TAMAT SEGERA SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS


Sekarang Kementerian Pelajar pening kepala menanggani pengajaran Metematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris. Akhbar Utusan Malaysia 17/12/2008 melaporkan ada tujuh opsyen hasil daripada persidangan meja bulat. Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan persidangan meja bulat PPSMI di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong memberitahu, semua opsyen tersebut adalah hasil lima siri persidangan meja bulat PPSMI yang disertai oleh wakil parti politik, tokoh akademik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Katanya, opsyen itu ialah meneruskan PPSMI seperti sedia ada, menggunakan bahasa Melayu atau bahasa ibunda di peringkat sekolah rendah tetapi meneruskan PPSMI di sekolah menengah selain memulakan PPSMI dari tahun empat hingga sekolah menengah.

”Opsyen lain ialah menggunakan bahasa Melayu atau bahasa ibunda di sekolah rendah dan digunakan sepenuhnya di sekolah menengah selain penggunaan bahasa pengantar untuk Sains dan Matematik ditentukan oleh sekolah.

”Opsyen turut menyentuh penggunaan bahasa Melayu atau bahasa ibunda di tahun satu hingga tiga, penggunaan dwibahasa pada tahun empat hingga enam dan penggunaan bahasa Inggeris sepenuhnya di sekolah menengah dan memansuhkan mata pelajaran Sains di peringkat tahun satu hingga tiga tetapi mengajar ilmu Sains dalam mata pelajaran lain.,” katanya.

Fenomen ini berlaku akibat dasar yang gopoh di era Tun Dr Mahathir yang keras kepala tidak mahu terima pandangan cerdik pandai ketika melaksanakan dasar ini.

Tokoh yang lantang menentang pelaksanaan projek ini seperti Prof Shahrir Mohd Zin (pakar Methematik) UKM, Prof Dr Abdullah Hassan (UPSI), Prof Dr Awang Sarian (UPM) Prof. Datuk Dr. Zainal Kling (UM) dan lain-lain lagi. Suara mereka macam curah dalam dauh keladi sahaja pada waktu itu. Malah dituduh mereka anti kemajuan.

Pelik bin ajaib yang sokong projek ini ialah Ketua Umno cawangan Jengka 1 Abdullah Ani dan Mohd Shahaimi Othman Pengerusi Persatuan Ketua-Ketua Kampung . Nampaknya mereka lebih hebat dariapda cerdik pandai yang membantah projek ini. Inilah adalah sebahagian besar yang mewakili mentaliti Umno.

Pas daripada awal lagi kita menentang sehingga kita saman kerajaan Malaysia kerana melaksanakan dasar ini. ini bukan bererti Pas menentang Bahasa Inggeris. Kita iktiraf ia sebagai bahasa ilmu dan kena perkasakan cara belajar Bahasa Inggeris mengikut kaedah pembelajaran bahasa. Kerajaan kena muhasabah kenapa pelajar belajar bahasa Inggeris selama 11 tahun daripada darjah satu sampai tingkatan 5 masih lemah penguasaan bahasa Inggeris. Ini yang perlu diperbaiki, bukan tikus membaiki labu.

Tidak ada mana-mana kaedah untuk pandai bahasa kena belajar melalui mata pelajaran lain. Mana ada orang belajar bahasa Mandarin, Jepun, Korea melalui metematik dan Sains, malainkan cara Tun Dr Mahathir & Co sahaja.

Sebenarnya Metematik dan Sains dalam bahasa Inggeris adalah projek berniaga untuk talian hayat kroni. Cuba siasat siapa yang dapat tender computer note book, LCD, cetak buku. Bukan kerana pelajar lemah bahasa Inggeris tetapi kerana poket sudah tiris. Wang rakyat sudah dibelasah sebanyak 2.1B sejak pelaksanaan projek ini bermula pada 2003.

Setiap kali keputusan peperiksaan UPSR, PMR, SPM Menteri akan umumkan keputusan Metematik dan Sains meningkat, menandakan projek ini berjaya. Bukan sahaja murid terkejut, malahan guru juga terkejut. Kalau hendak tahu keputusan sebenar kena rujuk kepada cikgu di sekolah melalui keputusan percubaan yang diadakan di sekolah. Kerana markah lulus tidak dieksploit untuk menaikkan graf kelulusan.

Perlu dingat pelajar bukan bahan kajian, masa depan pelajar jangan dizalimi kerana dasar ini.Pelajar bukan ayam daging, kalau kena penyakit boleh dibuang. Pelajar adalah pelapis untuk masa depan negara. Nasib yang menimpa mereka jangan berlarutan sehingga menjahanamkan masa depan generasi akan datang terutama pelajar yang berada di luar bandar.

Kementerian pelajaran dengarlah nasihat dan rujuklah orang yang arif dalam bidang pendidikan. Janganlah malu untuk mengaku kesilapan. “Kembali kepada kebenaran lebih baik daripada kekal dalam kesilapan”. Jangan pedulikan Tun Dr Mahathir, kita mesti memikirkan masa depan generasi akan datang. Kalau dahulu selemah mana sekalipun pelajar boleh juga mengira, sekarang mengira pun tidak tahu kerana mereka dizalimi dengan sistem yang telah dipaksakan kepada mereka.

Advertisements

3 comments on “TAMAT SEGERA SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS

  1. assalamu alaikum ustaz..

    saya minta jasa baik ustaz untuk membaca satu tulisan yg saya kira melampau dan menghina MB kelantan, di tulis oleh pangikut Hizbut Tahrir..saya harap kiranya ustaz dapat memberikan respon sama ada di dlam blog ustaz sendiri atau emailkan pada saya..

    ini alamatnya tulisan tersebut..

    http://pondokdungunterengganu.blogspot.com/2008/12/dakwah-cara-tok-guru-demokrasi-sesat.html

    ini email saya;
    anakbapak_8385@yahoo.com.my

    syukran jazakallahu khairan katheera..

    wassalam.

  2. saya cadangkan kepada “anak bapak” supaya jangan buka/baca dan layan blog pondokdungun tu…dia mungkin ada masalah hati @ dalaman…mudah-mudahan dia diberi petunjuk oleh allah…sama-sama lah kita doa…amin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s