NAJIB GANTI PAK LAH: RAKYAT MALAYSIA JANGAN TERTIPU LAGI


Sudah rasmi Datuk Seri Abdullah berundur pada bulan Mac 2009. Beliau membuat kenyataan secara rasmi pada 8/10/2008 selepas bertemu dengan pimpinan tertinggi Barisan nasioanl. Tamatlah spekulasi mengenai tarikh peralihan kuasa. Sepatutnya peralihan kuasa yang telah dipersetujui oleh MKT Umno bermula pada tahun 2010 telah dipercepatkan dengan desakan daripada berbagai pihak terutama di kalangan Majlis Tertinggi Umno dan pimpinan tertinggi BN. Punca desakan ialah kerana keputusan PRU 12 , BN kalah teruk dan tidak dapat 2/3 di parlimen serta ekonomi semakin menguncup dengan kadar inflasi meningkat 8.5% sejak ogos 2008. Lebih ngeri lagi BN akan kehilangan kuasa pada PRU 13, justeru itu presiden sekarang mesti berundur.

Biasalah dalam Umno mereka bergaduh kerana harta dan takhta. Bukan kerana masalah rakyat yang dihimpit kesusahan dan kesempitan hidup. Apabila matlamat mereka adalah kuasa untuk kumpul khazanah negara bagi kepada anak beranak terganggu maka mereka bergaduh sesama sendiri. Inilah Umno, dah terang lagi bersuluh.

Ini bermakna Datuk Seri Najib Tun Razak adalah orang yang bakal ke Seri Perdana dan menjawat jawatan PM dan Presiden Umno pada Mac 2009.

Datuk Seri Najib ia akan membawa stail kepimpinan beliau seperti Tun Dr Mahathir, terutama dalam isu Islam. Tentu rakyat ingat beliau pernah mengatakan bahawa pelajar diserang dengan sindrom qiamullail dan mengatakan bahawa sekolah agama rakyat adalah sarang pengganas. Pemikiran inilah yang beliau istiqamah seperti Tun Dr Mahathir. Jadi Pas kena bersiap sedia untuk menyanggah arus ini.

Rakyat Malaysia jangan pula tertipu macam kita ditipu dalam pilihanraya 2004, sewaktu rakyat begitu marah dengan Dr Mahathir yang merosakkan seluruh sistem semasa beliau berkuasa 22 tahun sebagai Perdana Menteri. Sistem kehakiman, negara polis, dasar ekonomi yang merosakkan orang Islam, dasar bahasa kebangsaan dengan memperkanalkan metemathik dan sains dalam bahasa inggeris, persempadan semula yang merugikan orang Islam, menamatkan bantuan perkapita Sekolah Agama Rakyat yang dianggap sebagai sarang pembangkang dan banyak algi kalau hendak disebut. Sekarang ini apa yang beliau kritik semuanya hasil kesilapan beliau. Allah akan panjang umurnya untuk melihat akibat daripada dasar yang beliau lakukan selama ini.

Apabila Datuk Seri Abdullah mengambil alih kuasa pada Oktober 2003 maka rakyat anggap ini adalah satu perubahan akan berlaku kepada negara. Dengan imej sebagai orang yang lembut, anak ulama’ dan harapan baru untuk Malaysia ditambah dengan slogan Islam hadhari maka keputusan cemerlang di pihak BN pada PRU 2004. Sedangkan apa yang berlaku selepas itu beliau melanjutkan apa yang Dr Mahathir buat dan rakyat semakin menderita dan rakyat tunjukkan melalui penolakan BN melalui peti undi.

Kita mengharapkan rakyat jangan ada harapan baru pada Datuk Seri Najib pula, kerana dasar Umno sama sahaja, yang tukar pemandu, dasar tetap sama. Apa slogan retorik untuk membela bangsa atau agama itu hanya halwa manis sahaja, dengar boleh percaya jangan. Sudah cukup rakyat percaya pada Datuk Seri Abdullah dalam pilihanraya 2004 dahulu, maka jangan percaya pula dengan Datuk Seri Najib pula.

Perjuangan kita ialah menentang dasar bukan peribadi. Siapa yang mengemudi Umno maka kita tetap lawan kerana dasar tidak pernah berubah. Inilah jalan yang paling selamat dalam perjuangan, bukan berjuang kerana peribadi tetapi kerana dasar.

Selepas ini apa pula Datuk najib hendak reka slogan untuk tarik pengundi terutama orang melayu/Islam kepada Umno. Kalau Dr Mahathir ‘penerapan nilai-nilai Islam, 17 tahun kita ditipu sehingga Datuk Seri Anqwar lebam mata dan terpelanting daripada Umno. Slogan Datuk Seri Abdullah Badwi “Islam hadhari”, cuma tidak lama kita tertipu kerana isu pegang bahu wanita yang tersebar luas dalam internet. Datuk Najib slogan apa pula?. Apa sahaja slogan kita hadap dengan apa yang diajar oleh nabi kita Muhammad SAW

Advertisements

One comment on “NAJIB GANTI PAK LAH: RAKYAT MALAYSIA JANGAN TERTIPU LAGI

  1. najib ganti pak lah…anwar tak jadi tukar kerajaan…
    masanya lah sekarang kita kerja bersungguh-sungguh bina kekuatan sendiri , tak payah dok teori-teori dan fikir bukan-bukan lagi – tak begitu ustaz ???

    satu lagi ustaz – la ni orang kata, kat kerajaan negeri saya , sapa jaga bukit uhud dia akan jadi kaya !!! pasai apa agaknya ???

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s