LAZAT BERIBADAT DALAM BULAN RAMADHAN KALAU ADA ILMU


Surau masjid dah banyak lapang, kereta pun senang hendak parking, ruang solat sudah selesa. Ia berbeza dengan awal Ramadhan dulu. Kalau Isya masuk pukul 8.30 malam, jam 8.15 malam sudah penuh manusia di ruang solat sehigga melimpah di luar bangunan. Ini adalah fenomena biasa dalam masyarkat Islam di negara kita. Yang direbutnya awal Ramadhan sahaja, manakala yang akhir hanya tinggal ahli tetap dan berpecen di surau dan di masjid. Kenapa keadaan ini berlaku? Pada anggapan saya, kerana mereka beribadat hanya kerana suka-suka dan anggap ini hanya pesta solat terawikh, kerana lihat jiran dan rakan di sebelah rumah pergi. Takut kawan di pejabat tanya di mana awak solat tarawikh.

Memanglah apabila buat ibadah bukan kerana faham tetapi kerana semangat dan ikut orang semata-mata maka ia cepat luntur. Pengalaman saya sewaktu kanak-kanak dahulu kerana tidak tahu nilai erti kelebihan Ramadhan yang dianggap pengghulu segala bulan. Maka kita hendak Tok Imam baca mesti laju, bangun solat dalam keadaan malas kerana terpaksa. Punca terjadi demikian kerana tidak ada ilmu, ibadah hanya dengan semangat sahaja atau ikut orang. Dengan sebab itu Islam amat menitik berat soai ilmu dalam semua hal. Islam menghendaki supaya membuat sesuatu biarlah faham bukan ikut secara membuta tuli sahaja. Dengan sebab itu dalam perjuangan pun kita hendak supaya masyarakat faham apa yang Pas hendak bawa di negara ini.

Apabila mereka faham, barulah mereka mduah untuk berubah dan kekal dalam perjuangan. Inilah juga sunnah nabi Muhammad SAW yang mengajar sahabat erti akidah dan Islam supaya mereka mantap dan faham, maka mereka akan pertahankan Iman dan perjuangan yang mereka yakin. Mereka tidak akan goyang walaupun apa-apa tsunami yang melanggar negara, kerana mereka faham apa sebab mereka bersama dengan Pas. Perjuangan Pas bukan kerana peribadi atau memuja mana-mana tokoh Pas, tetapi kerana prinsip. Sebab itu kita lihat boleh diakatakan semua cawangan pas seluruh Malaysia ada markaz untuk memberi kefahaman kepada ahli bahawa perjuangan ini perlu kepada ilmu supay tahan lama dalam perjuangan

Kini fahamlah kita kenapa ayat yang pertama diturunkan kepada nabi Muhammad SAW ialah “Iqra’ “ ini menunjukkan bahawa dengan membaca ia akan memberi kefahaman dan ilmu yang mendalam kepada kita mengenai apa kerja yang kita lakukan terutama dalam menunaikan ibadah kepada Allah. Kerana amal yang tidak bersendikan ilmu tidak diterima oleh Allah SWT.

Di dalam bulan Ramadhan kita boleh lihat lagi betapa peranan ilmu cukup penting untuk memberikan semangat kepada hambanya untuk mengerjakan apa yang terdapat dalam bulan Ramadhan. Kalau buat ibadat tanpa ada ilmu maka jadilah seperti budaya kebanyakan jamaah masjid di negara ini yang tidak memberikan nilai tambah langsung dalam bulan Ramadhan ini kerana menganggap bahawa Ramadhan seperti bulan September sahaja. Tidak ada apa-apa kelebihan pada mereka. Sebab itu banyak di kalangan mereka melalui Ramadhan begitu sahaja tidak ada apa-apa yang perlu dipertingkatkan amal ibadah dalam bulan yang mulia ini. Saya juga gerun apabila membaca satu hadis nabi SAW yang bermaksud

“Dari Ka’ab bin Ujrah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Hadirlah ke mimbar.” Kami pun hadir ke mimbar. Apabila baginda menaiki tangga pertama, baginda berkata: Amin.” Apabila menaiki tangga yang kedua, baginda berkata “Amin”. Apabila menaiki tangga yang ketiga, baginda berkata “Amin.” Apabila baginda turun daripada mimbar kami pun berkata”

Ya Rasulullah SAW kami telah dengar pada hari ini sesuatu yang belum pernah kami dengar sebelum ini.” Baginda bersabda: Apabila aku menaiki tangga pertama, Jibril pun muncul di hadapan aku dan berkata: celakalah orang yang berada di dalam bulan Ramadhan yang diberkati tanpa memperolehi keampunan. Maka aku pun berkata: ‘Amin”. Apabila aku menaiki tangga kedua, beliau berkata : celakalah dia yang apabila namamu disebutkan dia tidak membaca salawat terhadapmu”. Aku pun berkata Amin. Apabila aku melangkah tangga ketiga, beliau berkata : celakalah dia yang masa hidupnya keduaibu bapanya atau salah seorang daripada keduanya mencapai umur tua tetapi dia gagal berkhidmat terhadap mereka menyebabkan dirinya tidak dapat masuk syurga. Aku pun berkata “Amin”.

Bagi mereka yang berilmu sentiasa menunggu kedatangan ramadhan seperti yang diajar oleh nabi Muhammad SAW dalam doanya “Yang Allah berkatilah bulan Rejab dan Sya’ban dan sampailah aku dalam bulan Ramadhan”. Inilah kerinduan bagi orang yang berilmu kerana betapa rindunya dengan kehadiran Ramadhan. Sehingga berdoa sejak bulan Rejab lagi. Tetapi berlaku sebaliknya bagi mereka yang tidak berilmu. Tidak ada apa yang hendak dirindu, kerana ia hanya anggap biasa sahaja.

Dengan ilmu seorang itu akan menganggap bahawa Ramadhan ini adalah terakhir baginya. Maka ia akan berusaha sebaik mungkin supaya untuk merebut ganjaran dalam bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini. Ia tidak akan mensesiakan bulan ini terutama 10 terakhir yang dianggap lebih baik dariapda 1000 bulan. MasyaAllah. Perkara ini hanya boleh dinilai bagi mereka yang berilmu ketika beribadah. Sedangkan bagi mereka yang tidak berilmu masa inilah yang dianggap sudah penat kerana 20 hari puasa telah berlalu, untuk membilang hari raya sahaja, lebih-lebih lagi dicorong radio dan televesyen banyak di dendangkan dengan lagu selamat hari raya. Sudah hilang masa emas bagi orang mukmin kerana yang meriahnya ialah pesta membeli belah.

Orang yang berilmu apabila ia berpuasa akan ada dalam dirinya khauf dan raja’ (takut dan mengharap).. Takut kalau puasanya tidak diterima dan mengharapkan pula supaya puasa di qabulkan oleh Allah SWT.

Orang yang berilmu juga akan melakukan ibadah dan amalan-amalan dalam bulan Ramdahn seperti tarawikh terutamanya kerana tidak ada pada bulan lain. Mereka melakukan dengan tenang dan khusyuk. Mereka tidak bebal apabila imam baca dengan tertil kerana kelazatan dengan bacaan imam tarawikh. Mereka memahami ini adalah solat yang khusus dalam bulan Ramadhan sahaja. Mereka tidak perlu untuk gopoh dalam solat ini.

Kesimpulnnya memang wajar kebanyakan surau atau masjid yang mengadakan tazkirah di pertengahan tarawikh. Masa yang tidak terlalu panjang jangan lebih 30 minit. Sekurang-kurangnya memberi pengajaran kepada yang hadir terutama mereka yang hadir solat tarawikh sahaja dan tidka pernah datang majlis ilmu pada masa lain. Dengan harapan apabila 30 malam mereka mendengar tazkirah ini akan memberi semangat kepada ahli jamaah tersebut untuk terus komited hadir dalam bulan yang lain selain bulan Ramadhan. Banyak juga kita lihat tempat yang ada tazkirah mendapat ahli baru di surau atau masjid hasil daripada tazkirahg yang disampaikan sepanjang bulan Ramadhan.

Advertisements

One comment on “LAZAT BERIBADAT DALAM BULAN RAMADHAN KALAU ADA ILMU

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s