PELIK BNBBC (KELAB PENYOKONG KERAJAAN BARISAN NASIONAL) BELAJAR PERTANIAN DI TAIWAN


Berita kelakar apabila BNBBC hendak belajar cara pertanian di Taiwan. Program yang bermula 7-19hb Sep 2008. Sebenarnya mereka ke Taiwan,

1.Takut tarikh 16hb Sep 2008, mulut pemimpin BN kata tidak jadi tapi hati kata jadi peralihan kuasa kerajaan akan bertukar kepada Pakatan Rakyat.

2.Kalau hendak belajar pertanian bukankah lebih baik pergi pameran MAHA setiap tahun dibuat dekat Serdang. Duit pun jimat, rakyat di kawasan parlimen pun tidak tinggal lama. Pameran MAHA semua ada, hasil daripada petani tempatan yang berjaya. Tidak tahulah kita kot ini made in Malaysia, lekeh dan tidak ada kualiti.

3.Selama ini pernahkah ahli parlimen ini pegang cangkul menanam pisang, durian atau berkebun. Adakah selama ini mereka ini orang yang rajin berkebun. Setahu saya mereka ini bukan orang minat dengan pertanian, kerana lambat kaya. Mereka kebanyakan terlibat dengan perniagaan atau kontraktor atau makan persen untuk lobi dapat projek.

4.Pasal apa Umno/BN takut sangat dengan 16/9/2008 sedangkan mereka perlu 8 orang ahli parlimen sahaja untuk dapat 2/3/ di parlimen, sedangkan Pakatan Rakyat perlu 30 ahli parlimen. Nampak sangat Umno sudah hilang daya tahan dan down sindrom.

5. Mungkin juga mereka pakat pergi belajar pertanian kerana kalau mereka jadi pembangkang nanti boleh tanam pisang buat kerepek untuk dijual di pasar malam dan up town. Maklumlah waktu itu mereka tidak ada lagi persent hasil lobi projek. Diharap selepas ini mereka menjadi pak tani, jangan pak pandir.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s