KURSUS KETUA KAMPUNG DI KAWASAN PARLIMEN BUKIT GANTANG


Pada 20hb September bersamaan 20 Ramadhan 1429 Sabtu jam 9.30 pagi saya diminta untuk membentang kertas kerja kepada ketua kampung dari parti Pas di Markaz Tarbiah Bukit Cempedak Bukit Gantang Taiping. Tahniah atas daya usaha Pas Kawasan Bukit Gantang yang membuat program ini. Respon juga baik dari kalangan peserta.

26 daripada 36 ketua kampung dari telah hadir. 10 orang tidak hadir kerana uzur syari’. Kursus ini hanya melibatkan dari kalangan orang Pas sahaja, kerana ketua kampung dari kalangan Pakatan Rakyat sudah dibuat di perigkat negeri Perak. Cuma kurus ini dibuat untuk orang Pas supaya mereka lebih mendalam dan memahami intipati perjuangan dan kehendak parti kepada mereka.

Program ini kena dibuat secara berkala supaya dialog terbuka dengan pimpinan dan wakil rakyat dibuat. Suara mereka adalah suara hati rakyat di peringkat akar umbi. Saya juga kagum kerana sebulat suara bersetuju untuk memotong 5% (RM10) daripada RM200, duit elaun mereka kepada Pas kawasan Bukit Gantang. Sebagai tanda hubungan mereka dengan parti Pas. Inilah hebatnya orang Pas di peringkat bawahan. Walaupun tidak banyak mana mereka dapat, demi perjuangan mereka sanggup memberi apa yang ada pada mereka. Semoga Allah membalas kerja buat mereka.

Advertisements

2 comments on “KURSUS KETUA KAMPUNG DI KAWASAN PARLIMEN BUKIT GANTANG

  1. potong Rm 10 tu bunyinya bagus, tapi makanisme kutipan itu dibuat dan komitmen pemberian itu dilaksanakan, itu yang susah…
    takut nanti dilaksanakan ambil keputusan ramai , digagalkan berlalu begitu saja…
    Akhirnya niat nak buat amal jariah tapi jadi maksiat jariah…
    Rm 10 yang dijanjikan, tidak diberikan dan dimakan seisi keluarga…( maka nerakalah lebih awla bagi mereka) …
    pengalaman dah banyak dah !!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s