SEKRETARIAT KHAS DIALOG ULAMA’ DAN UMARA’ PERMULAAN NAJIB UNTUK BINA IMEJ ISLAM


Utusan Malaysia, 22 Dis 2008. – Sebuah sekretariat khas akan ditubuhkan untuk mengendalikan dialog antara ulama dan umara bagi memastikan perbincangan di antara kedua-duanya berlaku secara lebih mapan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Perdana Menteri berkata, dialog yang akan dilakukan secara berkala itu penting untuk membolehkan pandangan kedua-dua pihak terhadap sesuatu perkara dapat dibincangkan mengikut keperluan semasa.

”Untuk itu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah dipertanggungjawabkan untuk menguruskan penubuhan sekretariat ini yang boleh menguruskan segala perkara yang berkaitan dengan dialog antara ulama dan umara.

”Kita nak hubungan antara ulama dan pemimpin itu kukuh dan berada di atas landasan yang baik dan mesra supaya kerjasama itu boleh menunjangi perubahan yang lebih besar kepada umat Islam dan negara,” katanya.

Inilah permulaan Datuk Seri Najib untuk mengambil button daripada Datuk Seri Abdullah pada bulan Mac 2009. Sudah menjadi biasa kepada mana-mana pemimpim Umno di negara ini mereka perlu menjadikan Islam sebagi alat untuk menarik perhatian orang-orang melayu Islam di negara ini. Isu Islam tidak boleh diketepikan dalam politik Malaysia kerana ia sinonim dengan Islam sebagai agama majoriti penganut di negara ini.

Doktor Mahathir pernah menyebut di dalam buku Malay Dilema kerajaan buat projek Islam hanya untuk meraih undi sokongan orang melayu dan Islam kepada Umno dalam pilihanraya. Tidak hairan kepada kita semua di kalangan pemimpin Umno cuba membina imej mereka sebagai pejuang Islam. Kalau di zaman Tun Hussin Onn dengan program bulan dakwah, Tun Dr Mahathir dengan Penerapan Nilai-Nilai Islam, zaman Dato’ Seri Abdullah Badwi Islam Hadhari, maka Dato’ Seri Najib Dailog Ulama’ dan Umara’.

Dan saya yakin dialog ini supaya rakyat ditipu lagi dengan program Islam. Maklumlah Menteri yang jaga urusan agama ini pun bijak juga berlakon dan merupakan orang kuat Najib. Maka tidak hairanlah kepada kita ia akan memprogramkan Najib sebagai tokoh yang boleh menarik orang Islam menyokong Dato’ Seri Najib waktu beliau memimpin nanti. Al maklumlah semua makhluk di bumi kenal siapa peribadi Dato’ Seri Najib, maka imej perlu digilap supaya Nampak sebagai wira agama yang wara’.

Kalau lihat dari segi maksud kenapa Dailog ini diwujudkan memang sedap didengar. Iaitu untuk menjadikan pandagan ulama’ sebagai garis panduan kerajaan. Tetapi realiti apa yang berlaku selama ini ialah menunjukkan bahawa Umno dan kerjaaan tidak mendengar ulama’ dalam tindakan mereka.

  1. Apabila Majlis mufti mengatakan sure heboh haram Umno tidak ikut
  2. Apabila majlis mufti mengatakan kongsi raya haram Umno tidak ikut.
  3. Apabila Majlis mufti kata bertafakkur di depan tugu, Pak lah sendiri tidak ikut.
  4. Apabila mufti membantah penggunaan kondom, methadon untuk mengelak penyakit aids Umno tidak ikut.
  5. Garis panduan hiburan yang dibuat oleh JAKIM Umno tidak ikut.
  6. Orang agama dalam Umno yang sepatutnya menjadi Menteri tidak diberi tempat. Mana pergi Datuk Dr Abdullah Mohd Zin kelulusan MA Madinah, Phd Universiti di United Kingdom. Mana ustaz Hamid Zainal Abidin. Mana dia Dr Yusuf Nor kelulusan Phd tasawuf Mesir, hanya dberi amanah untuk jaga pokok kelapa sawit sahaja.
  7. Tidak ada seorang pun perwakilan Umno yang memilih untuk kerusi majlis tertinggi orang kelulusan agama.
  8. Kenapa Umno tidak meletakkan Mufti seperti penasihat undang-undang yang akan menasihati kerajaan kalau ada enekmen yang bertentangan dengan Islam. Kalau nasihat Penasihat Undang kerajaan wajib ikut supaya ia ikut lunas undang-undang, kenapa mufti tidak boleh nasihat kerajaan dalam bidang agama yang wajib diikut.
  9. Kalau Sekretariat ulama’ dan umara’ hanya untuk bincang, kemudian tidak didengar dan makan kambing bakar sahaja, lebih baik buat secretariat talqin dan tahlil sahaja. Kerana buat habis duit rakyat sahaja.
Advertisements

3 comments on “SEKRETARIAT KHAS DIALOG ULAMA’ DAN UMARA’ PERMULAAN NAJIB UNTUK BINA IMEJ ISLAM

  1. Ini teks untuk Anwar baca kalau dah susah sangat nak bagi jawapan yang jelas. Sokongan makin lari bila Anwar tak jelaskan isu hudud dengan segera.

    Jawapan:

    1. Masyarakat bukan Islam tak perlu bimbang langsung kerana undang-undang Islam tidak akan dipaksakan ke atas mereka. Islam agama adil yang menghormati hak penganut agama-agama lain.

    2. Kepada masyarakat Islam, undang-undang Islam wajib dilaksana tetapi secara berhikmah, bukan secara tergesa-tergesa. Saya tegaskan bahawa semua undang-undang Islam memang wajib ke atas umat Islam tetapi saya bagi jaminan tidak akan dilaksanakan secara tergesa-tergesa.

    3. Kita kena faham bahawa sudah lama imej Islam diburukkan oleh pemahaman salah umat Islam berhubung kenyataan salah kepimpinan UMNO sebelum ini. Contohnya, ada pemimpin UMNO yang memfitnah bahawa menurut undang-undang Islam, 4 saksi diperlukan dalam kes rogol! Ini tidak benar. Kenyataan salah seperti ini yang membuatkan Islam kelihatan buruk.

    4. Berhubung pelaksanaan undang-undang Islam, saya akan mulakan dengan kaedah pendidikan di sekolah di mana dalam matapelajaran agama Islam, pelajar akan diberi penerangan tentang undang-undang Islam yang sebenar. Salahfaham mesti diperbetulkan. Contohnya, bukan semua kes mencuri dihukum dengan potong tangan. Nabi Muhammad menjelaskan bahawa hukuman hudud tidak perlu dilaksanakan dalam kes kes yang ada keraguan. Orang yang mencuri kerana miskin contohnya. Islam tidak fanatik hendak memotong tangan orang. Islam mengiktiraf kaedah takzir (iaitu hukuman yang bukan hudud ) dalam kebanayakan kes..

    5. Berhubung isu besar seperti ini, saya tidak setuju bahawa ia perlu diputuskan secara individu oleh mana-mana pemimpin. Seperti isu bahasa untuk Sains dan Matematik. Keputusan yang dibuat secara tiba-tiba tanpa konsultasi dan perbincangan, dan pelaksanaan secara tergesa-tergesa akan menimbulakan banyak masalah, seperti dalam isu Sains MAtematik sebelum ini..

    Saya akan panggil semua pihak, alim ulamak dari seluruh negara tanpa mengira fahaman politik untuk membincangkan solution bagi masalah ini. Pakar undang-undang dan wakil dari Majlis Peguam dan pertubuhan hak asasi manusia akan turut dipanggil untuk memberikan pandangan dalam proses mendraf undang2 yang selaras dengan syariah Islam.

    5. Selepas beberapa tahun, survey akan dibuat untuk melihat penerimaan umat Islam terhadap isu ini. Sekiranya terdapat banyak tentangan, mungkin undang2 Islam boleh dibuat secara berperingkat. Sebagai contoh, untuk ahli-ahli PAS dan orang Islam yang ingin kepada undang2 Islam, mereka boleh menandatangani borang menyatakan mereka ingin undang2 Islam dilaksanakan ke atas mereka. Justeru, tidak timbul masalah undang2 Islam dipaksakan ke atas sesiapa.

    Saya yakin kebaikan undang-undang Islam akan terserlah apabila ia mula dilaksanakan dan tidak timbul langsung sebarang paksaan.

    Sebagai manusia, saya mungkin tersilap dan sedia menerima teguran.

  2. alamak, dari berpuluh-puluh penggal dah kasi chance dekat UMNO. cuma Allah pun kasi chance diorg nak bertaubat, tak juga2 buat hudud dgn qisas.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s