ORANG BUKAN ISLAM AKAN TERIMA HUDUD, PEMIMPIN UMNO TETAP LAWAN HUDUD


Hudud ialah hukum Allah bukan hukum manusia, hatta bukan peraturan yang nabi Muhammad saw cipta. Jauh sekali bukan hukum rekaan Pas. Kita pernah dengar ada manusia yang mendakwa ia seorang Islam, bercakap hendak makan sup tangan sila ke Kelantan. Waliyazubillah.

Pemimpin Umno ialah jenis lidah bercabang, dia jumpa orang melayu dia kata pemimpin Pas tidak mahu laksanakan hudud sejak berkawan dengan pakatan rakyat. Apabila dia berjumpa dengan orang bukan Islam maka dia kata jaga kamu, kalau kamu sokong Pas, dia buat hudud kamu kena bersunat, pakai serban dan pakai tudung. Inilah sikap munafiq Umno. Bukan mereka hendak beri kefahaman kepada orang bukan Islam malahan dia menakutkan. Benarlah kata hukama’ “Islam terlindung dengan orang Islam sendiri”

Kenapa Umno perlu cabar Pas supaya buat hudud, kenapa Umno tidak pernah terlintas dalam hati untuk buat hudud. Suatu ketika dahulu, Pas hendak buat hudud Dr Mahathir hantar surat amaran kepada kerajaan Kelantan.

Sepatutnya Umno kena laksanakan, kerana ia ada kuasa dan ada jentera. Tetapi tidak terlintas langsung dalam perjuangan mereka untuk membuat perkara ini. Kenapa berlaku seperti ini?. Sudah tentulah jawapannya, hanya penjenayah sahaja yang marah kepada undang-undang. Mereka bimbang kalau hudud dibuat merekalah mangsa yang pertama. Orang salah memang takut kepada bayang-bayang.

51 tahun negara sudah merdeka, kenapa orang bukan Islam tidak faham Islam dan hukum Islam. Kenapa jadi begini? Jawabnya kerana mahaguru politik yang menjadi tonggak BN Umno gagal menerangkan kepada mereka. Kalau seorang guru mengajar sampai 51 tahun, semua anak muridnya tidak tahu membaca maka bukan murid itu yang bodoh, sebaliknya guru yang bodoh.

Lihat Pas dalam jangka usia yang singkat ketika Pas bersama dengan CCC pada tahun 1986, orang China yang memimpin CCC boleh menerima hukum hudud dan negara Islam. Sekarang kita lihat penyokong Kelab Pas menyokong hukum hudud, cuma yang masih benak tidak faham ialah pemimpin Umno yang memang jenis telinga kuali kata berkali-kali tidak reti-reti.

Orang bukan Islam perlu difahamkan bahawa mereka tidak dikenakan hukuman hudud. Mereka boleh buat pilihan samaada hendak dihukum dengan hukum hudud atau hukum sivil. Firman Allah swt “jika mereka datang kepadamu (Muhammad untuk meminta keputusan), maka berilah keputusan di antara mereka atau berpalinglah daripada mereka, dan jika engkau berpaling daripada mereka maka mereka tidak akan merbahayakanmu sedikit pun, tetapi jika engkau memutuskan (perkara mereka), maka putuskanlah dengan adil. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang adil. (Al-Maidah 5:42)

Mungkin ada orang Islam mengatakan ini satu kezaliman pada orang Islam. Perlu dingatkan bahawa hukum Islam ada roh dan jasad, sedangkan hukum manusia ada jasad sahaja. Hukum Islam ada kaitan selepas daripada mati nanti. Sebab hukum manusia tidak berkesan dalam mengurangkan jenayah. Apabila orang bukan Islam melihat orang Islam berakhlak mulia, kerana tidak berani melakukan jenayah kerana dilontarkan perasaan takut, maka secara tidak langsung ia menjadi satu tarikan orang bukan Islam kepada Islam.

Al-Marhum Prof Dr Ahmad Ibrahim sering memperjuangkan supaya biarlah hukum hudud ini dipraktikkan oleh orang Islam dulu, kerana ia merupakan tuntutan yang mesti diamalkan oleh orang Islam. Ini merupakan satu dakwah bil hal kepada orang bukan Islam.

Perlu diingat hukum hudud adalah satu daripada ajaran Islam yang wajib kita percaya dan kena berusaha untuk menegakkan. Apabila kita tidak percaya dan memperlekehkan hukum hudud bermakna nahaslah kita di akhirat nanti, kerana kekal dalam neraka buat selama-lamanya. Mempertikaikan hukum hudud seolah menganggap Allah swt tidak sempurna. Subhanallah maha suci Allah daripada bersifat yang demikian rupa. Apakah Allah tidak tahu bahawa negara ini ada masyarakat majmuk.

Memanglah kebaikan Islam ini lambat sedikit orang hendak faham, kerana manusia sudah dilitupi dengan kebendaan, sehingga menolak hidayah Allah swt. Contohnya Allah menyebut dalam al-Quran sistem riba akan runtuh seperti yang disebut dalam surah al-Baqarah 276” “Allah akan meruntuhkan sistem riba, dan ia memelihara sedekah”.

Dulu apabila kita menyebut dan menyeru supaya kembali kepada sistem kewangan Islam, banyak orang tidak yakin sistem ini boleh berfungsi dalam dunia yang dikuasai oleh kapitalis riba. Dakwa mereka sistem ekonomi Islam tidak boleh maju, kalau hendak maju kena beramal dengan sistem riba.

Dengan taqdir Allah berlaku kemusnahan sistem ekonomi riba bermula penghujung tahun 2007 yang melanda Amerika Syarikat dan negara Eropah yang lain dan tempias juga mengenai negara kita. Sekarang baru orang nampak bahawa sistem ekonomi riba tidak boleh bertahan lama dan tidak mampu diuji dalam dunia global. Dr Mohamad Nor Yaakob Menteri Kewangan Kedua berkata bahawa dalam suasana gawat pada hari ini, sistem kewangan Islam sahaja yang selamat.

Dan Taylor penasihat Kewangan Barat berkata bahawa sistem ekonomi kapitalis akan runtuh manakala sistem kewangan dan perbankan Islam sahaja yang akan berjaya. Begitu juga seorang Pengasas Kewangan Bank Of England Chales Goodhart yang pernah menjadi Prof Ameritus Perbankan dan Kewangan di London School of Economics 1997-2000 mencadangkan supaya dalam menanggani krisis kewangan pada hari ini supaya faedah dihapuskan. Bukankah ini mereka sendiri sudah akur bahawa riba menghacurkan kehidupan seperti yang dijelaskan oleh Al-Quran 1400 tahun dahulu, sekarang baru manusia percaya bahawa riba pemusnah kehidupan. Hukum hudud pun sama, akhirnya manusia akan percaya, kerana masa sahaja yang akan menentukan.

Tan Sri Ismail Omar Timbalan ketua polis Negara berkata kesan krisis kewangan global memberi kesan kepada peningkatan jenayah. Beliau menyebut bahawa bilangan polis akan dipertingkatkan daripada 100 ribu kepada 150 ribu pada tahun 2011 bagi memerangi jenayah (UM 23/12/2008). Cuba bayangkan walaupun bilangan polis bertambah jenayah semakin meningkat, maka sudah tentu yang tidak selesa ialah orang yang berharta. Kebetulan pula di negara ini yang banyak menikmati limpahan nikmat ialah orang bukan Islam. Apabila sampai satu ketika nanti mereka tidak aman untuk mencari makan di negara ini kerana jenayah meningkat. Maka waktu itu mereka akan meminta supaya hukum hudud mesti dilaksanakan supaya mereka hidup aman dan tenteram.

Paling kita bimbang orang bukan Islam pula akan buat demo menuntut hudud dilaksanakan, manakala pemimpin Umno pula akan buat demo membantah perlaksanaan hudud. Seperti Persatuan Pengguna Islam menyokong ISA dikekalkan sedangkan Persatuan Peguam kebanyakan disertai oleh orang bukan Islam menuntut supaya ISA dihapuskan. Akhirnya imej Islam rosak kerana perbuatan orang Islam sendiri.

Tugas kita berdakwah dan menerangkan kebaikan Islam dan hukumnya dan berusaha untuk melaksanakannya. Berjaya atau tidak itu adalah urusan Allah swt. Yakinlah seperti yang disebut oleh al-Syahid Syed Qutb, perjuangan Islam walaupun nampak lemah ia kekal, sedangkan perjuangan sekular walaupun nampak kuat tetapi ia akan musnah”. Takbir.

Advertisements

2 comments on “ORANG BUKAN ISLAM AKAN TERIMA HUDUD, PEMIMPIN UMNO TETAP LAWAN HUDUD

  1. Masalahnya sekarang,

    Ada yang dah berfikir , bab Hudud ni tak payah dok cakap la lagi…. cakap bab yang menesia syok dulu…. pasai nak bagi depa sokong kita… tak caya pi tengok TVpas

    Betoi ke pandangan macam tu,

    cik ni… jahil……

  2. Hukum Islam perlu didakwahkan dengan jalan yang benar. Kita wajib jelaskan hudud adalah diterapkan kepada semua warga negara Islam baik muslim mahupun ahlu dzimmah.

    Tindakan PAS menyatakan kafir dzimmi diberi pilihan memilih hukum Islam atau hukum kufur, adalah bertentangan dengan Islam. Saya kira ia wajar dimuhasabah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s