Gantung Harakah dan Suara Keadilan macam hantu takut kukur kelapa


Saya tidak terkejut apabila Kementerian Dalam Negeri mengantung Harakah dan Suara Keadilan selama 3 bulan mulai 23 Mac 2009. Itu memang sudah dijangka. Ini muqaddimah kepada pemerintahan diktator Najib Tun Razak yang akan mengambil alih negara.

Alasannya kerana fakta dan berita menyeleweng. Itu tafisran mereka. Apa yang sebenarnya menyeleweng kerana fakta yang dikemukakan adalah tepat dan tidak ikut skrip pembohongan mereka.

Mereka sebenarnya takut isu Alntatuya yang didedahkan secara terperinci oleh akhbar Perancis,gejala rasuah dalam parti perasuah Umno yang bersidang 24-28 Mac 2009, penyelewengan dan ketirisan dalam projek kerajaan didedahkan oleh akhbar popular ini.

Sepatutnya Umno jangan takut, kerana mereka ada TV 1, 2, 3, 7 dan 9. Ditambah pula dengan  Utusan Malaysia, Berita Harian dan lain-lain lagi. Jawablah dengan hujah dan menolak dakwaan yang dikatakan tidak betul dalam media kamu.

Rakyat hendak dengar juga ulasan daripada media kamu mengenai pendedahan pembunuhan Antatuya oleh akhbar Perancis. Kenapa tidak saman akhbar tersebut supaya mudah rakyat dapat tahu tentang isu itu?

Sebenarnya mereka tahu bahwa sekarang rakyat tidak percaya apa yang pemimpin Umno/BN cakap walaupun apa yang mereka cakap itu betul kerana pemimpin BN lebih banyak bohong daripada betul.

Tindakan yang kerajaan buat sudah terlambat dan tersilap perhitungan. Sekarang bukan zaman Raja Bersiong dan Zaman Batu. Sekarang zaman langit terbuka. Sebenarnya tindakan yang dibuat ini bagus untuk Pakatan Rakyat kerana rakyat akan bertambah marah kepda Umno/BN.

Hakikatnya mereka yang membeli Harakah dan Suara Keadilan adalah orang yang cerdik. kerana maklumat sentiasa berada di hujung jari. Mereka inilah yang akan membuat perubahan dalam masyarakat. Mengajak dan menyebarkan fikrah perjuangan kepada masyarakat untuk menentang Umno /BN di negara ini. Walaupun kamu gantung Harakah dan Suara Keadilan ia tidak akan menjadi penghalang untuk kami ajak rakyat menolak BN.

InsyaAllah dengan tindakan kerajaan BN ini akan dapat memberi lebih semangat kepada rakyat supaya bangkit menolak BN di dua Bukit dan Batang Ai.

Pergantungan ini tidak ubah seperti kata orang tua-tua “hantu takut kepada kukur kelapa” yang sinonim dengan pemimpin Umno yang takut dengan Harakah dan Suara Keadilan.

InsyaAllah ini satu lagi syarat dan petanda Umno sudah berada dipenghujung hayat dan akan dikebumikan tanpa batu nisan.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s