Pengundi Kuala Trengganu Jangan Hilang Jati Diri


Tarikh 17 hb Jan 2009, sebagai satu tarikh keramat untuk pengundi di Parlimen Kuala Trengganu untuk memilih wakil mereka ke Parlimen. Walau pun siapa menang tidak mengubah struktur kerajaan di Kuala Lumpur dan di negeri Trengganu. Tetapi bagi semua pemerhati politik di negara ini, pilihanraya ini adalah pertarungan maruah antara keadilan dan kezaliman, amanah dan pengkhianat. Pilihanraya ini amat penting untuk menentukan hala tuju politik di negara ini pada masa akan datang.

Umno akan berjuang habis-habisan bagi mempertahankan kerusi ini. Banyak projek yang dijanji sehingga menurut Dato’ Seri Najib selaku Timbalan Perdana Menteri “akan menjaga kebajikan rakyat sampai ke liang lahad”. UM 12/1/2009. Nasib baik dia tidak kata akan menjaga kebajikan rakyat sampai tolong jawab soal munkar dan nakir dalam kubur. Saya risau juga apabila sebut hendak tolong rakyat sampai liang lahad, takut dia tolong kejutkan pengundi dalam kubur supaya dapat balik mengundi pada 17hb Jan 2009.

Inilah janji retorik Umno dalam setiap kali pilihanraya . Sewaktu pilihanraya semua lorong dilalui, setiap jalan diturap walaupun jalan itu sudah elok. Pemimpin menghinakan diri dengan meredah lecah dan becak untuk menunjukkan prihatin terhadap masalah rakyat. Apa yang berlaku hanya lakonan yang boleh dibuat. Sekarang mereka berjanji untuk bela rakyat selepas menang mereka tindas rakyat.

Contohnya apa yang berlaku di Kampung Plentong Tengah Johor Baharu hampir 290 buah rumah yang ditolak dan dihalau, walaupun mereka sudah tinggal disitu hampir 30 tahun. Mereka dihalau diburu macam penduduk Ghaza Pelestin oleh Israel. Kawasan yang diwakili oleh Dato’ Seri Khalid Nordin yang merupakan ahli Parlimen Pasir Gudang tidak memperdulikan. Sedangkan mereka ini adalah pengundi tegar dan 100% penyokong totok Umno. Inilah balasan Umno. Kampong Plentong sudah menjadi Kg Umno Kelentong. Sewaktu Kampung ini diranapkan tidak ada siapa pemimpin Umno yang datang untuk menolong. Yang menjadi pendinding dan perunding ialah pemimpin daripada Pas, PKR dan DAP. Pemimpin Umno hanya datang 5 tahun sekali untuk hendak menagih undi.

Selama ini apakah Umno buat untuk rakyat Terengganu? Mereka Bukan menjaga amanah rakyat tetapi menjaga kepentingan perut mereka dan kroni mereka. Kegagalan terserlah selepas Umno menang besar dalam pilihanraya 2004 telah gagal membawa rakyat kearah terbilang dan cemerlang, sebaliknya menzahirkan sikap temberang. Kegagalan mengurus ekonomi seperti penganguran dan kemiskinan di Terengganu yang masih kekal nombor dua termiskin di negara ini selepas Sabah. Sedangkan sewaktu Pas memerintah daripada tahun 1999-2004, Pas telah berjaya menurunkan kadar kemiskinan daripada nombor 2 kepada nombor 4.

Tetapi setelah Umno memerintah taraf kemiskinan jatuh kembali kepada no 2. Kenapa jadi begini?. Ini menunjukkan memang Umno suka rakyat miskin dengan ini mereka akan ugut dan umpan dengan mata kail besar untuk ugut orang miskin. Selalunya rakyat yang miskin dan bodoh adalah makanan kepada Umno dan pemimpinnya. Sebab itu kita lihat sewaktu Pas kalah dalam PRU 2004, 4 kerusi yang dimenangi oleh Pas seperti Tuan Guru Presiden, di Rhu Rendang, Ustaz Harun Taib di Manir, Dato’ Wan Mutalib di Batu Buruk dan Haji Wahid Endut di Wakaf Mempelam. Kesemua kawasan ini adalah kawasan pengundinya taraf hidup agak selesa dan cerdik maklumat. Berbanding di kawasan pendalaman yang taraf hidup rakyat yang terhimpit. Mereka inilah yang menjadi halwa manis Umno untuk berkuasa dan menang.

Sebelum membuang undi eloklah fikir dan renung mengenai jenayah pemimpin Umno kepada rakyat Terengganu.

1.Kemana wang royalti minyak yang diberi oleh Petronas kepada kerajaan Trengganu sebanyak RM 7.364 billion (UM 15/5/2008). Kemana wang ini dibelanjakan?

2.Kenapa Terengganu menjadi negeri kedua miskin setelah Umno memerintah. Sedangkan sewaktu Pas memerintah tahap kemiskinan turun nombor empat. Kenapa sewaktu PR kecil baru ada program cakna rakyat untuk menunjukkan prihatin kepada rakyat

3. Kenapa masih ada rumah yang dhaif di belakang hotel Grand Continental Kuala Trengganu dan di persisiran pantai bandar Kuala Terengganu. Rumah ini ialah rumah setinggan dan menjadi penyokong tegar Umno. Kenapa Umno bersikap zalim. Mana wang yang Allah anugerahkan. Pemimpin Umno kaya rakyat miskin. Kalau kita tidak tahu negeri ini negeri Kuwait Malaysia, maka kita anggap ini ialah negeri Papua.

4.Mana janji Umno hendak memberi 50 ribu peluang pekerjaaan kepada rakyat Trengganu selepas 5 tahun memerintah pada tahun 2004. Apa yang berlaku peluang pekerjaan jadi tukang sapu sampah di Pulau Wan Man sahaja. Apakah ini yang dikatakan peluang pkerjaan.

5.Mengapa masjid di Trengganu sudah menjadi kubur sebelum masuk dalam liang lahad. Masjid yang tidak ceria kerana tidak ada program kerohanian dan ilmu. Ini berbeza di zaman Pas memerintah dahulu.

6.Kenapa gejala sosial meningkat di Terengganu, jawabnya memang pemimpin Umno yang memerintah menggalakkan supaya belia rosak dengan ini rakyat lupa kemiskinan yang dihadapi oleh mereka. Inilah tektik yang digunakan oleh mana-mana diktator dunia supaya rakyat leka dengan hiburan. Mereka mahu rakyat rosak, maka mereka tidak akan memperdulikan apa yang berlaku dalam negeri mereka.

7. Kenapa harga minyak turun, harga barang tetap naik. Jawabnya inilah kebodohan pemimpin Umno mereka gopoh menaikkan harga minyak, akhirnya barang terpaksa dinaikkan. Harga barang pula kalau sudah dinaik ia tidak turun lagi macam umur manusia juga.

8.Memangkah pada kali ini niat untuk buat perubahan dalam PRU 13, semoga Islam dipelihara dan kebajikan rakyat terbela.

9.Pakatan Rakyat berjanji kalau ia mentadbir dalam PRU 13 akan datang di negeri Terengganu kita akan laksanakan seperti mana kebajikan yang diperolehi oleh negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.

10.Bayangkan kalau Pakatan Rakyat memerintah Terengganu dalam PRU 13, insyaAllah rakyat akan menikmati kemakmuran negeri seperti yang diperolehi oleh rakyat negeri PR seperti air percuma sebanyak 20 meter padu di Selangor, cukai tanah diturunkan seperti di Kedah, bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat seperti di Perak, tanah dianugerahkan kepada mereka yang layak, skim takaful kifalah untuk warga emas dan banyak lagi.

11.Tidak gembirakah pengundi di Kuala Terengganu walaupun Pas memerintah dengan singkat tetapi banyak kelainan daripada Umno yang sudah lama memerintah. Pemerintahan Pas telah memberi tanah lot untuk tapak rumah sebanyak 65156 tanpa mengira bangsa, agama dan parti politik. Tetapi apabila Umno berkuasa ia merampas balik tanah yang diberi oleh kerajaan Pas, supaya rakyat tidak melihat jasa Pas.

12. Rakyat Kuala Terengganu kena tanya banyak janji di Permatang Pauh sudah tunai atau belum. Pemimpin Umno jangan duduk “Lebong (tipu) lebih”. Sahlah apabila Umno berjanji 10, maka 13 jangan percaya.

Islam mengajar rakyat wajib mempunyai harga diri dan kaya jiwa dan semangat seperti Sabda Rasulullah SAW “Bukanlah kaya itu kaya harta, tetapi yang kaya sebenar ialah kaya jiwa”. Saidina Umar al-Khattab pernah menyebut bahawa zaman perhambaan sudah berlalu. Justeru itu pengundi Kuala Terengganu mesti merdekakan diri daripada menjadi abdi kepada pemimpin Umno/BN yang menindas rakyat dan tidak menjaga amanah rakyat.

Mereka hanya bercakap supaya rakyat mengubah cara hidup, sepatutnya mereka yang kena ubah gaya hidup yang bermewah dan membazir. Kita mesti ada konsep amar ma’ruf nahyu anil munkar kalau kita mahu maju. Budaya ini mesti disuburkan. Sebab itu kita lihat negara maju apabila rakyatnya tidak berkompromi dengan penyelewingan dan menegakkan pemerintahan yang telus. Saya yakin dan percaya jika semua rakyat mempunyai jati diri maka negara akan cemerlang dan rakyat bahagia dan makmur

Akhirnya keluarlah awal pagi dan berdoa bismillahi tawakkaltu alallah pangkah Pas pada 17hb Jan 2009 dengan harapan satu sinar baru kepada rakyat di Terengganu dan Malaysia insyaAllah. Takbir

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s