baik melalui program tarbiah. Perwakilan sedar sekiranya tarbiah tidak berperanan ia akan memberikan implikasi besar kepada kelangsungan perjuangan parti.

Terutama mereka yang berada diperingkat pimpinan tertinggi yang dianggap sebagai pembuat dasar dan melaksanakan dasar. Apa akan terjadi kepada parti seandainya mereka yang tidak melalui proses tarbiah Pas mengemudikan parti, sudah pasti akan berlaku kecelaruan. Ada di kalangan perwakilan dengan nada yang sinis mengatakan bahawa terjadi sedikit kegawatan dalam parti kerana pemikiran pemimpin di atas yang keliru akibat daripada kelemahan tarbiah. InsyaAllah teguran ini perlu diberi perhatian.

Kebetulan pada sesi ini saya baru sahaja diamanahkan untuk menghidupkan kembali Institut Latihan Kepimpinan Dan Perkaderan Dakwah Islamiyyah (ILHAM). Program yang sudah terhenti atas beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan. Maka pada sesi 2007-2009 lajnah tarbiah telah mengamanahkan kepada saya untuk menjadi pengarah ILHAM. Alhamdulillah dengan bantuan beberapa orang ahli Jawatankuasa ILHAM yang lain berjaya menghidupkan kembali program ILHAM.

Untuk kelas pertamanya 19hb Januari 2008 dengan bilangan pelajar 32 orang. Walaupun pada jangkaan awal kita menyediakan tempat untuk 120 orang. Manakala sesi Julai 2008 untuk pengambilan kedua seramai 31 orang. Sesi Julai 2008 ILHAM di Johor memulakan operasinya dengan bilangan pelajar seramai 60 orang. InsyaAllah sesi Januari 2009 ILHAM Pahang akan membuka kelasnya di Kuantan.

Pada peringkat awal, pihak ILHAM bersetuju pengambilan pelajar terdiri daripada mereka yang tidak belajar secara rasmi pendidikan Islam. Program ini juga bertujuan untuk meramaikan para nuqaba’/naqibat di peringkat kawasan-kawasan. Semua pensyarah yang hendak mengajar di sini wajib melibatkan diri dalam organisasi Pas dan kelayakan akademik supaya ia dapat meniupkan roh perjuangan kepada para pelajar.

Kita tidak mahu tenaga pengajar hanya berteori semata-semata, sedangkan ia sendiri tidak berjihad. Program ini berjalan secara Pendidikan Jarak Jauh (PJJ). Kelas diadakan sebulan sekali. Setiap semester 4 bulan dengan 4 kali pertemuan selama 3 semester dan dianugerahkan Diploma Kepimpinan Islam dalam satu konvokesyen.

Beberapa perkara yang boleh diambil perhatian untuk mengukuhkan tarbiah

1.Jabatan Tarbiah mesti diadakan disemua peringkat dan dia tidak berubah walaupun kepimpinan berubah. Dengan menempatkan pegawai tetap yang bergaji untuk menguruskan tarbiah seperti kita menguruskan Jabatan Pilihanraya. Pengalaman saya menunjukkan bahawa semua orang mengatakan tarbiah ini penting tetapi kita mesti membuat satu reformasi dengan meningkatkan pengurusan tarbiah supaya berjalan dengan teratur.

Contohnya sudah tiga kali saya menghantar surat kepada setiausaha kawasan sewaktu saya menjadi setiausaha Lajnah tarbiah yang dipengerusikan oleh Dato’ Seri Presiden Tuan Guru Haji Abdul Awang dan Dato’ Harun Taib, untuk mengetahui perjalanan program tarbiah dan program usrah. Borang yang diformatkan telah dihantar, malangnya satu pun tidak diterima.

2.Mewujudkan usrah nuqaba’ /naqibat di setiap kawasan, sekurang-kurangnya 10 orang. Usrah yang khusus dan mempunyai piawai yang akan menggerakkan tarbiah di peringkat akar umbi.

3. Mereka yang pegang Pengerusi Lajnah Tarbiah mesti berada dalam dewan harian menampakkan kesungguhan kita dalam urusan tarbiah.

4. Perjalanan usrah dan tarbiah mesti dijadikan agenda mesyuarat yang penting.

5. Apabila Pas sudah berkembang hebat maka mereka yang melalui proses tarbiah sahaja yang layak untuk berada di dalam saf kepimpinan supaya tidak berlaku kecelaruan fikrah di kalangan kita. Pada hari ini mereka yang diangkat menjadi pemimpin kerana keterampilannya, kerana kayanya, kerana akademiknya tetapi bukan kerana fikrah dan tarbiahnya. Ini yang menjadi masalah.

Walau bagaimanapun saya cukup bergembira dengan Muktamar ke 54 yang telah berjaya membangkitkan semangat dan meniupkan kesedaran bahawa pentingnya tarbiah dalam menguruskan parti kita. Desakan daripada para perwakilan supaya lajnah tarbiah perlu mengoptimakan tenaga tarbiah bagi melangsungkan perjuangan parti kita untuk pada masa akan datang.

Advertisements

2 comments on “MUKTAMAR 54 : TARBIAH MASIH DIBERI PERHATIAN OLEH PERWAKILAN.

  1. Kalau boleh, dalam konteks moden ni. Bagi la kami download bahan2 maklumat yang diperlukan diperingkat kawasan. Selalunya Lajnah Tarbiah dipegang oleh Ketua Urusan Ulamak Kawasan. Mungkin lebih mudah kalau maklumat berhubung Lajnah Tarbiyyah dimasukkan dalam web Ustaz ni. Apa2 sekalipun program yang tak bersifat ‘sirr’ boleh masukkan. Kalau memang memerlukan kerahsiaan, boleh sahaja dimasukkan fail dalam ni, tetapi dimasukkan password. Hanya individu yang berkelayakan sahaja yang layak buka. Yang terpenting sekali, saya cadangkan Lajnah Tarbiyyah Pusat buat database senarai Pengerusi dan AJK Lajnah Tarbiyyah peringkat kawasan. Ini yang perlu buat dulu. Pemantauan akan lebih mudah, kalau aktiviti dipantau secara terus oleh Pusat.

    Jawapan-Sdr boleh rujuk dalam laman blog pemuda2 yang ana Usrahkan-http://dppwp.wordpress.com. Dalam blog berkenaan terdapat beberapa silibus tarbiyyah yang boleh dirujuk.

  2. Assalamualaikum ustaz,

    Ana rasa ILHAM perlu mewujudkan laman web sendiri ataupun jadual pengajian/kuliah yang dianjurkan oleh ILHAM boleh di publishkan di blog ustaz.

    Lagi satu, ana rasa ILHAM perlu buat road show atau promosi seperti IPTS/institusi SAR yang lain membuat promosi agar orang ramai dan para pendokong perjuangan Islam dapat mengetahui apakah produk ILHAM sebenarnya. Bukalah booth di mana-mana program PAS di seluruh malaysia agar semua para penyokong dapat mengetahui dan seterusnya komited dengan ILHAM.

    pokoknya di sini, promosi perlu diperhebatkan agar dapat menarik minat orang ramai untuk belajar.

    sekadar pandangan

    Jawapan-Terima kasih atas cadangan. Untuk pengetahuan saudara ILHAM ia adalah program perkaderan. Buat masa ini Penyertaan tertutup kepada mereka yang menjawat jawatan dalam pas sahaja. Kita tidak buka kepada awam. Kena hendak ,melatih pimpinan dahulu. Sebab itu kita tidak buat iklan secara meluas.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s