DEMI TALIAN HAYAT UMNO: ULAMA’ PULA HENDAK DIPERALATKAN


Utusan Malaysia 3 Sept 2008. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu golongan umara (pentadbir) dan ulama menjalinkan kerjasama lebih rapat supaya segala isu berkaitan Islam dapat diselesaikan secara lebih menyeluruh.

“Pendapat ulama tidak boleh diketepikan kerana merupakan pihak yang mempunyai pengetahuan mendalam mengenai Islam manakala umara merupakan golongan yang diberi kepercayaan untuk memimpin. Kita amat memerlukan gabungan kedua-dua pihak ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Perjumpaan dan Dialog Perdana Menteri Bersama Ulama dan Umara di Masjid Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Betulkah Datuk Seri Abdullah Badwi hendak pakai pandangan ulama’. Apa yang kita lihat Umno tidak pernah menghormati ulama’. Mana ada ulama’ yang berjuang dalam Umno disanjung dan dijadikan rujukan dan diterima pakai pandangan mereka. Sebab itu ulama’ dalam Umno, walau alim macam mana sekalipun izzahnya tidak kelihatan.

Kerana mereka tidak diberi peranan untuk menentukan dasar, Peranan terbesar ulama’ Umno untuk baca doa, jadi khalifah tahlil, baca yasin, talqin, imam sembahyang mayat dan doa buka pejabat baru. Yang menentukan dasar ialah golongan jahil dalam agama. Ia berbeza dengan Pas, kita merujuk ulama’ dalam semua perkara untuk membuat satu keputusan. Tiba-tiba kita dikejutkan supaya ulama bekerjasama dengan umara’. Maklumlah orang lemas, semua tali dia hulur untuk dapat talian hayat.

Bukankah selama ini padangan mengenai hukum agama yang tidak pernah diikut malahan ditong sampah sahaja. Ada beberapa perkara yang membuktikan bahawa Umno memang tidak suka dengan golongan agama. Golongan agama hanya menjadi alat sahaja untuk melawan Pas dan ulama’ Pas.

Dalil yang menunjukkan bahawa Umno tidak mendengar ulama’ dalam tindakan mereka.

  1. Apabila Majlis mufti mengatakan sure heboh haram Umno tidak ikut
  2. Apabila majlis mufti mengatakan kongsi raya haram Umno tidak ikut.
  3. Apabila Majlis mufti kata bertafakkur di depan tugu, Pak lah sendiri tidak ikut
  4. Apabila mufti membantah penggunaan kondom, methadon untuk mengelak penyakit aids Umno tidak ikut.
  5. Garis panduan hiburan yang dibuat oleh JAKIM Umno tidak ikut.
  6. Orang agama dalam Umno yang sepatutnya menjadi Menteri tidak diberi tempat. Mana pergi Datuk Dr Abdullah Mohd Zin kelulusan MA Madinah, Phd Universiti di United Kingdom. Mana Hamid Zainal Abidin. Mana dia Dr Yusuf Nor kelulusan Phd tasawuf Mesir, hanya dberi amanah untuk jaga pokok kelapa sawit sahaja.
  7. Tidak ada seorang pun perwakilan Umno yang memilih untuk kerusi majlis tertinggi orang kelulusan agama.

Kalau pandangan ulama’ rasmi yang terdiri dari kalangan para mufti Umno tidak ikut, macam mana pula PM hendak ajak ulama’ bekerjasama. Kalau hanya hendak mengajak ulama’ multaqa, bentang kertas kerja, kemudian makan kambing bakar, tetapi tidak ada kemahuan untuk melaksanakannya ini buat habis masa dan membazir wang sahaja.

Advertisements

4 comments on “DEMI TALIAN HAYAT UMNO: ULAMA’ PULA HENDAK DIPERALATKAN

  1. 1-saya setuju 95% apa yg ustaz sebutkan tu
    2-untuk makluman ustaz , ustaz umno sebenarnya ada peranan yg besar dalam umno, bukan setakat tukang baca doa dsb nya sahaja.
    3-buktinya, jika sebuah kampung itu ada ustaz umno, payah lah pas nak masuk…mereka tak berhujah dengan kita, mereka diam tetapi berbisik sesama mereka, ustaz sekian2 pun umno, tak kan dia tak tahu hukum-hakam kot…tapi jika sesebuah kampung tu ada ustaz kuat Pas, Insyaallah kampung tu akan kuat Pas…
    4-maknanya politik org kampung masih meletakkan ustaz-ustaz sebagai tempat ikutan politik mereka…

  2. tapi saya setuju 100%, ustaz umno SEKARANG memang tidak diberikan pernan yang besar dalam membuat dan menentukan dasar umno dan pemerintahan negara…

  3. Sudah namanya UMNO. Apalah diharap padi seberang, toleh sejarah, kerana makhluk UMNO ini tiada mahu akan ulama, maka keluarlah para ulama menubuhkan PAS. Noktah – sejarah ringkas UMNO.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s