HIJRATUL RASUL SAW UNTUK MENGAMALKAN ISLAM YANG SYUMUL


Kalau hendak menghayati Islam seperti yang Umno pejuangkan , baginda tidak perlu berhijrah daripada Makkah ke Madinah. Bukan nabi SAW tidak sayang Makkah, tempat tumpah darah baginda . Seperti pepatah menyebut “hujan emas di negeri orang manalah hendak sama dengan gas pemedih mata di negeri sendiri”. Setelah baginda di Isra’ dan Mikraj oleh Allah dengan membuktikan tanda-tanda kekuasaan Allah SWT yang dapat diimani oleh manusia, namun orang-orang kafir dan musyrik tidak juga menerima. Apa yang berlaku ialah bertambah kesombongan , keingkaran dan keangkuhan terhadap risalah yang dibawa oleh baginda nabi SAW. Malahan mereka melipat ganda untuk menyakit hati baginda nabi Muhammad SAW dan sampai kepada peringkat untuk membunuh baginda dengan harapan cahaya agama tidak bersinar dia atas muka bumi ini.

Oleh itu jalan yang terbaik ialah baginda diarahkan berhijrah untuk mencari pengkalan baru dalam dakwah walaupun terpaksa meninggalkan kampung halaman baginda. Baginda meninggalkan padang permainan sejak dari kecil dan kampung halaman. Ini merupakan satu ujian dan kepahitan. Bukan semua orang boleh melakukannya.

Seperti firman Allah SWT
“Dan sesungguhnya jika kami perintahkan kepada mereka ; bunuhlah dirimu atau keluarkanlah kamu dari kampungmu, nescaya mereka tidak akan melakukannya kecuali sebahagian kecil dari mereka” (al-Nisa’: 66)

Bukan baginda tidak sayang kepada Makkah, tetapi oleh kerana dakwah tidak boleh berkembang dengan maju. Manakala orang kafir musyrikin pula merasakan satu ancaman kepada agama warisan tok nenek mereka dengan kedatangan agama baru ini. Mereka tahu bahawa peribadi baginda yang unggul dan digelar sebagai al-Amin sejak daripada kecil, tetapi kedegilan dan keangkuhan mereka menyebabkan mereka menolak kebenaran itu.

Hijrah Rasulullah SAW adalah satu peristiwa yang besar dan memberikan satu lanskap politik dan memecahkan kebuntuan dunia untuk melihat keadilan yang akan tersebar ke seluruh alam. Hijrah baginda bukan seperti perpindahan biasa sahaja tetapi ia adalah merupakan satu arahan Allah, untuk menegakkan perintah Allah dengan lebih syumul dan lengkap.

Kenapakah baginda berhijrah ke Madinah, bukankah di Makkah baginda sudah boleh untuk mengerjakan ibadah kepada Allah seperti solat, tawaf di Kabah, berkahwin, berniaga. Kenapa nabi dan para sahabat bersusah payah meninggalkan bumi yang tericnta?. Jawabnya kerana di Makkah nabi hanya boleh mengamalkan Islam yang sempit dan tidak syumul seperti yang diajar oleh ulama’ Umno kepada masyarakat. Di Makkah nabi boleh berdakwah, tetapi nabi tidak boleh menghukum jika manusia engkar. Nabi boleh beri tahu bahawa arak haram, tetapi nabi SAW tidak boleh menghukum, nabi boleh berdakwah mengatakan bahawa zina perbuatan yang keji, jika manusia lakukan juga nabi tidak boleh untuk hukum menurut perintah Allah.

Nabi SAW di Makkah tidak ada kuasa, samalah seperti kedudukan ulama’ di negara ini samaada bergelar mufti,. Qhadi, Imam. Mereka boleh mengajar hukum yang tersirat dalam kitab, tetapi tidak boleh untuk melaksanakan perintah tersebut seperti yang terdapat dalam kitab. Kenapa jadi begini? Jawabnya kerana Islam tidak berkuasa. Mahasiswa yang belajar fakulti Islam mempelajari syariah tetapi apabila bekerja dalam mahkamah mereka hukum lain daripada apa yang mereka belajar. Inilah kesan apabila Islam tidak diberi kuasa.

Nabi berhijrah ke Madinah juga untuk memberitahu kepada kita bahawa Islam bukan saja kena jaga hubungan dengan Allah sahaja. Tetapi Islam juga perlu dihubungkan dengan manusia dan alam. Manusia tidaklah diperintahkan oleh Allah untuk melaksanakan pengabdian kepada Allah sahaja, malahan mereka juga perlu menjadi khalifah di atas muka bumi Allah SWT.
Sebagaimana firman Allah SWT yang menyatakan bahawa antara tujuan manusia diciptakan ialah untuk menjadikan khalifah di atas muka bumi ini. Khalifah Allah tidak ditaklif kepada binatang, tumbuh-tumbuhan tetapi diberi kepada manusia. Firman Allah SWT

“Dan ingatlah ketika tuhanmu berfirman kepada Malaikat: Sesungguhnya aku hendak menjadikan khalifah di bumi.” Mereka berkata, “Apakah engkau hendak menjadikan orang yang merusak dan menumpahkan darah disana, sedangkan kami bertasbih memujiMu dan menyucikan nama Mu? “Dia berfirman, “Sesungguhnya aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui” al-Baqarah, 2:30

Ini bererti manusia kena menegakkan agama dan mentadbirkan dunia dengan agama. Di Makkah baginda tidak boleh untuk mentadbirkan Makkah dengan agama kerana baginda tidak ada kuasa. Berlainan apabila nabi berada di Madinah, baginda mempunyai kuasa untuk melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah SWT.

Sebab itulah menegakkan syariat Allah adalah satu sunnah yang wajib, menentang usaha untuk menegakkan Islam adalah satu bida’ah dhalalah (sesat). Inilah yang sepatutnya kita kena tonjolkan dalam masyarakat. Bukan kita bertengkar perkara khilafiah yang remeh temeh sehingga melemahkan perjuangan Islam. Sunnah menegakkan Islam adalah sunnah yang sudah dilupakan dan disampingkan dan kita wajib ingatkan kepada masyarakat mengenai perkara tersebut. Perlu difahami bahawa sunnah ialah perkara yang disandarkan kepada nabi SAW samaada perbuatan, perkataan atau taqrir (pengakuan). Menegakkan peraturan Allah adalah sunnah perbuatan yang wajib.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s