KEPIMPINAN: AMALAN DAN REALITI DALAM PERJUANGAN PAS


Muqaddimah

Tidak disebut perjuangan kalau tanpa pengorbanan. Islam tidak menang kalau tidak ada pengorbanan di kalangan para rasul dan nabi-nabi. Merekalah orang yang paling banyak diuji oleh Allah SWT.

Bermaksud

“Orang yang paling dahsyat menerima ujian adalah para nabi, kemudian ulamak dan orang yang seumpamanya”

Dalam konteks kedatangan Islam di negara ini Islam sampai melalui pengorbanan yang dilalui oleh mereka yang terdahulu mengharungi lautan dan obak badai yang memukul perjalanan mereka. Kerana Islam mereka sanggup bekorban apa sahaja.

Kepimpinan adalah mereka yang mesti banyak bekorban dan berjuang, kerana mereka adalah orang yang paling penting dalam konteks menguruskan perjuangan. Lebih-lebih lagi menjadi pemimpin Pas yang perlu banyak bekorban. Memimpin Pas bukan satu status kemasyhuran tetapi ia sebagai tanggungjawab, kerana Pas sebagai sebuah parti pembangkang yang sentiasa diburu dan diperhati oleh musuh dalam dalam luar negara.

Kepimpinan boleh difahami sebagai satu mekanisme untuk menggerakkan usaha merealisasikan beberapa kepentingan individu serta juga kepentingan-kepentingan masyarakat.1

Dalam sains Masyarakat pula, konsep kepimpinan atau kepemimpinan ini dikaitkan dengan faktor-faktor setempat atau alam sekeliling di mana pemimpin itu berada. Kepimpinan itu wujud dalam organisasi dan segala tindakan yang berkesan dan berkait rapat dengan sesuatu organisasi.2

Rumusan bahawa kepimpinan adalah satu proses dalam mana individu yang diberikan amanah menduduki sesuatu kedudukan yang lebih tinggi dari ahli lain telah dilengkapkan dengan kuasa yang sah untuk menjalankan kegiatan bagi mencapai suatu objektif yang telah diamanahkan kepadanya. Dalam aspek ini amanah yang diberikan bukan sahaja kepercayaan menguruskan pertubuhan, organisasi atau projek tetapi kepercayaan memimpin ahli-ahli lain dari segi memberikan bimbingan, semangat dan pimpinan yang berkesan.

Fungsi Kepimpinan

  1. Membentuk dan membimbing ahli bawahnya kearah kejayaan dunia dan akhirat.
  2. Menyatu padukan kumpulan dengan bertindak sebagai pakar rujuk, orang tengah, penasihat, kawan, pendengar yang sabar dan sebaginya
  3. Mewujudkan suasana yang selesa untuk membolehkan orang yang dipimpin menjadi cemerlang. Ini termasuklah dengan memberi dorongan berdasarkan ganjaran atau teguran.
  4. Merancang, menyelia dan menilai prestasi setiap tugasan yang diberikan kepada anggota organisasi.
    Setiap aspek pengurusan dijalankan dengan penglibatan yang bermakna dari ahli dan memberikan rangsangan yang berterusan.
  5. Matlamat bagi setiap kegiatan dinyatakan dengan jelas agar wujud kepaduan dalam tindakan dan objektif.
  6. Memudahkan perhubungan di kalangan anggota organisasi. Ini mengambil kira kaedah penyaluran maklumat yang sesuai dan berkesan. Tegasnya kepimpinan organisasi perlu mahir mengenai teknik komunikasi sama ada antara perseorangan, kumpulan kecil atau kumpulan besar.

Keberkesanan Dan Ciri Kepimpinan Yang Baik

  • Pemimpin mestilah mempunyai ciri-ciri yang dinamik dan seorang yang beriniasitif iatu punya kebolehan memberi pendapat dan mengemukakan idea-idea baru serta megamalkannya. Adalah menjadi kewajipan pemimpin berusaha menggerakkan pengikut-pengikut kearah pencapaian matlamat.
  • Seorang pemimpin mengetahui kehendak-kehendak pengikutnya (dalam setengah suasana, bukan dalam semua keadaan) dan berusaha untuk memandu pengikut-pengikut kearah matlamat yang direncanakan. Dengan adanya hubungan baik antara pemimpin dan pengikut sudah tentu dapat mewujudkan kejayaan bagi sebuah organisasi atau pertubuhan.
  • Untuk menjamin kejayaan dan keberkesanan berterusan sesebuah organisasi maka perlu dipupuk sifat kerjasama dan toleransi antara pemimpin dan pengikut. Pemimpin mesti memainkan peranan penting dalam proses membuat keputusan untuk mempengaruhi orang lain berpelakuan selaras dengan oreintasi jamaah.
  • Selain dari itu pemimpin juga berperanan memastikan suatu matlamat atau objektif yang hendak dicapai itu bersifat kolektif. Aspek ini penting kerana tanpa adanya kata sepakat dalam satu-satu organisasi , sudah tentu tidak wujudnya keberkesanan dalam menyusun aktiviti-aktiviti organisasi
  • Ia mesti berkecuali dalam satu krisis, bersifat berani membuat keputusan dan menghadapi krisis dengan tenang.
  • Seorang pemimpin mesti tegas dalam prinsip dan hak dan bertolak ansur pada perkara yang cabang.
  • Disamping itu seorang pemimpin juga mestilah bertimbang rasa dengan orang-orang di bawah pimpinannya,
  • Kebolehan mengeluarkan idea-idea untuk perubahan, cekap dalam pentadbiran.
  • Bijak menguruskan perjuangan dan bersemangat dan terarah.
  • Ia mesti melebihi kepentingan jamaah daripada kepentingan peribadi.
  • Ia harus membuat keputusan secara kolektif bukan secara peribadi.
  • Tidak menghasut
  • Tidak mengamalkan puak-puak.
  • Ianya menentukan kerja-kerjanya dan kerja kerja anggotanya dengan jelas supaya tidak keliru. (wujudnya pembahagian tugas/lajnah)
  • Seorang pemimpin yang baik ia tahan lasak dan bersusah payah dengan ahli dan orang bawahan. Sentiasa berperanan insaf dengan kesusahan pengikutya dan bersungguh memperjuangkan nasib dan cita mereka.
  • Pemimpin mesti berkebolehan dalam berbagai aspek kepimpinan, bijaksana dan mempunyai keyakinan diri untuk memikul tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya.
  • Penguasaan, menggunakan kuasanya di dalam mengambil tindakan membuat keputusan dan mengeluarkan pendapat.
  • Komunikasi, memberikan maklumat yang diperlukan oleh pengikut-pengikutnya, penukaran maklumat atau menunjukkan kesedaran tentang perkara-perkara semasa.
  • Penghargaan, tingkahlaku yang menunjukkan penghargaan terhadap usaha-usaha yang dilakukan oleh anggotanya.
  • Merencanakan tahap-tahap dan pencapain usaha yang harus dicapai oleh pengikut
  • Sunggauhpun begitu untuk menentukan keberkesanan suatu pimpinan harus juga dilihat kepada kriteria-kriteria yang lain iaitu seperti penerimaan oleh anggota anggota kumpulan
  • Untuk menentukan sesuatu keberkesanan pimpinan perlu juga diukur sejauhmanakah pemimpin sesebuah organisasi itu berjaya meghadapi cabaran dalaman dan luaran. Ini bermakna apabila seorang pemimpin berjaya menghadapi suasana yang tegang dengan penuh yakin sudah tentu ia akan menambahkan keyakinan di kalangan ahli atas kepimpinannya.

Realiti Perjuangan Dan Pengorbanan Dalam Memimpin PAS

  • Bukan senang memimpin Pas sebagai sebuah jamaah Islam dan menjadi parti yang sentiasa mencabar kemungkaran yang dilakukan oleh Umno/BN. Kuasa yang mempunyai segala kekuatan material dan sokongan. Tetapi kita memimpin PAS berbekal kekuatan iman dan aqidah yang mantap dengan keyakinan mendapat kemenangan di akhirat.
  • Memimpin ummat kearah penghayatan Islam yang syumul bukan hanya dalam bentuk hadhari sahaja. Satu cabaran kepada kita kerana yang kita memimpin jamaah yang mengajak kepada perkara samiyyat bukan kepada kebendaan semata-mata. Pihak musuh menawarkan perkara yang nampak di depan rakyat.
  • Sebagai pemimpin ynag terpaksa mengorbankan segala wang ringgit.
  • Sudah menjadi lumrah pemimpin terpaksa mengorbankan masa untuk memikirkan Islam di tegakkan di atas muka bumi ini.
  • Terpaksa mengorbankan kenaikan pangkat dalam profesion yang diceburi walaupun kita mempunyai merit untuk naik. Tetapi dasar pilih kasih dan tidak demokratik perkara ini perlu dilupakan sahaja. Banyak yang nampak untuk membina kerjaya terpaksa berundur dan melupakan perjuangan walaupun pada asalnya begitu bersemangat.
  • Kadang-kadang terputus tali persaudaraan kerana memimpin parti, kerana kita dianggap anasir perosak negara.
  • Oleh kerana masa yang begitu terhad hubungan dengan jiran pun terbatas.
  • Realiti dalam Pas ramai pengikut tapi kurang orang yang hendak kedepan memimpin. Akhirnya seorang pemimpin terpaksa memikul tugas yang bertimbun-timbun, kerana yang lain semuanya tidak mahu memikul.
  • Realiti yang dihadapi oleh pemimpin Pas masa yang begitu kurang dengan anak-anak. Justeru itu anak-anak perlu diberi tarbiah inilah perjuangan Pas.
  • Oleh kerana Pas sebagai sebuah gerakan ummah maka keahliannya terbuka. Ini satu perjuangan yang besar kepada mereka yang memimpin Pas untuk menguruskan ahli yang berbagai status untuk disesuaikan dengan piawai standard minimum sahaja.
  • Pengorbanan seorang pemimpin ialah apabila ia menghilangkan sikap ego ketika memimpin Pas dengan merai ahli Pas yang berbagai latar belakang. Walaupun beliau bijak macam mana pun dia perlu menurunkan darjat ananiah (keakuanku sahaja) daripada dirinya. Kerana yang ia memimpin ini satu jamaah yang Islam, bukan badan kerajaan atau swasta, bukan gerakan elit, ahlinya bekerja secara sukarela bukan ada gaji.

Perkara Yang Perlu Dijauhi Oleh Seorang Pemimpin

  • Malas untuk hadir mesyuarat.
  • Hanya tunggu arahan
  • Malas berfikir.
  • Tidak tahu pilih mana keutamaan.
  • Malas hadir ke program latihan.
  • Malas bertanya kepada orang yang tahu.
  • Tidak tegas dengan keputusan.
  • Jangan Sombong
  • Penakut dan kedekut.
  • Jangan Riya’
  • Jangan mementingkan diri sendiri semata-mata.
  • Pemikiran yang sempit
  • Membuat keputusan yang lemah
  • Payah menerima pandangan orang

Bagaimana Untuk Menjadi Pemimpin Yang Berjuang Dan Berkorban.

  • Menjauhkan diri dari melakukan maksiat sama ada yang besar atau yang kecil
  • Memberikan perhatian mengenai sunnah perjuangan Islam (PAS) adalah payah. Bukan di hampari dengan permaidani merah.
  • Bersedia untuk berhadapan dengan halangan
  • Sentiasa mendampingi orang soleh dan berjiwa besar
  • Sentiasa mengkaji dan merujuk buku-buku sirah
  • Sentiasa mengingati mati dan siksa kubur
  • Sentiasa mengingati syurga dan neraka
  • Melakukan muhasabah keatas diri dan mengkaji setiap masa
  • Keinginan diri sendiri untuk mempertingkatkan kerja parti.
  • Mesti merasakan kita boleh seperti orang lain boleh.
  • Bertanya dan berbincang dengan orang yang tahu
  • Berbincang dengan cawangan lain atau kawasan lain untuk ambil
  • pengalaman dan dilaksanakan di cawangan masing-masing.
  • Menyediakan jadual latihan mengikut keutamaan.
  • Bersedia untuk menerima latihan.
  • Banyakkan mesyuarat dengan ahli jawatankuasa.

Kesimpulan

Segala apa yang diberikan adalah sebahagian daripada usaha penulis untuk berkongsi pengalaman bagi menggerakkan jamaah Pas ke arah yang lebih cemerlang. Penulis dengan rasa rendah diri bahawa apa yang ditulis ini adalah ideal bagi sifat seorang pemimpin dan ianya tidak dimiliki sepenuhnya oleh penulis tetapi kita mesti bersama-sama untuk mencapai kearah itu.

Advertisements

14 comments on “KEPIMPINAN: AMALAN DAN REALITI DALAM PERJUANGAN PAS

  1. Salaam ustaz.
    Minta ustaz dalam kapasiti sebagai ketua penerangan PAS mengeluarkan satu kenyataan rasmi mengenai pegangan PAS dalam isu yang sangat2 mengelirukan sekarang ini iaitu isu Unity Government dan perbincangan dengan UMNO.

    Saya menunggu2 selepas mesyuarat pusat untuk satu kenyataan rasmi, tapi hingga sekarang, masih belum keluar.

    Lagi lama ditangguh, lagi banyak barah ini akan tersebar. Eloklah dibuangnya terus supaya tiada lagi ragu2 dan perpecahan dalam jamaah.

    Dengan menutupnya sahaja, tidak akan dapat merawat barah ini.
    Jazakumullah

    Jawapan-Terima kasih atas pandangan, buat masa ini Pas tidak mengeluarkan apa-apa pandangan sebagai menghormati kenyataan Presiden sebelum muktamar yang memaklumkan bahawa beliau menarik balik cadangan Kerajaan Perpaduan memandangkan ramai yang belum faham dan menerimanya.

    Buat masa ini hanya perbincangan dalaman sahaja dilakukan tanpa sebarang kenyataan rasmi yang dikhuatiri jika dikeluarkan akan memberikan lebih banyak polemik selagi ianya belum masak dan dibahaskan peringkat kepimpinan dan organisasi.

  2. Iblis tak kenal tok guruka,ustazka, ooi.Lagi besar darjat iblis hantar sarjen lapan cakok.Kena jaga juga.Kut kita terperangkap.Tu la kena istikharah dulu.Jangan pakai belah ja…..wassalam.Akhuukal muslim.

  3. dari hadis raullullah saw ada empat tand fitnah-permusuhsn antar umat islam-Pemimpin jadi banyak-banyak orang tua nayanyuk-akhlak pemuda pemudi rosak-adat di kata agama.Politi adalah adat manusia bukan agama dikata agama.Ulama tinggal dakwah buat kerja politik,pemuda pemudi pun jadi rosak,kerana tiada bimbingan dari ulama yang mula gila politik.Orang tua nyanyuk,kerana tak kenal mana ugama dan man politik.Orang tua kampung pun ikut jadi nyanyuk,kerana mereka sangka agama tu politi.Ramai pemimpin,semua nak pemimpin yang warak pun nak jadi pemimpin.Ynag kaya pun mau yang tak tau apa pun mau.Dengan ini jadi ramai pemimpin umat jadi bermusuh dan pecahbelah,kerana umat ikut pemimpin2 yang berlainan.Wallahuaklam.

  4. Hadis yang kata wajib bersama jamaah,bukan jamaah antapa.jamaah dalam hadis itu bermaksud jemaah negara di bawah rasulullah saw,kemudian para khalihah ,kemudian para raja,kemudian para pemimpin yang memimpin sekarang.Takkan ada jemaah pas pada zaman rasulullha,Kenapa minda antapa ni teruk sangat.Hadis pun tak faham.kata alim sangat.Kalu tak bersama jemah di atas akan ditangkap iblis,saperti serigala yang suka tangkap kambing yang tak bersama jamaah kambing yang teramai,iaitu umat islam dan pemimpin negara yang ada.Bila anta semua nak jadi terbuka akal….dan ilmu sebenar..dan pertunjuk allah…dan menempuh jalan yang lurus….ihdinassiratolmustaqim….aaamiiiin.

  5. Interprete religion as politic and power is a bom that killed islam and muslim in this century.Islam become misunderstood relegion,even by their own clans.May Allah save muslim mind.Aamiiin.

  6. Assalamualaikum Ustaz,
    Ada baiknya ustaz ulas sikit tulisan @ komen “zabada”, dah jauh dari simpang tu…dlm dok peringat orang, saya dok perati hamba Allah sorang ni makin galak pulak…macam Muslim Liberal plak.

  7. Dah sembahyang istikharah ke belum,tuan haji Ghafar ni.Nanti tuan haji menyesal di akhirat,bila dah tahu jalan yang ditempuh antapa ni salah bukan sahaja dalam politik Islam malah salah besar dalam agama Islam juga.Sila kaji sejarah Islam,sejarah rasul,sejarah para khalifah arrisyidin,Quran, Hadis2 politik.Adakah parti-pati dalam ilmu-ilmu di atas.Tiada.Ini hanya rekaan.Setiap rekaan adalah bidah.Setipa bidah adalah sesat.Parti2 ni adalah bidah ynag memech belahkan umat Islam.Pergi;ha p[erp[ustakaan,baca banyak sedikit dari selalu ilmu-ilmu di atas.Jangan asyik dengar ceramah bawah pokok kelapa sahaja,nanti itu kelapa turun atas kepala,skai p[un dapat,malu pun dapat.Ayat quran di turunkan dengan bacalah.Kerana itu kita kena banyak baca sendiri juga,selain dari mendengar.Ana tak kenal muslim leberal.Yang ana kenal Islam Rasulullah yang kata dalam Hadis sahih Muslim atau Bukhari “Kami nabi-nabi tidaklah kami di lantik jadi nabi melainkan kami gembala kambing”.Maksudnya tak ada tuan kuasa atau politik,bukanlah setiapa nabi dan ulamam kena pelihara kambing.Nabi sendiri pisah kuasa dengan politik, macammana antapa campurnya?.Salah antapa dengan jalan rasul kita ,dengan jalan Islam sebenar,hakikat.Sebab itu ana lawan antapa,untuk kebaikan umat silam dan ana,dan antapa sendiri.Wallhuaklam.

  8. SEBAB NEGARA-NEGARA ISLAM TIDAK DAPAT BERSATU.
    Tidak saperti negara-negasra Barat yang mengamalkan demokrasi, satu jenis demokrasi sahaja. Negara islam pula ada pelbagai jenis sistem pemerintahan mereka. Ada sistem demokrasi, ada sistem beraja, malah sistem politik tolitarian iaitu pemerintsahan ala diktator atau ala tentera saperti Sadam Husin. Ada juga sistem pemerintahan ulama yang mana orang yang warak sahaja yang diberi kepercayaan.
    Berbagai sistem pemerinthan ini meneyebabkan negara Islam melahirkan para pemimpin negara dan para pegawai yang berlainan mutu pemikiran dan kualiti diri mereka. Kerana perbezaan pemikiran dan kualiti diri yang jauh antara seorang dengan seorang yang lain inilah menyebabkan mereka tidak dapat bersatu dan sentiasa berperang dan bermusuhan antara satu sama lain. Sekurang-kurangnya mereka tidak dapat berkompromi dan bersatu dalam banyak hal. Yang lahir dari sisitem demokrasi bijak dan lebih berakal. Yang lahir dari sistem ala tentera pula agresif tetapi kurang pertimbangan yang rasional. Pemimpin yang lahir dalam sistem beraja pula sudah tentu kurang bijak sama sekali. Pemimpin ulama pula ada kewarakan tetapi kurang kebijaksanaan. Kadang-kadang agrasif juga tanpa perkiraan yang wajar dan tidak melihat kepentingan tamaadun dalam mendaulatkan agama.
    Jika ada bermacam bentuk dan saiz kayu, berbeza pula dalam panjang pendek, memang sukar untuk didikat dalam sati ikatan yang kemas. Inilah hakikat sebab negara Islam tidak dapat bersatu. Mereka akan bertelagah sepanjang masa. Sehinggalah semua negara Islam memilih demokrasi sebagai sistem politik mereka.
    Tidak sapert Barat sekarang ini. Kualiti para pemimpin mereka adalah tidak jauh antara seorang dengan yang lain, kerana itu mereka sekurang-kurangnya mereka tidak berperang antara satu sama lain. Walaupun ada perang dingin antara Barat dan Russia, mereka tidak pernah berperang buat masa ini. Jika tidak ada umat Yahudi yang mengusai Amerika dan Britain , barangkali Barat lebih aman dan lebih adil, sekurang-kurangnya buat masa ini.

  9. This all is Saddam’s fault. He thought Iraq was strong enough to get involved in a war on the West. We Muslims now always have weak leaders in history and mathemathics. He couldn’t count America’s B52. If a rat thinks he is as big as a lion, what do you think the lion would do with that small rat? Civilize yourself before fighting anyone. Having nuclear or scud doesn’t mean we have civilized our nation. Civilize this nation, turn your country to an industrial country. Sell tanks, aeroplanes and modern equipments. Start from the smallest equipment. Sell man-made, not only oil, god made. You must possess all world’s technology,from smallest to the biggest techhnology, and become big enough as a lion to fight. Have nuclear, you’ll look as big as a lion. But you must know that only small leafs feed a big tree. And you know that big tree come from small seed.If you become too big a tree without small leaves, that big tree will turn to small as seeds in years. Don’t make mistakes anymore. In Iraq, all muslims must unite themselves into politics, if not in relegion. There are so many sects in Islam. Don’t take revenge. You kill Islam if you do that. Let’s forget all the past. Pay your loyalty to Iraq leaders now. Don’t care who they are, Shiah or Sunni or Wahhabi or Kurdish. This can solve major Iraqi problems. Don’t believe the West. Jews lead them well. They are robbers and thieves. But our ummah can’t think its properly, not only Iraqis. There are Taliban in Pakistan, and Chechnya, who interpret religion as polotics and power. This wrong interpretation is a bomb that killed muslims and Islam in this decade. Most of them follow their heart not their head, always making mistakes. Don’t make more mistakes by killing each other.I am very sad. We all know a lion is a beast. The West is that beast. We know that in history. Sins is nothing for them. Now they are led by Jews. We must save ourselves. Unite yourselves and you will win. A nation that have strong unity can’t be defeated. Without civilization,only unity we can’t be defeated.With unity and civilization we can control the world.This is what west has done.You Iraq people don’t unite yourselves well – before and now. Then you tasted this, Shiah or Sunni or Kurdish. All muslims know unity is an obligation. But they deny this. Then god punished us with those sins. Muslims now do many kinds of sins – think it’s properly.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s