Betulkah Pilihan raya kecil Permatang Pauh paling ganas?


Sarjan Abdul Samad Abu Bakar bersama anggotanya, Konstabel Faizal Rosdi mengadakan sekatan jalan untuk persediaan pilihan raya kecil Permatang Pauh di Pulau Pinang, semalam.

KUALA LUMPUR 25 Ogos – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar menyifatkan pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh sebagai pilihan raya yang paling agresif dan ganas pernah berlaku dalam sejarah negara ini.

Katanya, ia juga merupakan pilihan raya yang luar biasa ekoran pelbagai insiden yang berlaku semasa kempen pilihan raya berlangsung sejak hari penamaan calon pada 16 Ogos lalu.

“Sebanyak 70 laporan polis dan 26 daripadanya sedang disiasat pihak polis sepanjang kempen berjalan. Jika ini terus berlaku, ia tidak sihat daripada segi perkembangan demokrasi kita,” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.

Pertama saya hendak suruh Pak Habib kena basuh muka dulu, mungkin dia baru bangun dari tidur atau tengah pening kepala masalah dalaman Umno. Kawasan Kota Tinggi juga tidak terkecuali. Pak Habib sendiri pun akan di lawan oleh Abdul Malik Abdul Rahim. Akbar melaporkan Naib Ketua Bahagian Kota Tinggi pimpinan Pak Habib Mohd Zin Arif menerima bungkusan makanan anjing dan bulu anjing. Pemilihan Umno di cawangan Pernas Charter Gopeng Perak ada yang kena pukul dengan kayu golf. Sikit lagi pemilihan Umno tidak boleh pakai songkok hitam tapi kena pakai topi kledar. Ini berita yang dilapor oleh media. Yang tidak lapor banyak lagi. Sebenarnya ganas ialah Umno. Kalau pemilihan Umno pun ganas, sudah tentu pemilihan luar Umno lagi ganas.

Kalau Pak Habib duduk pening memikirkan kerusi Umno di Kota Tinggi saya hendak ingatkan Pak Habib bahawa pilihanraya kecil Permatang Pauh 26/8/2008 kita tidak dengar ada yang kena pukul mati, tetapi pilihanraya kecil di Parlimen Padang Terap Kedah 1985, ustaz Osman Talib petugas Pas dipukul mati oleh petugas Umno di Felda Lubuk Merbau. Pilihanraya kecil di Indera Kayangan petugas Keadilan di pukul parah, pilihanraya kecil Ijok, tiga petugas Pas dipukul hampir maut oleh samsing Umno. Apakah ini tidak termasuk dalam kategori ganas. Jangan amalkan undang-undang rimba, kalau Umno buat dia kebal dan bebal, tapi kalau pembangkang buat dituduh ganas

Advertisements

One comment on “Betulkah Pilihan raya kecil Permatang Pauh paling ganas?

  1. Datuk Seri Hamid Albar jangan mendakwa sebelah pihak sahaja. Jika Pemuda, Puteri, Gundek UMNO tidak memulakan tindakan yang mendatangkan kebencian oleh parti lawan, perkara yang didakwa oleh Menteri itu tidak akan berlaku. Ingat semasa PRK N 11 DUN Ijok pada tahun 2007 yang lalu, siapa yang mulakan dulu. Pemuda UMNO yang diket\uai oleh Hishamuddin dan Khairy Jamaluddin yang memulakan tindakan provokasi. Pemuda haprak UMNO yang mula membaling botol ke arah penyokong-penyokong PKR.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s