UMNO HENDAK DITALQINKAN OLEH AHLI UMNO?


Utusan Malaysia 4/9/08 melaporkan. – Majlis Tertinggi (MT) UMNO digesa melakukan ‘sesuatu yang drastik’ bagi membendung kejutan-kejutan di luar budaya parti itu yang semakin membimbangkan dan dikhuatiri petanda ‘keranapan’ parti pejuang kemerdekaan negara itu.

Ahli MT, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, beliau terpanggil mengeluarkan gesaan itu kerana ahli UMNO kini tidak lagi menampilkan sifat budaya keMelayuan apabila banyak peristiwa tidak diingini berlaku semasa dan menjelang pemilihan tertinggi parti.

Antara yang cukup membimbangkan, kata beliau, ialah penggunaan wang yang berleluasa dan keterlaluan untuk melobi pencalonan, rasuah melibatkan tangkapan Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan pergaduhan besar sesama ahli hanya kerana mengejar jawatan.

Inilah parti yang pernah beliau bakar jambatan ketika bergaduh team A dan team B pada tahun 1987. Beliau bersama team B yang diketuai oleh Tengku Razali Hamzah sehingga tertubuhnya parti 46. Kemudian dia naik rakit batang pisang masuk ke dalam Umno. Sekarang beliau merungut lagi. Bagi saya tidak hairanlah apa yang berlaku dalam Umno. Umno bukan parti yang ada asas agama.

Malahan asas cinta untuk berjuang bangsa pun sudah tidak ada. Berjuang dalam Umno hanya untuk dapat benda denga kuasa. Mereka tahu dengan menjawat jawatan dalam Umno akan dapat laba yang menguntungkan. Jadi ketua cawangan semua projek dalam kampung pasti dalam tangan. Jadi ketua bahagian setiap tahun projek tidak kurang sejuta dalam tangan. Kalau itu yang bertakhta dihati mereka yang merebut jawatan apa sahaja mereka akan lakukan demi harta.

Dalam Umno sejarah bunuh sudah ada seperti Dato’ Taha di Gemencih Negeri Sembilan. Baru-baru ini di Segamat ahli Umno bergaduh hingga patah kerusi. Terbaru di Kota Bharu , Ketua UMNO Cawangan Limau Manis, Datuk Azaha Abdul Rani, cedera parah disimbah asid oleh seorang lelaki yang tidak dikenali di pekarangan rumahnya di Kampung Chekok, Panji, dekat sini awal pagi ini.

Semalam, Naib Ketua UMNO Bahagian Seremban, Mohd. Noor Awang, 47, dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan merasuah Ketua Cawangan UMNO Taman Zaiton Indah, Sikamat Rezwat Shahril Zainal Ariffin supaya mencalonkannya untuk jawatan Ketua UMNO Bahagian Seremban.

Semalam juga menyaksikan kejadian pembunuhan Timbalan Ketua UMNO cawangan Bukit Merah, Taib Ali, 61, yang mati ditembak dari jarak dekat oleh dua lelaki bermotosikal di hadapan sekolah anaknya di Jalan Gunung Semanggol-Bukit Merah.

Sekarang baru mesyuarat cawangan. Apa akan terjadi pula dalam mesyuarat bahagian dan Majlis Kerja Tertinggi Umno. Tentu semakin dahsyat.

Mereka bergaduh bukan kerana hendak membela agama atau bangsa. Mereka bukan bergaduh kerana hendak membela rakyat yang dihimpit dengan kenaikan harga barang keperluan. Mereka bukan bergaduh kerana hendak mempertahankan tanah di kawasan Melayu yang hampir pupus.

Mereka bukan bergaduh kerana hendak menyuarakan mengenai gejala social yang melanda anak Melayu kerana Umno membiarkan keadaan ini berlaku. Mereka bergaduh bukan kerana hendak membela bahasa Kebangsaan yang telah terpinggir dalam pendidikan kebangsaan. Bersedialah Umno untuk ditalqinkan. Yang akan mengkafankan dan mentalqinkan Umno, ialah ahli Umno sendiri.

Advertisements

8 comments on “UMNO HENDAK DITALQINKAN OLEH AHLI UMNO?

  1. ustaz dah ta’kid ke fakta ustaz di atas ?

    jangan ‘tembak rambang’ ustaz…

    Dalam 3 juta ahli kes kes terpencil memang ada lah.

    Nak tahu PAS berapa juta ahli skrg ?

    yang dalam PAS ramai ahli agama kan ?

    adil ke banding kereta kancil dgn perdana ?

    maaf sekadar ‘ wasiyyatuttaqwa’ antara manusia.

    Kerna ‘summiyal insan’ @ Manusia itu ‘nis yaan’ banyak ….

    tentu kita juga adalah kalangan Nis yaan…

    Mana ‘awla’ ustaz husnu zoon atau Juhala Husnu Zoon.

    Jika rosak ulama dan umara rosak seluruh umat….

    Jadi salah siapa kerosakan ini ?

    Umara sahaja ???

    Moga kita dapat salahkan diri sendiri dulu sblm orang…

    Takbir !!!!

  2. Saya tidak harap UMNO hanyut. Sebagai rakyat Malaysia, saya berharap semua parti Politik diMalaysia, samada PAS, DAP, UMNO, PKR, Gerakan, MCA, MIC dll. akan berubah menjadi semakin kukuh, tinggi kredibiliti, berupaya dan menyumbang kepada kesejahteraan rakyat dan negara Malaysia.

    Buat masa ini, saya lihat kesemua parti politik masih tidak matang dan banyak menyumbang kepada ketidak amanan negara

  3. umno memang tak relevan kerana dah mati, yang ada sekarang ini umno(baru) yang matlamat hanya kepentingan duniawi semata-mata, harap nak jaga bangsa, memang hancur, bangsa digunakan sempena mengundi 5 tahun sekali tapi di tipu dan di permainkan sepanjang masa, nak bantu dari segi ilmu, jauh sekali, jika bodoh senang untuk digunakan sekali lagi pilihanraya.
    bantuan kebendaan sekadar kais pagi makan pagi, umpama bagi kerak, segala isi hanya untuk peribadi dan kroni.
    nak jaga ugama, lagi hampas dan haprak punya umno, di bodohkannya dengan tohmahan ugama mengajar rakyat mengganas, sekolah ugama rakyat (SAR) mengajar islam bukan islam sebenar, nanti susah dapat kerja, bidang ugama tidak penting untuk pembangunan negara.
    dalam umno semua golongan ada, haprak, jahil, buta kayu, fitnah sodomi, rasuah, dan segaka macam penyakit yang tenat……

    fakta dari cucu orang utan

  4. ASSALAMUA’LAIKUM USTAZ,
    SELAMAT HARI RAYA, AMPUN DAN MAAF SEGALA PERKARA YANG JELAS LAGI TERSEMBUNYI..

    DARIPADA AHMAD DASUKI SEKELUARGA

    TAKBIR….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s