FAKTA UMNO KHIANAT TANAH ORANG MELAYU


Umno Perak terutama Dato’ Zamri ketika Pakatan Rakyat memerintah Perak antara orang yang lantang menuduh Dato’ Seri haji Nizar boneka kepada China DAP kerana beri tanah kepada orang China di Perak. Modal yang sama juga sedang difitnah oleh jentera Umno/BN kepada pengundi Bukit Gantang. Fitnah kalau undi Pas/Pakatan Rakyat bermakna menggadai tanah orang melayu kepada bangsa asing.

Ini adalah jawapan kepada Dato’ Zamri dan kuncu-kuncu Umno, bahawa yang khianat tanah orang Melayu ialah pemimpin Umno, bukan Pas, bukan DAP dan bukan PKR

Fakta yang Dato’ Seri haji Nizar kemukakan sudah cukup untuk membuktikan Umno pengkhianat kepada orang Melayu bukan Pakatan Rakyat. Sebagaimana kita sudah buktikan Umno kepala bapa penderkahaka kepada Raja-Raja Melayu.

Sekarang fakta menunjukkan Umno yang khianat tanah orang melayu dan rakyat di negeri Perak.

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.

Melayu sangatkah Umno, sehingga buat bising fasal tanah 3000 ekar yang diberi kepada orang China yang memang haknya untuk dapat kerana mereka adalah rakyat di negara ini, mereka bukan China Singapura atau China Vietnam.

Kalau Umno tuduh Pakatan Rakyat boneka China dan khianat tanah orang Melayu kenapa tanah yang dipohon oleh Tuan Guru Haji Abdul Latif (Pondok Pak Teh Kroh Grik Perak) sejak 1996 telah diluluskan oleh Exco PR pada 2008 sebanyak 45 ekar. Kalau kerajaan yang dipimpin oleh Dato’ Seri Haji Nizar boneka China sudah tentulah permohonan ini tidak diluluskan. Adakah pemimpin Umno ingat Pak Teh ini China Taiwan sehingga permohonan beliau tidak diluluskan. 12 tahun Pak Teh menunggu kelulusan. Tiba-tiba kerajaan yang kononnya boneka China meluluskan permohonan tersebut walaupun tidak sampai sepuluh bulan memerintah. Manakala Umno yang mendakwa tonggak orang Melayu telah kianat kepada bangsa sendiri walaupun tanah itu untuk kegunaan pondok.

Ini fakta menunjukkan Umno penjahanam tanah orang Melayu;

  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Daripada fakta di atas bolehlah dirumuskan Umnolah pengkhianat dan menggadai tanah orang melayu, Bukan PAS, bukan PKR dan bukan DAP. Sebenarnya slogan Umno “Hidup Melayu” perlu ditukar kepada slogan sebaliknya, iaitu “di mana Umno kuat di situ Melayu merempat”.

Advertisements

2 comments on “FAKTA UMNO KHIANAT TANAH ORANG MELAYU

  1. Pingback: FAKTA UMNO KHIANAT TANAH ORANG MELAYU « Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

  2. Pingback: Hakikat Sebuah Penipuan « jangan mengalah…

Komentar ditutup.