MODEL EKONOMI BARU PULA?


Laporan akhbar 12HB Jun 2009 pada hari ini melaporkan bagaimana Dato’ Seri Najib selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan hendak mencadangkan Model Ekonomi Baru.Kenyataan yang dikeluarkan sebagai keresahan pemimpin Malaysia yang yang menghadapi suasana gawat ekonomi pada hari ini. kerana keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku tahun pertama Malaysia bagi tahun ini menguncup 6.2 peratus berbanding dengan pertumbuhan 0.1 peratus pada suku tahun keempat tahun lepas berikutan kemerosotan ketara permintaan luaran ekoran kemelesetan serius ekonomi.

Apa model sekalipun tidak berjaya jika perkara asas dalam sistem ekonomi tidak diperbetulkan dahulu, antaranya ialah

  • Persoalan rasuah dan ketirisan , sampai hari ini tidak diatasi dengan baik. Slogan untuk menghapuskan rasuah hanya retorik yang tidak kesampaian.
  • Selagi dasar mementingkan kroni dan bukan merit kerja tidak dibuang maka selagi itulah ekonomi tidak boleh meningkat. Kerana yang diutamakan ialah Umno Putera dan BN Putera bukan berdasarkan kepada merit. Akhirnya berlakulah seperti bumbung stadium runtuh. Bumbung stadium bukan buat dengan atap nipah kenapa boleh runtuh?. Jawapannya tepuk meja buka laci.
  • Pencabulan undang-undang dan mencabul demokrasi seperti yang berlaku di Perak telah menyebabkan pelabur asing terutamanya hilang keyakinan. Kalau kerajaan yang dipilih secara sah boleh dicabul sewenang-wenang, apakah jaminan pelaburan mereka tidak dicabul. Lebih baik mereka pergi ke tempat lain untuk melabur. Sekarang siapa yang rugi.
  • Kerajaan Umno/BN kena merasa malu kenapa negara yang ada hasil mahsul yang banyak seperti minyak, kelapa sawit, silicon, mutiara, balak, getah, kelapa dan banyak lagi yang Allah anugerahkan kepada negara kita yang tercinta tetapi, kenapa negara mengalami kemelesetan ekonomi yang teruk. Kalau logik akalnya Malaysia tidak akan mengalami kemelesetan demikian rupa. Kenapa ini berlaku?.

Saya nasihatkan Dato’ Seri Najib boleh pergi buka kitab ekonomi dan cara urus tadbir negara dengan Tok Guru Nik Aziz yang memerintah Kelantan hampir 20 tahun. Walaupun pemimpin Umno menganggap kerajaan Pas di Kelantan boleh bertahan selama 6 bulan sahaja selepas mengambil kuasa pada tahun 1990, kerana tidak ada hasil. Mereka bercakap demikian kerana mereka tidak yakin dengan janji Allah bahawa rezki Allah yang beri. Memanglah hasil negeri hanya cukai tanah, air dan hutan tetapi mampu untuk urus negeri dengan baik, kerana berbekalkan iman dan keyakinan kepada Allah. Sedangkan segala khazanah Kelantan yang dibayar oleh rakyat Kelantan seperti bayaran passport antarabngsa, cukai kastam, stem pos, saman trafik semuanya ke Putera Jaya. Namun Kelantan boleh tadbir dengan baik.

Dato’ Seri najib dan pemimpin Umno/Bn pergilah memondok di Kelantan untuk belajar ekonomi yang sesuai dengan fitrah manusia dan pencipta alam ini. Kalau tidak kembali kepada dasar ekonomi yang berteraskan kepada keadilan dengan menghapuskan sistem riba, maka buatlah apa dasar sekalipun akan gagal.

Advertisements

One comment on “MODEL EKONOMI BARU PULA?

  1. “Pencabulan undang-undang dan mencabul demokrasi seperti yang berlaku di Perak telah menyebabkan pelabur asing terutamanya hilang keyakinan. Kalau kerajaan yang dipilih secara sah boleh dicabul sewenang-wenang, apakah jaminan pelaburan mereka tidak dicabul. Lebih baik mereka pergi ke tempat lain untuk melabur. Sekarang siapa yang rugi”.

    saya masih terngiang-ngiang kenyataan DS nizar yang menyatakan “kerajaan Pakatan Rakyat menerima baik proses demokrasi yang berlaku dan saya mengalu-alukan Datuk Nasaruddin menyertai Pakatan Rakyat”.

    selepas beberapa hari, 3 orang ahli DUN telah keluar dari PR dan menjadi ADUN bebas dan telah mengadap SULTAN PERAK serta menyatakan menyokong BN.the rest is history.

    Akibat tunjuk perasaan di Kuala Kangsar oleh orang orang Melayu yang menyokong PR telah memberi gambaran yang tidak baik oleh pelabur pelabur asing.setiap hari gambar gambar dan video berkenaan peristiwa itu dimainkan oleh media sama ada di media baru atau konvensional.jadi gambaran tersebut telah “menakut nakutkan” pelabur yang hendak datang melabur.

    pendapat peribadi saya, punca sebenar pelabur tidak datang ke perak bukan kerana disebabkan oleh “kerajaan kudeta” ini.Sebaliknya oleh kerajaan PR yang mentadbir perak sebelum ini.

    sekian.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s