PAKATAN RAKYAT JANGAN USIK PERKARA YANG SUDAH DITERIMA UMUM


Perkara yang terjadi kepada Datuk Ahmad Ismail Ketua Bahagian Umno Bukit Bendera Pulau Pinang patut dijadikan pengajaran oleh semua anggota Pakatan Rakyat. Sepatutnya perkara ini tidak perlu diungkit dan disebut. Segala apa yang sudah diputuskan sewaktu kita merdeka dahulu seperti kedudukan Agama Islam, kedudukan Raja-Raja Melayu, hak keistimewaan orang-orang Melayu jangan dirungkai. Kalau ini yang disentuh akan ada golongan yang akan bangkit untuk mempertahankan hak mereka.?

Jika isu perkauman yang dibangkit oleh mana-mana pihak kesemuanya mengundang kepada bahaya. Kita mengharapkan supaya perkara-perkara yang sudah diterima tidak diganggu. Pakatan rakyat yang ditubuh asas prinsip untuk mempertemukan berbagai ideologi dan matlamat untuk mewujudkan masyarakat yang bebas rasuah dan menentang undang-undang yang menzalimi rakyat dengan menghormati ideologi perjaungan masing-masing.

Atas asas ini kita boleh duduk semeja demi menumbangkan kerakusan BN. Oleh itu kita tidak mahu isu-isu rumah ibadah yang hendak dibina melebihi daripada peraturan yang sedia ada, soal bahasa kebangsaan di papan tanda yang sudah diterima sejak berkurun jangan kita patah kebelakang.

Bahasa kebangsaan yang dianggap sebagai bahasa rasmi di negara ini untuk memudahkan perhubungan antara kaum di negara ini dengan mengekalkan bahasa ibunda masing-masing. Begitu juga dengan tulisan jawi di papan tanda yang sudah diterima oleh masyarakat selama ini.

Kalau perkara ini dibangkitkan, kita bimbang ia akan menjadi modal Umno/BN untuk menuduh pakatan Rakyat merosakkan kontrak sosial yang sudah diterima oleh semua kaum. Usahlah kita membangkitkan isu yang remeh kerana yang untungnya ialah politik Umno/BN. Eloklah tumpu kepada agenda rakyat yang lebih besar untuk kelangsungan Pakatan rakyat.

Advertisements

3 comments on “PAKATAN RAKYAT JANGAN USIK PERKARA YANG SUDAH DITERIMA UMUM

  1. Ustaz,

    Bukan apa, ada orang kata USIK MENGUSIK BAWA BAHAGIA. Sebab itulah Dato’ Ahmad Ismail mengusik. Sebab itu jugalah Teresa Kok juga mengusik 🙂

    Salam,

    Nobisha

  2. Ini bukan masalah usik mengusik.Masalah sebenar ialah TUNTUTAN DAN BUKANNYA USIK MENGUSIK LAGI.Lihatlah tuntutan DAP yang mahu menjadikan hak sama rata,PKR atas desakan kaum lain yang mahu DEB di hapuskan.Kouta kemasukan ke IPT dan laungan azan.Ini bukan usikan lagi tetapi tuntutan.Bukan setakat itu sahaja,permohonan org Islam mahu murtad juga di sokong dan di biayai oleh mereka.Ini juga bukan usikan.Ini adalah TAMPARAN kepada kita .PAS jangan hanya tahu berdemo sahaja tetapi tindakan POLITIK PAS MEMEBERIKAN GOLONGANTERSEBUT KEKUATAN.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s