KHAIRI DULU CALON PILIHAN SEKARANG SERPIHAN


Akhbar Utusan 15 Okt. 2008 melaporkan, calon Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menganggap dirinya kini hanya seorang calon underdog atau calon bukan pilihan untuk merebut jawatan tertinggi Pergerakan Pemuda UMNO.

Ahli Parlimen Rembau itu berkata, berdasarkan perkembangan pencalonan semasa, semua pihak pastinya tahu siapa yang menjadi calon pilihan masa kini.

Kesian saya pada menantu bakal bekas PM Malaysia yang dipaksa turun takhta sebelum masa. Pemimpin Umno buat kepada pak lah macam wali mujbir paksa anak kahwin. Ini fenomena biasa dalam Umno

Sekarang baru Khairi sedar siapa dirinya apabila kuasa tidak ada. Ahli Umno hanya hormat pada mereka yang boleh beri projek, dollar dan sen. Sekarang perwakilan sudah tahu kamu bakal kehilangan taring dan bakal menjadi singa tua yang tidak bergusi.

Perwakilan Umno dia pilih pemimpin bukan berdasarkan idealisme perjuangan yang boleh meneruskan agenda negara dan rakyat. Mereka menaikkan seorang pemimpin apabila boleh kenyangkan temolok dan perut masing-masing. Kebetulan kapal Khairi bakal karam maka bertempiaran pakat cari kapal lain.

Kapal yang pengikut Khairi lari untuk tumpang pun bakal tak tahan lama juga, bukankah mazhab Umno ini satu sahaja iaitu rebut benda. Mana tahan hendak pelihara pengikut dengan benda, bukit belacan pun kurus. Akan datang mereka akan marah pula pada individu yang sanggup lawan Khairi. Tentu kita ingat sewaktu Tun Dr Mahathir hentam Pak Lah semua pakat sinsing lengan untuk pertahan Pak Lah dan kutuk Tun Dr Mahathir, apa bahasa yang tidak mereka gelar kepada mantan Presiden Umno. Waktu itu Pak Lah berkuasa lagi dan gagah, sekarang sudah hilang pengaruh.

Datuk Mukhriz dapat pencalonan banyak dan menjadi pesaing kepada Khairi kerana, arus sekarang ialah orang benci pada Pak Lah kerana gagal capai keputusan cemerlang dalam PRU 12. Kebetulan pula Datuk Mukhriz orang yang langtang kritik Pak Lah lepas pilihanraya, suaranya senada dengan bapanya.

Dalam suasana sekarang siapa yang masuk kem Khairi inilah baru sahabat sejati, mereka yang lari itu pejuang kayu jati. Sekarang Khairi baru tahu siapa kawan dan siapa makan kawan. Di dalam suasana seperti begini orang yang boleh tenggelam timbul baru sahabat sejati.

Kita pun tidak nampak apa agenda Datuk Mukhriz hendak bawa dalam Pemuda Umno. Yang kita tengok ia lebih kepada emosi dan sentimen kemarahan pada Pak Lah, kerana bapa dia marah Pak Lah batal jambatan bengkok, tukar CEO Proton dan lain-lain isu peribadi yang melibatkan kepentingan dirinya. Kita tidak dengar agenda yang besar yang akan dibawa oleh Datuk Mukhriz. Dari segi pemikiran agama dan tindakan ia akan bersikap macam bapa beliau nanti.

Datuk Mukhriz patut kena ada wawasan untuk membetulkan sistem dan ekonomi yang rosak sejak bapa beliau memerintah 22 tahun. Sistem kehakiman, penggunaan dana awam, masalah sosial yang rosak teruk sekarang. Inilah yang beliau kena lakukan bukan agenda peribadi.

Saya yakin pemuda Pas dan pemuda Pakatan Rakyat tidak kira siapa yang memimpin pemuda Umno, adinda-adinda saya dalam pemuda akan terus mara untuk meruntuhkan parti Umno yang dianggap telah tidak relevan dalam perjuangan di negar inia. Khairi atau Mukhriz sama sahaja.

Advertisements

8 comments on “KHAIRI DULU CALON PILIHAN SEKARANG SERPIHAN

  1. Assalamualaikum

    1. Jangan angkuh dengan panggilan Ustaz, tak perlu perkataan Ustaz pada pangkal nama.. tanda2 awak tu bongkak dan angkuh

    2. Jangan rasa kira lebih islam dari orang lain

    3. Saya nak tengok anak awak nanti, kalu anak pun tak boleh jaga, jangan nak mengajar orang menjaga anak

  2. salam…xde ke gambo yg jeronih sket utk lay out tuh. Anak² usrah ramai yang ade kamer canggih manggih. mintak le tlg diorg amik kan…

  3. Salam,

    1. Panggilan ‘Ustaz’ tu bukan tanda Ustaz seorang yang angkuh kerana tidak menunjukkan pangkat pun dalam hierarki orang yang berdarjat. Sesuatu yang istimewa pada gelaran Ustaz kerana ia bukan DIANUGERAHKAN, tapi DIIKTIRAF oleh masyarakat sehingga melabelkan orang yang lebih pengetahuan dalam Islam sebegitu.

    p/s Ada ‘Ustaz’ yang merasa malu apabila dipanggil Ustaz kepada mereka…?? Ada yang dipanggil Ustaz, tapi apabila dianugerahkan Datuk, malu dengan panggilan itu….hmmm…

    2. ‘Ustaz’ adalah pengiktirafan daripada orang lain kepada orang yang dilihat lebih Islamnya daripada orang lain, bukan diiktiraf oleh diri sendiri. Kata orang lain adalah cerminan kepada diri sendiri.

    p/s Kadang-kadang apabila kita melihat air muka seseorang, kita sudah dapat merasa ketenangan yang tak dapat dirasai apabila kita melihat air muka orang lain. Kenapa ya…

    3. Sejarah telah menceritakan bahawa anak Nabi Nuh sendiri pun tak dapat diselamatkan oleh bapanya sendiri walaupun dia seorang Nabi, inikan pula kita manusia biasa. Cuma apa yang telah berlaku, macam tu la kita jaga anak kita supaya tidak berulang perkara yang sama. Ambil iktibar dan pengajajaran untuk disampaikan kepada generasi masa depan. Natijah akhirnya, masih ketentuan Ilahi.

    p/s Iman tak dapat diwarisi
    Dari seorang ayah yang bertaqwa
    Ia tak dapat dijual beli
    Ia tiada di tepian pantai
    Kubur pun lain-lain… Lu piki la sendiri…!!!

  4. Salam! Saya nak tegur Ustaz sikit dan semua pimpinan umumnya, kenapa sejak kebelakangan ini orang-orang PAS termasuk Ustaz terlebih cakap hal politik terutama politik umno. Agenda dan fokus sebagai sebuah Harakah Islam seperti hilang dibawa arus perdana yang melanda bersama issu2. Jangan kita jadi `mabuk` kerana melihat kera berayun pula!. Wassalam.

  5. salam. pada pandangan saya sahaja. ingin penjelasan lanjut sila bertanya pada cendikiawan islam. isalam adalah cara hidup. dalam kehidupan perlukan politik. bermakna selagi kita yang mengaku muslim hendaklah mengikut cara hidup islam termasuk politik. memisahkan agama dengan politik adalah idealogi kristian lampau. kaji semula zaman kegelapan eropah. pada hikmah saya zaman kegelapan politik islam sedang melanda. lihat saja asia barat, asia tenggara, afrika. mengapa islam ditindas. pendapat saya saja. selagi masjid tidak makmur seperti solat hari raya selagi itu islam sukar bersatu. kali semula sejarah perkembangan islam zaman nabi hingga hari ini. kita akan sedar di mana kesilapan kita sendiri.

  6. TALQIN KIAMAT
    ( IMAM MAHDI )

    ————————————————–

    ( SULIT DAN PERSENDIRIAN )

    Salinan kepada:

    Yang Di Pertuan Agong Malaysia ( Baginda Sultan Mizan )

    Pejabat Istana Negara ( u/p Ust. Abd Aziz, Ust. Abd Rahman)

    Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri (u/p Mufti)

    Pejabat Perdana Menteri Malaysia

    —————————————————

    JUMAAT 17 OKTOBER 2008

    Wahai insan Allah, anak kepada Dua Hamba Allah, cucu cicit Adam dan Hawa, kini kamu memasuki Ambang Kiamat, dimana Kiamat benar-benar berlaku, dengan satu petanda yang dahsyat, maka kamu semua akan mati.

    Wahai insan Allah kamu akan berhijrah ke Alam baru iaitu Alam Akhirat, kamu akan dihadapkan pada Sang Penguasa di hari pembalasan serta para Malaikatnya dan Rasul-Rasulmu turut serta. Apabila kamu disoal atau ditanya, jawablah dengan betul lagi benar, jangan sesekali Sifatnya sendiri yang menjawab persoalan, kelak kamu akan terseksa, kerana kamu masih berbohong di hadapan yang berkuasa. Janganlah kamu takut apabila berada disana, kerana Rasulmu turut ada. Mengakulah semata-mata benar, mengakulah semata-mata salah, andai yang salah kamu masih tidak akui, ketahuilah olehmu, maka Sifat Tuhan mu, yang nyata pada mu, yang akan membuat pengakuannya, maka binasalah dirimu kelak, Tangan akan bebicara, Mata akan berbicara, Telinga akan berbicara, Kaki akan berbicara, Kemaluan akan berbicara, Mulut akan akui, maka bertambah sengsaralah diri mu, berbohong di hadapan yang berkuasa, maka sayulah hati Rasul mu.

    Wahai mahkluk yang bernama Insan, wahai Insan yang bernama Hamba, wahai Hamba yang bernama Manusia, wahai Manusia yang diberi Nama, ingatlah dengan Rasulmu, setiap soalan dijawab satu-persatu semasa di Dunia, semasa Sendiri, semasa Sunyi, semasa Sepi, semasa Gembira, semasa Duka, semasa dengan Dia, semasa Denganya, semasa dengan Mereka, semasa dengan Semua, semasa dengan Kamu, semasa dengan Ku, berkata benarlah engkau wahai Manusia yang bernama, ini kerana segala kelakuan engkau didunia dikira, perhitungan yang sangat lama, kesalahan kecil di Ungkit semula, tiada amalan maka menjadi Hina, berhati-hati dan Tertib dengan Agama Syurga tempatnya.

    Wahai Manusia yang diberi nama, kamu akan melalui Ambang Kiamat yang Dashyat. Alam Ini, kini menanti arahan TuhanNya, kamu pula menjadi saksi yang nyata dan terus pulang ke tempat yang lapang. Tika itu kamu tiada apa-apa Keistimewaan seperti didunia, tidak berbaju tiada berpakaian, tiada Ilmu tiada Amalan, tiada Saudara tiada Kenalan, yang kau bawa adalah Dosa dan Pahala. Amalan mu didunia sudah dihitung, kelak menunggu untuk dibicara. Wahai Insan inilah akhirnya dunia dan kiamat pasti kau jumpa.

    Wahai manusia yang diberi Nama, sebelum pergi Peringatan telah diberi, sebelum datang Undangan sudah sampai. Sucikan hati mu, bersihkan jiwamu, kamu sekadar Nama, Jasad pula Sifat yang esa, kelak nanti kamu tak kenal diri mu, kelak nanti kamu tak kenal Rasulmu, kelak nanti kamu tak kenal Tuhan mu. Bersihkan hatimu apabila menghadap Tuhan yang satu, kerana Hati mu kelak engkau ke Neraka, kerana Hatimu kelak engkau mendapat Syurga, pilihlah yang mana satu, jangan kau pilih tempat yang Rasul dan Tuhan mu tidak Suka, kelak engkau binasa. Semoga engkau mendapat keredhaan yang Esa, semoga engkau mendapat Pengampunan yang berkuasa, semoga Rasulmu menyebelahi dirimu, jangan kau lupa Kalimahnya, ia Rasul yang benar lagi berterima kasih. Kasihanilah Jasad mu, kasihanilah dirimu sepertimana Tuhanmu mengasihi Rasulmu.

    Wahai manusia yang diberi nama, petanda yang datang Dahsyat sekali, yang hidup sampai di sana yang mati turut serta, inilah hari Kiamat yang diterangkan oleh kitab-kitab ikutanmu, inilah hari Kiamat yang dijanjikan oleh Tuhanmu. Ia memerintah semesta Alam, maka kiamat akan belaku dengan kehendak Kata-Katanya, sesunguhnya ia tidak mungkir pada janjinya, dengan satu Kata, maka kamu semua akan Mati, dengan satu Kata-Kata kamu akan dihidupkan kembali. Wahai Manusia yang diberi nama, semoga engkau tenang berhadapan dengan yang Esa, semoga engkau tidak kaku semasa disana, semoga engkau tahu siapa yang engkau jumpa, semoga engkau tahu hidupmu untuk siapa, semoga engkau tahu wahai Manusia, ini kerana engkau antara Jutaan Manusia yang akan dihitungkan dihari kebangkitan,tiada seorang pun yang terlepas dari pertanyaan melainkan dengan kehendaknya. Wahai Manusia yang bernama, hitungan kelak sangatlah lama, Rasulmu kelak tidak terdaya, ini kerana yang Esa lebih berkuasa, ingatlah pesan Rasulmu, ingatlah pesan Kitabmu, ingatlah pesan Agama mu, ingatlah pesan Imam mu, di situ kamu akan tahu.

    Wahai Manusia kamu akan tinggalkan segala-galanya, mereka pula bertindak yang sama, petanda kiamat dahsyat sekali, tinggalkanlah berjual beli apabila tiba setiap Jumaat, khuatir Jumaat yang datang mengundang kiamat, inilah kiamat yang dijanjikan Allah.

    Wahai Insan allah semoga engkau tenang melihat kedahsyatan Kiamat yang datang, sewaktu kau bersedia, sewaktu kau leka, sewaktu kau sibuk dengan dunia, sewaktu kau sibuk dengan keluarga, sewaktu kau berbalah pendapat, sewaktu kau menuding jari, sewaktu kau memfitnah, sewaktu kau berurus niaga, sewaktu kau bertanya-tanya, sewaktu kau menghitung harta dunia. Kiamat datang mengundang Alam, Alam yang menanti turut sedia, untuk dibawa bersama-sama, menuju ke alam akhirat.

    Wahai manusia yang diberi nama, sesungguhnya kamu semua adalah Sifat Allah yang Wujud, Ada, Nyata. Maka sucikanlah nama Tuhan mu yang menciptakan sekelian Alam lalu ia menyempurnakan menjadi kehidupan dan memberi petunjuk, lalu ia membinasakan iaitu Kiamat. Inilah Kiamat yang dijanjikan oleh Rasul-rasulmu dan Kitab-Kitab ikutan mu, sesungguhnya benarlah kata-kata Rasulmu dan Kitab-Katab dahulu, maka sucikanlah nama Tuhanmu dari Hasad Dengki, Khianat, Tamak, Haloba, Fitnah, sesungguhnya berjayalah Manusia yang diberi nama, membersihkan Hatinya, Jiwanya, Rasulnya, TuhanNya, Malaikatnya, dan ikutanNya, sesungguhnya kamu kini di ambang Kiamat yang Dahsyat, tiada siapa yang dapat menolong mu, selain Allah dan Malaikat-Malaikat adalah pesuruhnya. Maka kamu semua akan lalui hari Kiamat yang dijanjikan Allah.

    Aku Bersumpah Demi Hari Kiamat
    Demi Al Quran yang penuh Rahsia
    Demi Manusia,Demi Makhluk,Demi Insan
    Demi Hamba,Demi Rasul,Demi Malaikat,
    Demi Tahun,Demi Bulan,Demi Hari,
    Demi Waktu,Demi Masa,Demi Saat,
    Demi Detik.dan Demi Hari Jumaat..

    IMAM MAHDI
    http://WWW.LAYARBAHTERA.COM
    Layarbahtera@yahoo.com.my

  7. salam. dunia politik sekarang semakin ‘giler’. siapa yang paling berwang mampu jadi pemimpin. lihat saja ‘pemilihan’ yang sedang berlangsung. jika ini yang rakyat pilih jangan salahkan sesiapa. salahkan diri sendiri kerana tidak adil kepada diri sendiri, agama, bangsa dan negara. mereka yang ‘giler ‘ mempertahankan kuasa memang menggunakan segala cara untuknya. tetapi kita yang waras akan fikiran, bermaruah, beretika, beragama sepatutnya tidak terpengaruh dengan sogokkan yang bermacam-macam rupa. belajarlah dan kajilah sejarah lampau yang memusnahkan pelbagai tamadun. lihatlah bagaimana ia musnah. kita tidak perlu menyalahkan pihak pemerintah yang memerintah tetapi salahkan diri sendiri yang memilih pemimpin yang tidak sepatutnya. jadikan quran dan sunnah panduan hidup. jangan tersalah pilih dan arah tujuan. ingatlah kita hidup bukan sekali dan ingat juga generasi kita yang jadi pewaris agama Islam. jangan pula kita dipersalahkan kerana kita sendiri tersalah pilih. solat hajat dan istiharah mampu memberi petunjuk oleh Allah. insyaAllah.

  8. assalamualaikum ustaz

    sewaktu bersekolah dahulu saya pernah diajar mengenai frasa fitnah,yang diajar ustazah dan guru saya ialah menyebarkan berita yang tidak benar

    walaubagaimanapun sejak akhir ini saya agak keliru dengan pengertian ayat FITNAH.Apakah yang dimaksudkan FITNAH.

    Adakah berita yang tidak tahu akan kebenarannya di kira fitnah,bagaimana pula dengan berita yang disebut sebut oleh ramai orang.Contohnya kes najib dan antatuya.rasuah melibatkan pemimpin

    Tujuan saya bertanya bukan untuk merendahkan martabat seseorang tetapi menambah kan ilmu dalam menjelaskan perkataan FITNAH

    Adalah lebih baik saya bertanya dengan Ustaz daripada bertanya dengan mereka yang bukan dalam bidangnya

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s