MISKIN SAMPAI HENDAK MURTAD: DI KUANTAN BUKAN KELANTAN


Your browser may not support display of this image.
BAPA kepada sembilan anak yang hampir murtad kerana kesempitan hidup menunjukkan paip air yang disambung melalui sebuah surau yang telah dipotong oleh jiran-jirannya di Perumahan PPRT Bandar Baru, Jaya Gading, Kuantan, kelmarin.

Utusan Malaysia 25 Mac 2009 melaporkan sepasang suami isteri dari Perumahan PPRT Bandar Baru, Jaya Gading di sini dan sembilan anaknya yang berusia 14 tahun hingga 5 bulan daripada murtad.

Pasangan suami isteri berusia 45 dan 35 tahun yang berasal dari Terengganu itu, bercadang menemui seorang paderi di sebuah gereja di sini selain membuat surat akuan hendak keluar daripada Islam.

Bagaimanapun, hasrat mereka diketahui oleh MUIP yang kemudiannya memberi kaunseling kepada pasangan berkenaan, serta berjaya mengembalikan akidah suami isteri tersebut dengan bersyahadah semula. 

Berita yang menakutkan bagi orang yang ada kesedaran akidah dan sayang kepada Islam. Ini adalah negeri bakal PM Datuk Seri Najib Tun Razak. Bakal Presiden Parti yang penuh dengan rasuah.

Selalu dalam setiap kali pilihanraya di Kelantan, Datuk Najib juara untuk mengutuk Pas gagal membangunkan rakyat dan membasmi kemiskinan. Tiba-tiba berita dalam Utusan Malaysia 25/3/09 negeri dia orang hendak murtad fasal miskin.

Lain kali Datuk Najib selesai masalah orang mkiskin dulu sebelum hendak pergi merampas negeri Perak. Walaupun negeri perak yang diperintah oleh pakatan Rakyat yang ramai exco bukan Islam tidak ada kedengaran bahawa rakyat hendak murtad macam negeri yang diperintah Datuk Najib.

Saya nasihat Datuk najib tidak usah datang ke Bukit Gantang dan Bukit Selambau untuk janji projeklah, selesailah masalah rakyat di tempat awak dulu. Rakyat Bukit Gantang tidak ada yang susah macam itu lagi. Nanti orang dua bukit kata negeri awak pun rakyat hidup bangsat, tiba-tiba hendak bela rakyat dua bukit.

Benarlah orang kata “Umno kuat Melayu bangsat”. Buktinya berita hari ini.

Advertisements

4 comments on “MISKIN SAMPAI HENDAK MURTAD: DI KUANTAN BUKAN KELANTAN

  1. Salam..
    saya rasa agak pelik dengan berita yang dibaca dalam akhbar. Rasanya Pas Pahang kena selidik sebab-sebab sebenar dia nak murtad dan sebab orang-orang aniaya kepada dia ( dalam surat khabar kata potong bekalan air mereka )
    Ini tugas kita rasanya sebagai parti islam…
    sekian

  2. Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Rembau 2009 dan Majlis Maulidur Rasul Perdana Bersama DYMM YDPB Negeri Sembilan

    Tuabn-tuan/Puan-puan Sekalian:

    Alhamdulillah, suatu Sambutan Majlis Maulidur Rasul s.a.w Peringkat Daerah Rembau akan diadakan sepertimana ketetapan berikut :

    Tarikh : 8 Rabiulakhir 1430H/ 04 April 2009 (Sabtu)

    Masa : 8.00 pagi – 12.00 tengahari

    Tempat : Kompleks Yayasan Sofa Negeri Sembilan.

    Tentatif Program :

    07.30 pagi – Ketibaan Orangramai / Jemputan

    08.30 pagi – Ketibaan YTM Undang Luak Rembau, Dato’ Lela Maharaja HAJI MUHAMMAD SHARIP NIM OTHMAN

    09.00 pagi – Aluan Pengerusi

    – Sabda YTM Undang Luak Rembau
    – Penyampai Anugerah, Hadiah dan Cenderamata
    – Forum Perdana : Ahli Panel terdiri drpd :

    i. Dato Habib Omar bin Abdul Qadir Aidarus dari Terengganu
    ii. Dr.Yusri bin Mohamad, Presiden ABIM Malaysia.
    iii. Haji Solahudin bin Azrai, Penceramah dari STIAS.
    iv. Tuan Haji Nor Azamir bin Alias, Pegawai Agama Islam Daerah Rembau ( Pengerusi ).

    – Jamuan Tengahari / Bersurai

    Majlis akan bersambung dengan acara pada sebelah petangnya bermula pada pukul 6.00 petang, dengan:

    MAJLIS MAULIDUR RASUL PERDANA dan MAJLIS KESYUKURAN BERSAMA KE BAWAH DYMM YDPB NEGERI SEMBILAN, YTM DATO LELA MAHARAJA UNDANG LUAK REMBAU DAN YTM TUNKU BESAR TAMPIN.

    Tentatif Program :

    06.00 petang – Bacaan Maulid Daibaie

    07.00 petang – Ketibaan Tetamu dan VVIP Jemputan

    07.25 petang – Sholat Maghrib

    – Bacaan Marhaban / Madih / Pujian
    – Ceramah Maulid Perdana olen Penceranah Jemputan
    – Majlis Perlancaran Kitab
    – Penyampaian Cenderahati
    – Sholat Isyak
    – Jamuan / Bersurai

    MUSLIMIN / MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI

    http://pondokhabib.wordpress.com

  3. Pingback: blog pemuda besut « Dewan Pemuda PAS Sarawak

  4. Asalammualaikum semua,
    Terpanggil saya utk memberi komen selepas membaca al kisah murtat kerana himpitan hidup,, pada saya hal yg semacam ini bkn tanggung jawab parti tak kira UMNO atau PAS ini tanggung jawab semua orang islam setempat dgn kejadian dan tanggung jawab mereka yg tahu akan kejadian kalau setakat bg nasihat aje saya rase tk cukup perlu d beri bantuan secepat mungkin agar dia rasa pendekatan yg di ambil begitu mulia dan di hargai,,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s