SAYA DOAKAN AZHAN ATAN JADI QUDWAH ARTIS DI MALAYSIA


Pada 23/10/2008 Khamis malam Jumaat saya dijemput di dalam satu majlis sambutan hari raya Pas Kawasan Segamat di Kampung Pulai dekat rumah Saudara Firdaus Masud ketua pemuda kawasan Segamat. Seorang peguam muda lulusan UIA.

Saya berkesempatan bertemu dengan juara Akademi Nasyid 2008 saudara Azhan Atan di dalam majlis tersebut. Saya merasa sayu apabila lagu yang dialunkan pada malam itu, oleh anak muda yang dianugerahkan Allah suara yang baik walaupun cacat sedikit penglihatannya. Saya bukan orang seni, tetapi saya menghormati orang seni kerana Allah anugerahkan kepadanya kelebihan yang tidak ada pada saya. Beliau juga mampu bertazkirah dengan baik dan menyebut beberapa ayat al-Quran dengan baik sebagai selingan. Alhamdulillah ini hasil daripada tarbiah Pas kepada ahlinya.

Saya juga terasa hiba, walaupun beliau sudah bergelar artis seleberiti yang terkenal di seluruh negara, namun beliau masih tidak lupa kepada Unit AMAL dalam ucapan selingan beliau ketika beliau mendendangkan lagu. CD koleksi lagu-lagu beliau dijual dikhaskan untuk tabung Unit AMAL Johor. Alhamdulillah beliau masih tidak lupa daratan kerana beliau adalah salah seorang penggerak unit amal di Johor

Beliau juga menceritakan kepada saya, ia tetap menjadikan ulama’ untuk membimbing beliau supaya tidak tergelincir. Kita lihat media perdana tidak banyak memberi liputan berkenaan dengan Azhan kerana beliau masih berpegang kepada prinsip Amar Ma’ruf Nahyu anil Munkar.

Semoga Azhan diberikan oleh Allah istiqamah dan teruskan berdakwah melalui medium seni. Beliau boleh menunjukkan suri teladan yang baik kepada artis-artis yang lain di negara ini, bahawa kita ada acuan yang tersendiri. Imej artis mesti dipulihkan supaya anugerah yang Allah berikan kepada mereka kena diletakkan ditempat yang betul dan tepat, bukan menurut hawa nafsu.

Beliau boleh membuktikan bahawa Islam bukan menentang hiburan dan keseniaan tetapi ia mesti mengikut acuan yang diizinkan oleh Allah SWT. Antara syarat-syarat yang mengharuskan menyanyi atau berhibur

  • Seni kata yang bernilai murni.
  • Pakaian penyayi yang tidak mendedahkan aurat
  • Tidak bercampur lelaki dan perempuan yang boleh merangsangkan syahwat.
  • Persembahan yang tidak menimbulkan fitnah
  • Gaya persembahan yang tidak keterlaluan
  • Tidak disertakan dengan perbuatan yang bercanggah dengan syara’.

Semoga Azhan berjaya dengan kerjayanya dalam membuat penerokaan baru bagi membantu kemenangan perjuangan Islam di negara ini InsyaAllah.

Advertisements

4 comments on “SAYA DOAKAN AZHAN ATAN JADI QUDWAH ARTIS DI MALAYSIA

  1. assalamualikum ust…maaf lari tajuk ..saya mohon ust supaya dapat kiranya ust lihat hal-hal di bukit gantang,,,semakin hari semakin berserabut,,pengurusan kawasan,DUN2 khasnya Dun Trong dikawal selia oleh tangan2 yang berniat jahat walau pun mereka2 adalah ahli yang kukuh,mereka memandu gerak kerja kearah keuntungan diri bukan lagi untuk jemaah..tiada lagi cara-cara islam diguna pakai..kalau dibiarkan ,mungkin akan musnah Pas di kawasan Bkt gantang..nampak gaya tiada lagi tunjuk ajar dari negeri dibiarkan tanpa nakohda..dun trong lebih mirip kearah menjadikan dun ke Kawasan Trong…arahan atau nasihat dari kawasan tidak diguna pakai..trong hanya terima arahan khas dari ketua pemuda/t ketua pemuda negeri..sedangkan ketua mtd trong diabaikan…YDP diperlekekan..itu dalam kekalahan dun trong..andai kata dun trong menang tempoh hari..hanya allah yang mengetahui…..perilaku mereka. ..masih banyak lagi akan saya sambung dilain masa…ana bukan ada talian internet…ini pun singgah di tpg…

  2. insyaAllah..
    sama2 kita doakan bersm..
    xramai yg kekal dgn prinsip islam yg tlh d amalkn slame ini apbila mereka msk ke kancah hiburan..
    semoga saudara Azhan Atan terus tegar ber amal makruf nahi munkar..~hidup mulia mati syahid!

    insyaAllah~

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s