Umno perlu dibubar, bukan dirombak


Utusan Malaysia melaporkan, KUALA LUMPUR 21 Jan. – UMNO perlu dirombak besar-besaran dari segi struktur dan gerak kerja jika parti itu mahu terus relevan dan diterima rakyat.

Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, ia melibatkan langkah memenuhi segala tuntutan perubahan yang dimahukan oleh rakyat.

1.Tertarik juga dengan dengan pandangan Dato’ Mukhriz anak bekas Presiden Umno. Maklumlah kena lantang sikit supaya dapat tarik perhatian untuk calon Ketua Pemuda Umno. Sebenarnya bukan rombak tetapi bubar sahaja Umno

2.Umno sudah rosak idealisme perjuangan sejak zaman bapak dia yang berkuasa 22 tahun dan disambung pula oleh Pak Lah.

3.Kalau dulu Umno nampak juga dia yang bersifat nasionalis memperjuangkan Melayu dan masalah rakyat yang tertindas di kampung-kampung. Memang daripada awal lagi Umno bukan parti yang hendak menegakkan Islam yang syumul. Masalah sekarang perjuangan agama pun tidak ada, perjuangan bangsa pun tidak ada. Yang ada hanya perjuangan perut. Akibatnya inilah yang terjadi pada Umno sekarang.

4.Apa lagi formula untuk pulih Umno, dulu kata kalau Pak lah serah kuasa Umno akan kuat. Sekarang Pak Lah dah hendak undur Mac 2009, Umnu tetap ‘’kong” (tak bermaya) juga.

5.Apa agaknya ubat untuk Umno hendak pulih?

6. Sebenarnya apa yang berlaku ialah merupakan sunnah Allah bahawa perjuangan Umno yang sekular tidak sesuai dengan fitrah manusia yang suci dan tidak akan melahirkan pejuang yang ikhlas dan suci. Firman Allah SWT

“Tanah yang baik, tanamannya tumbuh subur dengan izin Allah; dan tanah yang tidak subur , tanamannya hanya tumbuh merana. Demikianlah kami mengulangi tanda-tanda kebesaranya (Kami) bagi orang-orang yang bersyukur” al-A’raf:58

7.Buatlah rombakan macamanapun Umno tidak akan mendapat sokongan , terutama anak muda yang celik maklumat.

8.Umno hanya boleh berpaut pada penyokong saluran 1 sahaja, yang dilahir sama dengan tarikh Jepun mendarat di Malaya. InsyaAllah apabila peringkat umur seperti ini tidak ada lagi di dunia, maka Umno sayonara.

Advertisements

2 comments on “Umno perlu dibubar, bukan dirombak

  1. Assalamuailum ust. Semalam saya dengar ceramah ust di PUTIM. Tahniah kerana masih lagi istiqamah dalam perjuangan walau pun kalah dalam PRU. Ust , saya teringat kata2 TGNA: Jgn lukakan hati orang, nanti depa tak mau sokong kita. Kita berdakwah bukan nak cari musuh. Saya rasa kalu macm nilah ceramah ust mungkin lambat lagi umno nak berkubur. Kalau boleh elakkanlah istilah ” lidah bercabang 13″ “IQ zero” “bodo” dan bermcm lagi yang saya rasa kurang sesuai diucapkan. adalah lebih baik ust fokuskan tentang kebaikan pemerintahan islam, dsb perkara yang perlu difahami oleh org umno. Kita ceramah nak berdakwah supaya org umno tinggalkan umno. Jgn la maki hamun pemimpin depa. apa kita rasa kalu orang maki hamun pemimpin kita? Atau pun boleh juga ustaz beri penjelasan lanjut berkenaan isu2 yang terkini di Perak yang diputarbelit oleh media. ambillah kesempatan untuk jelaskan hal yang sebenar. akhir sekali marilah kita sama muhasabah diri kita. mcm kata ust sendir kita mukan maksum… skian wassalam…

  2. Umno patut dan mesti dibubarkan,Umno telah dikotori dengan agenda rasuah yang tiada henti-henti kes dan tingkahlaku rasuah yang tiada ada noktahnya.
    Umno dan rasuah adalah synononym dengan gerak kerja mereka.Ditambahkan ahl-ahli dan pemimpin-pemimpin yang tersohor dengan perbuatan yang terkutuk dan tidak diredhai ALLAH,Masih lagi berkeliaran mempamirkan WAJAH-WAJAH PENGRASUAH TEGAR yang sedikit pun mereka tidak punya malu.dan mereka berani menawar diri untuk menjadi pemimpin untuk dicalunkan ahli-ahli umno.
    Memang dikatakan kalau mahkamah tidak meghukum mereka bersalah dengan rasuah.mereka meyakini ahli dan juga rakyat bahawa mereka ini adalah bersih,
    Tapi mereka lupak akan MAKAMAH ALLAH DIAKHIRAT KELAK.dan UMNO tetap UMNO yang tidak ada MARUAH..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s